Thursday, June 25, 2009

Colossi of Memnon



Dua Patung ini bukanlah sedang bersanding sempena majlis resepsi perkahwinan.
Mereka ialah sebahagian daripada Kuil Peringatan Amenhotep III
Mereka berfungsi sebagai "jaga" pada pintu masuknya.


Kuil itu dikatakan adalah yang sebesar-sebesar,lebih besar berbanding Kuil Karnak
yang sudah maklum kebesarannya itu.

Tapi sekarang yang tinggal hanyalah jaganya sahaja.mungkin sudah tiada apa
yang nak dijaga lagi oleh "jaga-jaga" ini.

Batu untuk membuatnya dibawa terus dari Kaherah
bukan melalui Sungai Nil seperti kebiasaanya,tapi melalui jalan darat
kerana tidak mampu melawan arus sungai Nil.
ah,beratus-ratus batu juga tu..



Seperti biasa di kaki Firaun,ada isteri dan ibunya.
mereka juga punya keluarga.

Ini adalah Kuil Amenhotep,tapi namanya sekarang Colossi of Memnon.
Memnon ialah pahlawan Perang Trojan yang ditumpaskan oleh Achilles.
ada satu filem,Scorpion King lakonan The Rock,seorang raja bernama Memnon yang dibunuh oleh Mathayus,orang Akkadia.
ada kaitankah?

Nama ini mula digunakan pada zaman Graeco-Roman menguasai tempat ini.


anak-anak muda sekarang suka ambil gambar
dari sudut-sudut yang sukar.
mungkin aku boleh cuba juga.



tiada apa bagi patung-patung ini.
burung-burung boleh bertenggek sesuka hati.
nak menqada'kan hajat juga boleh.


"sesungguhnya apa yang kamu sembah selain Allah itu,tidak mampu
mencipta sesuatu walau seekor lalat pun.
dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka,mereka tidak mampu berbuat apapun.."
Al-Hajj : 73



Monday, June 22, 2009

Sistem Bumbung Tanpa Tiang



Baru-baru ini,di sebuah negeri yang orang makang nasi dagang,
jual ikang dan kopok lekor,

stadiumnya yang gah dengan struktur binaan bumbung tanpa sokongan tiang
telah runtuh dengan tersangatlah dahsyatnya.

Maka,aku bersyukur,kerana rumah aku tidaklah dibina oleh
kontraktor-kontraktor hebat,ataupun perlu jururunding import dari Korea.
Cukuplah rumah kecil-kecil bagi aku,beratap genting,
bertiangkan kayu jati.


ada gambar dalam internet tunjuk,bumbung runtuh kerana Ultraman bergaduh dengan raksasa,
lalu terpenyek stadium ini.Manusia sangat pelik~


Lalu,aku teringat,
atas kepala aku, ada tujuh lapis langit sedang tergantung tanpa tiang sejak aku lahir sampai sekarang belum runtuh-runtuh lagi.

Langit Tuhan~


"Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sepertimana yang kamu melihatnya"
Ar-Ra'd : 2



"Dan Kami telah menjadikan langit sebagai bumbung yang terpelihara dan terkawal,
sedang mereka (yang kafir itu) berpaling tidak memerhatikan
tanda-tanda (kekuasaan Kami) padanya"
Al-Anbiyaa : 32



"Maka tidakkah mereka memandang ke langit yang ada di sebelah atas mereka,
bagaimana kami membinanya serta kami menghiasinya,
dan dengan keadaan tidak ada padanya retak-renggang?"
Qaaf : 6



"Dialah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis,
engkau tidak dapat melihat ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu
sebarang keadaan yang tidak seimbang"
Al-Mulk : 3


Allah...




Saturday, June 20, 2009

Menaiki Belon Udara Panas



Sebenarnya,tidak pun.
Sekali naik,anda terbang bersama ~LE300++
Ishak sangat beria-ria nak naik,
tapi tiada peneman.

hotel ini
berada di carta #31 dari 59 hotel di Luxor dalam TripAdvisor Popularity Index.
hotel kelas pertengahan,sangat selesa,
dan yang penting,BARU!
~New Pola Hotel~



"view" yang menenangkan dari balkoni.
hujung sana, hotel mewah Sonesta St George Hotel
$180 per night double room



bangun pagi,
duduk-duduk di balkoni sambil melihat "Hot Balloon"
merayau-rayau di West Bank.
Orang Puteh banyak duit.



naik ke atas,mahu berenang tapi air kolam sudah kering.
sebenarnya kerja-kerja naik taraf sedang dilakukan.
kecewa di pagi hari


Luxor agak bersih.
Mungkin jasa para pekerja pemungut zibalah
di pagi hari.

Sama juga di Kaherah,
pemungut-pemungut sampah membuat kerja mulia awal-awal lagi di waktu subuh.
mungkin tak mahu ganggu persekitaran tengahari.



Wednesday, June 17, 2009

Temple of Hatshepsut



Firaun perempuan yang paling terkenal, Hatshepsut mengarahkan pembinaan 'temple' untuknya bila mati kelak.

Hatshepsut, boleh dikatakan agak gilakan takhta,
merupakan isteri kepada abang merangkap suaminya Tuthmosis II.

Mulanya mengadakan kerajaan perpaduan bersama anak tirinya,
Tuthmosis III,
namun setelah beberapa lama,menguasai sepenuhnya kerajaan yang digila-gilakannya,
setelah menghantar anak tirinya itu ke medan perang.



salah satu temple yang sangat "magnificient".
gunung batu itu ditarah-tarah menjadi umpama
"Putrajaya Hatshepsut"



Pada zaman beliau,kawasan lapang temple ini
dihiasi dengan deretan Sphinx yang memenuhi kiri dan kanan.

Ia ditanam dengan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan eksotik
yang memberikan bau harum semerbak.

Temple ini dibina sebanyak 3 aras,
dengan binaan bersimetri.


Digelar Djeser Djeseru
"Sesuci-suci tempat"

Pada zaman awal pemerintahan Kristian,
ia ditukar kepada rumah ibadah,
dan memberikannya nama Deir-al-Bahri



Hatshepsut amat gemar menggambarkan dirinya sebagai seorang lelaki.
Ini kerana takhta kerajaan biasanya dipegang oleh Firaun yang berjantina lelaki.
Jadi,sebagai salah seorang Firaun perempuan,
dia harus cuba menggambarkan dirinya sebagai seorang lelaki yang hebat,
dan bukannya perempuan yang lemah.

Gambar:
Raut wajah itu,
dengan alis mata perempuan,
pipi yang sedikit tembam.
Beliau menambahkan janggut palsu sebagai lambang kelakian.



Anak tirinya,Tuthmosis III,
sentiasa berdendam dengan ibu tirinya itu.
Sekembalinya beliau memerintah Mesir,beliau sedaya upaya cuba
menghapuskan legasi yang ditinggalkan Hatshepsut.

Lakaran-lakaran dinding yang menceritakan perihal Hatshepsut dipadam,
patung-patungnya dihancurkan, bahkan jasadnya juga tidak ditemui sehingga sekarang,
berbeza dengan pemerintah-pemerintah Mesir lain yang biasa ditemui di Lembah Raja-Raja.




lakaran wajah dan kisah Hatshepsut takkan ditemui di sini,
walaupun ini adalah temple milik Hatshepsut.
Ini hasil kerja Tuthmoses III yang melaksanakan dasar melenyapkan sebarang
perkara yang berkaitan Hatshepsut,
sehinggakan dia berjaya melenyapkan Hatshepsut dari sejarah selama 3,000 tahun.




Hatshepsut dikatakan turut membina makam bagi pekerja-pekerja yang
meninggal dunia sewaktu pembinaan temple ini,
(majikan yang prihatin)

Lubang-lubang kecil ini dapat dilihat di sekeliling lereng-lereng gunung
sekitar temple milik Hatshepsut ini.




sebuah lakaran para pekerja sedang membawa
pokok myrrh (aku taktahu bahasa melayunya apa)
untuk ditanam di aras pertama temple ini




Pengajaran
1.Berhati-hati menubuhkan kerajaan perpaduan,jangan disengat dua kali dari lubang yang sama.
2.Kuasa adalah amanah Allah,gunakanla ia untuk menghidupkan kalimah tauhid di muka bumi.






Monday, June 15, 2009

Dinner Box



2 Jun,
ada orang mengada-ngada nak makan kat lua,
kenapela special sangat 2 Jun ni,entahla



sampai-sampai kecewa pulak,
tulisnya "Now Open"
tapi dalam kedai tunggang-langgang,"closed for now"

lalu dengan penuh kecewa hanya ke Pizza Plus.

Dinner Box
Syari' Abdul Aziz As-Saudi
Manial



Sunday, June 14, 2009

Cerita Terakhir Kita



ammar tinggal dalam kenangan..
hanya gambar peribadi bersamanya dapat ditatap..
teringat rehlah ke Luxor,beliau ingin sangat turut serta,
tp tak mampu kerana sahabat bapanya datang ke mesir,
dan beliau perlu menjadi musyrif mereka.

beberapa bulan lepas,
beria-ria ammar ingin ke ain sukhnah,
beberapa kali ditanya nya..
diajaknya berjemur bersamanya


perancangan cuti summer,
mulanya ingin ke UK,
tapi meminta pandangan,
lalu mengubah rancangan,
untuk Umrah pada Ramadhan



beberapa hari lalu,
rindu yang amat padanya.
walaupun kami bukan suami isteri,
tapi berbalas-balas msg henset umpama kekasih.
lalu dihantarnya link ucapan Haji Hadi dalam ym




6 Jun,diajaknya makan di rumahnya,
kerna beliau ingin diri ini merasa masakannya,
tapi tak mampu pergi.



7 Jun,msg terakhir darinya..
setelah kami main-main misqal rindu-rinduan.



tiada lagi panggilan "pokdi" dari ammar..
penghafaz quran,pejuang palestin,penyatu ukhuwwah,
moga Allah mmberi pengampunanNya,merahmatinya dengan syurga.



yang hidup,perlu terus hidup untuk akhirat.
kesatlah air mata itu,
tinggalkan tisu itu,
bulatkan niat,
membina keluarga dan masyarakat sekeliling
yg sedar kepentingan dunia utk akhirat.


"kalampuncak" ada meninggalkan komen di shoutbox ini beberapa hari sebelum kejadian


Thursday, June 11, 2009

Tenanglah kamu di sana




sahabatku

Muhammad Ammar bin Zulkifli


meninggalkan sahabat-sahabatnya telebih dahulu,
dengan penuh kemuliaan.

moga ditempatkan bersama para syuhada,auliya dan juga solehin.

perkenalan kita
~2006-2009~



Wednesday, June 10, 2009

Lembah Raja - Raja


Valley of the Kings atau Wad el Muluk,
berada di tebing barat sungai Nil bertentangan dengan Kota Thebes purba.

Ia merupakan kawasan "Perkuburan Diraja"
menempatkan hampir 63 makam pemerintah-pemerintah Mesir Purba.

Kawasan lembah ini didominasi oleh puncak bukit yang
bentuknya seakan-akan piramid.
Bukit itu dinamakan Al-Qarnu (tanduk)
Ia dikatakan menjadi titik tolak idea pembinaan piramid di Giza (?)





Miniature Valley of the Kings.
Kawasan ini menjadi pilihan Perkuburan Diraja kerana kedudukannya
yang apabila dilihat dari Kota Thebes, sebagai tempat terbenamnya sinaran mentari senja.
Maka mereka mengaitkannya dengan simbolik kawasan kehidupan alam barzakh.

Dari segi keselamatan pula,
Kawasan puncak2 bukit memudahkan para Medjay (pengawal kubur)
memantau para penceroboh yang mahu mencuri
harta-harta Raja-Raja Mesir yang ditanam bersama mereka.




Kawasan "Visitor Centre" yang baru dibina ini
memberikan gambaran awal pada penziarah makam apakah struktur
yang bakal mereka lihat.
Di sini juga ada tayangan video,bahan-bahan bacaan
dan pelbagai sumber maklumat untuk tatapan pelancong.

(gambar)
struktur makam yang didahului dengan pintu gerbang
dan menuruni anak-anak tangga yang curam jauh ke dalam perut bukit.



anak-anak muda cuba mengambil intipati cerita pemandu pelancong
tidak banyak gambar yang boleh diambil di sini kerana larangan penggunaan kamera di setiap makam.
Bayaran tiket masuk hanya terhad untuk tiga makam sahaja.
Ahmad membawa kami ke Makam Ramses I,Ramses IV dan...(oh,lupa)



Tentunya penemuan terhebat abad ke 20 oleh kumpulan
ekskavasi Howard Carter- Makam Tutankhamun

Sehinggakan ia mempunyai tiket khusus.
Sila lihat harganya yang mencekik.
Menurut sejarah,
Howard Carter telah menghabiskan hampir 6 tahun di lembah yang panas membara ini
mencari di manakah makam Tutankhamun.
Sehinggakan bajet "fund" yang ditaja kepada beliau sudah hampir ditarik balik,
beliau membuat percubaan terakhir.
-menggali di bawah kawasan pondok pekerja-pekerjanya-

hasilnya-
sebuah makam yang dipenuhi dengan emas,permata,
perabot,perhiasan, dan pelbagai lagi.

maka,kayalah beliau.




Sebuah lagi makam yang baru ditemui,
milik siapakah ini?

atau ia hanyalah lubang kubur biasa
yang memberi peringatan kepada sekalian umat manusia bahawa ia
bakal menjadi satu taman,dari taman-taman syurga

atau satu lubang,daripada lubang-lubang neraka?


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails