Tuesday, August 25, 2009

Buntu di Kepulauan Celebes


"maka tanyakanlah kepada ahlinya (orang yang berilmu) jika kamu tidak mengetahui" 21: 7
masih lagi buntu di sini.kapan mau pulang..

Thursday, August 20, 2009

Jawapan Kejutan - AirAsia di Middle East

low-cost airline terbaik di dunia,AirAsia sudah memulakan penjajahannya di Middle East dengan terbang ke Abu Dhabi. Sedikit masa lagi, Abu Dhabi akan menjadi hub utamanya untuk ke negara-negara Arab lain pula. Ini termasuk Cairo.

Jadi,berbaloikah terbang dengan AirAsia X ini? Dengan harga serendah RM99/AED 99 sehala, dapatkah anda menahan diri dari termakan godaan ini?

bagi review untuk long-haul flight AirAsia seperti ke London,Melbourne dan lain-lain lagi. Kebanyakan mengadu mengenai seat mereka. Ya, pesawat Airbus 330 biasanya mempunyai konfigurasi 2-4-2 iaitu total 8 seat sebaris. Tapi ia menambahkan satu lagi seat menjadi 9 sebaris. Selesakah anda duduk dalam kapalterbang 8-9 jam dalam kesempitan.

Bagaimana dengan IFE,makanan,had muatan bagasi?
AirAsia menyediakan IFE bagi pesawat-pesawat barunya. Dengarnya ada bayaran juga. makanan boleh ditempah,murah sahaja. lagipun sapela yang nak melantak sangat dalam kapal terbang. 15 kg bagasi boleh dibeli dengan RM 22 lebih kurang. Selimut sudah tentu bawa sendiri.

Jadi,berbaloikah?
Ya,bagi pelajar yang mengamalkan konsep "aiman tak kesah". janji duit jimat.
connection flight ke Abu Dhabi boleh di adjust. ghalibnya, LE4000 dihabiskan sebelum ini, tiba-tiba boleh dijimatkan kurang LE2000 (atau mungkin kurang LE1000?), siapa yang tak mahu,kan?

Tetapi, kalau kos keseluruhannya hampir-hampir LE3000,naik saja komersial airlines, daripada anda memperjudikan keselesaan anda. Ada satu syarikat 5 star airlines sudah mula menurunkan harganya, jadi kita tunggu dan lihat saja. mungkin banyak lagi akan mula menurunkan harga untuk menjaga pelanggan mereka.

Thanks AirAsia because you are truly a competitor!

Tuesday, August 18, 2009

Babi Berleluasa Di Bangkok

Permaisuri Sirikit Kitayakara,isteri kepada Raja Bhumibol Adulyadej


tahun ini balik tak dirancang. plan asal adalah untuk ke Bangkok tahun depan,tapi bila terbeli tiket balik taun ni,maka Bangkok dimasukkan dalam acara secara tergesa-gesa.
Perjalanan kali ini ialah Cairo-Abu Dhabi, Abu Dhabi-Bangkok. Return flight pula Kuala Lumpur-Abu Dhabi-Dubai,Abu Dhabi-Cairo.

Flight ke Bangkok sangat murah. tapi sebab aku punya last minute,murahnya itu tak seberapa.
mulanya,ingat nak singgah 2,3 hari di Bangkok. tapi bila buat kajian sikit,takde daya penarik sangat untuk aku singgah lama-lama di Bangkok. Maka dipendekkan kepada 2 hari 1 malam. Tupun tak pegi ke City Centre, hanya sewa hotel di pinggiran bandar dekat ngan airport.
bila sebut Bangkok, 3 perkara sinonim ialah Makanan,Perempuan dan Candi. dan semua benda ni sangat murah. sebab tu orang puteh suka Bangkok. Kalau nak cite pasal shopping di Bangkok,aku tak lalu sangat. takde beza sangat dengan KL. Lagipun aku baru shopping dengan gila-gila di London. Duit pun kena simpan gak. dahle duit bisnes da abis pakai.

Kapal terbang Etihad sedia nak mendarat di Bangkok. Kalau Sepang kita nampak kelapa sawit berhektar-hektar, di Bangkok kita nampak sawah padi yang tak abis-abis. Suvarnabhumi Airport termasuk dalam 5 Airport yang terbesar di dunia dan antara yang terbaik jugak. turun dari kapal terbang, macam biasa,sekarang musim selesema babi. semua staff airport pakai mask. aku book Silver Golden hotel, dan hotel tu akan amek kat airport. sampai di meeting point,pening aku cari manela staff hotel tu. cari punya cari aku rupanya nyorok belakang tiang. aih,pegang signboard hotel tapi nyorok belakang tiang sambil duduk-duduk ngan kawan dia. sementara tunggu passenger lain datang,aku pi tukar duit dulu. mahal gak rate kat sini, 1 ringgit dapat 87 baht je. kalau kat luar, 1 ringgit dapat 100 baht. kemudian,cari makanan sikit sebab perut lapar gila.

aku rasa negara thailand ni memang betul-betul usaha promote negara diorang sebagai syurga makanan dunia. kat airport tu,macam-macam makanan produk tempatan ada. gile betul. buah-buah pun banyak. memang malaysia takleh lawan ah kehebatan thailand dalam produk buah-buahan. aku masuk 7-Eleven, cari roti-roti ke choc ke..

ada sederet roti kat situ. nampak macam bez jugak. sekali tengok, bun with pork, pork sausage, pork sandwich. ah,babi betul kedai ni penuh dengan babi. ada jugak instant mee pork flavoured, kek perisa babi dan lain-lain. uih, thailand ni suka gila kat babi rupanya,kalau tak,takkan dia jual macam-macam benda dengan perisa babi.

alih-alih,aku beli je chocolate yang nestle keluaran malaysia punya. siap ada cop halal. kali ni yakin betul. kalau kat kelantan,banyak jugak produk thailand masuk, dan biasanya ada ditanda cop halal dari jabatan agama islam thailand. makanya,malam tu aku tidur di hotel yang dekat ngan airport. takde pape pun,cuma bila aku tengok kiri kanan jalan,rasa cam lebih kurang kawasan rumah aku. kedai-kedai, 7 eleven, pasar malam..

tapi aku perasan sesuatu gak la dengan orang thai. diorang agak lemah lembut dan santun. (xtaula ni majoriti ke tidak,cume ni pengalaman sehari semalam aku je). tiap kali lepas berurusan, tangan dibuat gaya nak menyembah, kepala ditunduk,mata dipejam. fuh,time tu rasa cam raja lak kena sembah-sembah.

aku agak kagum gakla dengan Suvarnabhumi Airport ni. rekaan dia memang lawa. bolehkah aku kata ia lagi lawa dari KLIA? ya,mungkin. kat mana-mana je mesti ada "tugu" raja dan permaisuri diorang. aku pernah tengok dalam tv, diorang kalau berdepan dengan raja,bukan setakat sujud, tapi siang baring meniarap lagi tanda hormat. kat balai perlepasan sementara tunggu flight AirAsia aku,ada satu kedai halal namanya Xpress Kebab.



walaupun namanya kebab,tapi sebenarnya banyak lagi pilihan makanan ada,mee goreng,tom yam,sushi (aku order sushi dan tobat aku taknak makan lagi) dan macam-macam lagi. kira time tu kenyang gila aku makan. siap minum air kelapa lagi.



dalam flight pulang ke KL,aku dengar orang puteh yang baru berkenalan bercerita di belakang seat aku. Katanya, dia sudah hampir sebulan menjelajah Malaysia dan Thailand ni. dan yang buat aku bangga,dia lebih suka Malaysia. Sebab ape,sebab dia kata Malaysia dan Thailand,hampir sama je. Pantai,Shopping,Makanan. tapi Malaysia lebih "bersih" dari Thailand dalam soal perempuan. (pelacur la tu) kat Thailand katanya, senang je nak cari pompuan,nak cari pub,disko tapi kat Malaysia susah sikit sebab agama dua negara ni berbeza katanya. yeah,tepuk tangan sikit untuk Malaysia.
itu sahaja di Thailand,sape suka tengok candi-candi, bolehla pergi. tapi kalau nak shopping ke, sama saja.

bangunan berkaca dari tepi jalan. KLIA pun lebih kurang camni,cuma tak dapat tengok dari luar.



concourse terminal. lawa walau hanya guna kain macam khemah



Pesawat El Al negara Israel boleh mendarat di Bangkok

Monday, August 3, 2009

Anak Menantu Pulang Ke Rumah

Tahun ini,sangat melampau bilangan yang balik Malaysia. Mulanya ramai yang kononnya mahu stay saja, tapi tiba-tiba lepas 15 July,lepas sorang-sorang beli tiket balik. Sampai aku pun kegersangan. Yang bertekad tak mau balik pun,tiba-tiba dah bungkus barang lesap ke malaysia.

pengajarannya, baliklah kalau rasa nak balik, takde salahnya.

Sebagai tanda protes, maka aku juga membalas dendam pada yang dah tinggalkan aku kat sini, dengan membeli tiket Etihad Airway. harga murah sikit banding dengan harga biasa di pasaran.

Etihad Airways, syarikat airlines yang masih muda sebaya kanak-kanak tadika, tapi menunjukkan prestasi superb berbanding syarikat yang sudah lama established. itulah, kalau dengan UAE, expectation kena tinggi.



tapi,takleh puji banyak-banyak lagi sekarang ni,kena naik dulu,baru boleh cakap. Walaupun dah dilabel 4 Star Airlines oleh Skytrax (Emirates pun 4 bintang je,takleh lawan MAS lagi), tapi kita tunggu dan lihat macamana.

Kalau jarang-jarang sekali naik kapal terbang,tak kesah sangat apa yang berlaku,tapi kalau dah selalu balik, mula mencari keselesaan. Seat kena besar, leg room kena luas, makanan kena banyak variety, personal screen kena ada, steward kena responsive, lighting kena sesuai, frequent flyer programme kena manthop,macam macam lagi.

orang risau memilih Etihad kerana terminal di Abu Dhabi sangatlah kecik,nanti akan terhimpit-himpit bila transit di sana. tapi tak ramai orang tau, Februari 2009, terminal 3 yang baru sudah siap dan sudah digunakan. Review orang ramai juga makin bagus.Maka,tak perlu risau lagi.

terpikir jugak, kenapa tidak balik dengan airlines yang sama setiap tahun. Etihad, return flight coral economy class, dapat 9000 points. darab lima tahun,45000 points. tahun 6 tak perlu beli tiket,redeem points saja,sudah dapat tiket percuma one way. malah maybe boleh upgrade kepada diamond business class.

okeh, kami sebagai anak dan menantu insyallah akan pulang 6 August ini. tapi bukan pulang direct ke Kuala Lumpur,melencong ke tempat lain dulu,hehe..kembali semula insyallah 28 September tapi akan mengkandaskan diri di Dubai selama 3 hari. kemudian sambung perjalanan ke Cairo 2 October. Andai ini perjalanan terakhir,maafkan dosa-dosa kami.

Saturday, August 1, 2009

London,Manchester,Paris Ep 02

Post kali ni takde gambar.

18 Julai 1230 - flight aku delayed lagi! tapi kali ni hanyalah sejam. arh, walau sepantas manepun kapalterbang tu,jadual hari pertama aku di London tetap sudah burn. kredibiliti easyjet mula dipersoalkan. mula-mula cancelled,sampai seharian pulak tu,pastu delayed pulak. beratur di kaunter check in seperti biasa. Masih lagi orang yang sama. maksudnya, memang betul, hanya ada 4 orang pemegang passport lain. Malaysia,Egypt,dan Republik Mauritius. Yang lain, mungkin diorang datang dalam group travel agency.

Sesampai di kaunter, akak semalam yang jaga. aku serahkan dua-dua passport. dia belek-belek passport. dahinya berkerut. dalam hati aku,da mula terasa kesengalan yang bakal dia tanya lepas ni.

"kamu nak pegi UK kan, mana visa kamu?"
"saya tak perlukan visa cik," aku jawab dengan penuh informatif.
"kenapa kamu tak perlukan visa?"
"sebab saya orang Malaysia"
"kenapa orang Malaysia tak perlukan visa?" sampai soalan ni dia tanya,aku da bengang.
"ada sedikit masalah ni dik,adik tunggu kat sana kejap ye"

Dia pun uruskan orang-orang lain dulu. Orang-orang putih dah tengok pelik kat kami berdua. Arh,aku pengganas ke?
Sambil-sambil tu,dia macam call seseorang.

Dua tiga minit,datang seorang pegawai. gaya macam pegawai imigresen. Dia datang, dan tengok passport aku.
Soalan sama dia tanya. sampaikan aku dah taktau nak jelaskan macamana.
" negara Malaysia ada perjanjian dengan UK, tak perlu visa"
"Perjanjian ape?"
aih,tolongla..kang aku hentam Perjanjian Camp Davis dia bukannya tau pun.

disebabkan nak kasi dia puas hati,aku bukak abis semua dokumen-dokumen dalam fail aku. Aku tunjuk kat dia tiket return aku dari London, hotel confirmation, dan lain-lain.
pastu,soalan sengal keluar lagi.
"kenapa kamu nak pergi London dari sini,dari Hurghada?"
"eih,sukaati akula nak pergi London dari celah mana,dah ada orang jual tiket murah dari sini,aku naikla dari sini."
"tapi sini ramai pelancong je yang datang,ramai yang charter flight datang sini"
aduh,habis tu buat ape jual tiket dari hurghada kalau takleh terbang dari sini.

"tunggu sebentar ye cik,saya kena cek benda ni lagi"
yela,cekla ko kat passport aku tu. tengokla muka aku dalam passport tu puas-puas. belek sana belek sini,bukannya jumpa ape pun. ingat ada tulisan rahsia Scofield dalam tu?

Seketika dia datang lagi dengan henset. sekali dia bagi henset kat aku.
"hello there,can you hear me?"
mak aih, suara macam David Beckham dalam Setanta Sport.
Gile ah tahap pengetahuan pegawai imigresen ni. Sampai call pegawai kat UK nak tau aku kena ada visa ke tak. tak reti-reti nak bukak internet ke.
aku cakap-cakap dengan pegawai UK tu,terangkan perjalanan aku cane,n then dia pun puas hati.
hah, tak caye lagi aku tak perlukan visa?

Dia suruh aku tunggu lagi.
Aku tengok selain aku,seorang pakcik yang pegang passport Mesir tu pun senasib ngan aku gak. Dia pun terkandas kat sini macam aku gak.
aku tegur dia, "nape ni pakcik"
"this is bull****"
mak aih,agresif gila pakcik ni.haha..
kisah dia lagila sengal, dia siap da ade visa semua, siap da kerje kat sana bertaun-taun lagi. masalah dia,dia ada connecting flight dari Gatwick ke Bermuda. orang tu musykil kenapa dia nak connect ke Bermuda.

"again,this is bull****"
yeah,way to go pakcik!

sekarang ni dia datang lagi,dia suh pegi tunggu kat immigration counter. kaunter yang last sebelum pergi ke Gate. tapi dia suh tunggu,bukan pegi beratur kat barisan tu. Jangan masuk Barisan,dia kata.
aih,tunggu lagi. Dalam hati,aku doa tak putus-putus. Ya Allah,ke ada hikmah Kau tak bagi aku pergi London.Kot-kot kat sana seksi-seksi sangat. Ye, kat hurghada lagi,mata sangat sakit. Mat Salleh + Cuaca Panas kat Hurghada = Takde Baju
Equation tu memang apply kat sini.

dekat situ,ada pejabat Immigration Manager. Sekarang ni passport aku ngan dia bersama 2,3 pegawai. Manager tu hisap-hisap rokok sambil tengok passport aku. yang lain pun buat benda sama. Belek,belek,belek..Em,aku tertanya-tanyalah jugak. apa motif dia belek berpuluh-puluh kali tu. Nak cari apa senanya? Passport aku ada visa Mesir ngan cop Visa Bahrain je. ke diorang nak belek sampai Bling! menjelma visa UK? aku dah geram gila sebab waktu tak banyak lagi.
aku pergi masuk bilik manager tu. salam diberi tanda ingin berlembut.
"cik, kalau betul ada masalah ni, silala bagitau saya apa masalahnya,tapi kalau takde masalah,silala pulangkan passport saya balik,kalau tak saya repot polis" camtula lebih kurang bunyinya kata-kata aku cuma ayat repot polis tu aku simpan dalam hati je.
Semua senyap. Ceh,rupanya manager tu takleh cakap English. aku tanya lagi soalan sama. Semua taktau nak jawab ape.
sekali ada sorang bunyi " be patient, we r just going to check it furthermore."
Masalahnya kalau diorang check benda tu sambil guna teknologi,tak kisahla internet k,telepon k,aku boleh sabar lagi.
tapi apa yang diorang buat ialah, guna jari,belek-belek.pekdahnya diorang buat camtu. nak cari ape?

Bila hampir-hampir je waktu check in dah tamat, baru manager tu suh pegawai dia lepaskan aku. oh,alhamdulillah.
siap dia bagi aku terus lepas kaunter immigration tu,takyah beratur beratur. potong terus. Mat Salleh muka da pelik. mesti diorang ingat aku ni anak beranak Presiden mesir kot,boleh potong orang sukati camni,haha..
sekali pegawai tu mintak maaf,dia kata ni first time ada orang "asing" terbang dari sini. em,lantak ko la. yang penting aku lepas.

dipendekkan cerita,aku da masuk dalam kapal terbang. oh lupa, sebelum boarding,aku pergi beli 2 slices pizza ngan satu air mineral Sbarro. Harganya 100 geneh. memang harga pancung mat salleh. Lapar punya pasal.

ok,dalam kapal terbang,perkara pertama dicakapkan oleh pilot adalah beliau sangat-sangat minta maaf. Kisah kenapa flight cancelled ialah,sebenarnya ada seorang passenger ni,nak kuarkan carry on luggage dia dari space kat atas seat tu,sekali benda tu entah macamana terhempas ke pintu kecemasan menyebabkan pintu tu boleh patah. gile,beg ke batu dia bawak tu. kapal terbang tu kenala masuk workshop skit,sebab tula tergendala sikit penerbangan.

takpela encik pilot,walaupun aku terlewat sehari,tapi aku seronok dapat duk hotel 4 bintang,wakaka..
maka berlepaslah kami ke london.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails