Friday, November 26, 2010

Reaching Diagnosis - Neurological Sheet

Minggu lepas kami dapat case neuro bersama dewa neuro bahagian paediatric, Sheikhatuna Lobna Mansour

Case tersebut sebenarnya bukanlah milik kami,tetapi dia ada temujanji bersama sheikhah, lalu termasuk ke dalam kelas, dengan residen menganggap ini adalah case untuk kami.

Sheikhah menayangkan kehebatan beliau, naluri keibuan di samping ketegasan dan hikmah seorang doktor.
kalam ini warid dari sheikhah sendiri,sewaktu beliau sekadar ingin menyelami sistem saraf bayi tersebut
أصحاب اليمين وأصحاب الشمال


عَنده صداع، قىء، زغْلَلَة ؟
ada nampak dia pening-pening k, muntah-muntah ke, mata cam kabur ke? [cane mak adik tu nk perasan?]

 
يَشُمُّ كويس؟
dia punya hidung bau okey ke?


يشوف كويس؟
mata tengok ok tak?

 
عينه في حول؟

ada nampak mata dia juling-juling sikit tak?



يَمْضُ كويس؟

dia kunyah-kunyah okey tak

 
سمع أخباره ايه؟

الصوت بتغير؟


ما بيَطَلَّعش من مناخيره أي ميَّه؟
ada keluar cecair pape ke dari hidung dia?


Pastu,Sheikhah pun macam cuba nak assess adik tu punya muscle strength
 
ما بيِمسك من أيده؟


يمسك ويأكل بها؟

tapi apa yang mak adik tu betul-betul perasan,
فم يُعَوِّج
mulut dia cam crooked sikit

dan jugak
صديد بيَجِيب على طول من وٍدْنُه
ada pus keluar dari telinga dia alatul


sekian,jumpa lagi di lain siaran XOXO

Sunday, November 21, 2010

Reaching Diagnosis : Purpura - Egyptian Style



Bayangkan seorang kanak-kanak datang kepada anda dengan bintik-bintik merah di badan,tangan,kaki dan muka dengan ditemani ibunya


Welcome her and the child, give them a smile

Personal History = semua orang tahu ناس عمر
Name,Age,Sex
Occupation,Marital Status [of course does not apply here], Residence


ساكِن فين؟ جَنْبِك أي مصانع؟
this is one crucial question,to measure any toxic possibilities [according to the prof]

let's proceed to the complain
words that may come from the guardian

نزيف / ينْزِفْ من كل حِطَّة في جسمه
بينزف من مناخيره
بينزف من بوقه
في نُقَطْ حمراء على جسمه

 
of course then,analyze the complaint, OCD
onset,course,duration
one thing you should ask 'SITE'

في نفس الحكاية على ظهره؟
remember Henoch–Schönlein

among other things;

جاله سخونية قبل الحكاية ده؟
remember aplastic anaemia,leukaemia
 
حصل برد من قبل حكاية ده؟
 
حصل ألم في المفاصيل؟
remember leukaemia 


عظمة أخباره ايه؟
remember leukaemia


المعدة بتورم / البطنة بتورم؟
remember acute leukaemia



في أي كلاكيع؟
of course,kalakie is any lumps:referred to lymphadenopathy

بِيَتَنَقُّلِ دم قبل كده؟


remember words for pallor

بهتان / شُحُوب

ask for other symptoms
i.e : chest, heart
anaemia leads to Heart Failure! how?


then proceed with routine questions
i.e : antenatal,natal,postnatal,vaccination


Family History
any similar condition amongst siblings,family member

mental manifestations give alarm signal for cerebral haemorrhage

proceed to general examination

possibilities :
Immnue Thrombocytopenic Purpura
Aplastic Anaemia
Acute leukaemia
and many others

that's all for now, see you again! xoxo
 

Friday, October 8, 2010

Afrika untuk Asia


Jalan-jalan waktu malam sangat seronok di Cairo. Waktu inilah segala bende cacat kat kota ini [panas,sesak,] tetibe nyaman rasanya
Walaupun lampu neon tak segalak Hong Kong, cukupla tiang lampu sepanjang kubri dan jalan-jalan utama sambil tengok orang mancing ikan

Novotel berlatarbelakangkan Burj Al Qahirah



Inilah hasil tangkapan kami pada hari tersebut. Dari kiri: Cendawan tiram yang sedap digoreng tepung kfc,mee curry cup cap Super brand Malaysia,susu sejat Marigold untuk teh tarik,suun,taugeh,seasoning thai [fav brand kat rumah i] dan serai secukup rasa.
semua ada cop halal ok ;) mengikut tinjauan kami, Alfa Market mendahului Kheir Zaman,Carrefour,Metro dan Spinneys dari segi produk Asia




eh dominoz pizza






Thursday, September 9, 2010

Menjelang Hari Raya

Semalam keluar lagi
kemana lagi kalau bukan
midvalley kota bharu
sudah lupa mahu membeli apa
tapi yang pasti isteriku ada bersama

dibawanya ke bahagian wanita
kulihat bungkusan nasi lemak
pelbagai warna dan saiz
tapi seleraku tidak ada

awal dahulu aku malu
masuk tempat sebegini
sekarang tidak lagi
kerana lelaki berkopiah pun ada di sini

suasana biasa di bahagian wanita
makcik dan kakcik galak mencuba
tas tangan,kasut baru,baju baru,seluar baru
hari raya kembali kepada fitrah
maka pakaian perlu di reset semula

mata pembeli akan melihat kepada barang yang lain
mata yang lain akan melihat barang yang orang beli
yang angkuh akan berkata
"oh ini saya sudah beli tahun lepas"

kalini tidak ramai kulihat ditemani suami
masing-masing sudah punya kad kredit sendiri
bermakna orang rumah kebanyakannya bekerja
poket suami tidak perlu diusik lagi

orang perempuan sangat teguh berdiri
hingga ada yang berkenan di hati
kaunter bayaran panjangnya berkaki kaki
lebih baik aku duduk di tepi

mataku melihat angka bayaran mesin kira
wah 500 ringgit
wah 600 ringgit
ini baru pakaian
belum biskut kueh langsir sofa
hebat sungguh hari raya
yang kaya tetap taugeh cina

KAH KAH KAH...

Tuesday, September 7, 2010

Sebelum Berbuka Puasa

[cerita gaya abg hisham]

hari ini aku ditinggalkan gadis yang aku nikahi
untuk berbuka puasa bersama rakannya
perutku juga sudah lama tidak menjamah suapan dari orang lain

selesai menjatuhkannya di tepi jalan
aku menekan minyak ke bazar ramadhan stadium Sultan Muhammad IV
seperti biasa,kota bharu rimas dengan jumlah keretanya
aku sebagai pengguna jalanraya tegar disini
sedar dengan kadar kelahiran kereta di sini
seolah tiada sebarang perancang keluarga diamalkan

maka aku teringat jerman
bila kerajaan akan memperkasakan pengangkutan awam

aku meletakkan kereta di tempat yang betul
tiada jukir di sini
kehidupan masih belum mendesak

aku melalui gerai-gerai yang menjual nasi kerabu basi
aku melintasi gerai-gerai yang menayangkan kueh semalam

kedengaran suara dari pentas qaryah ramadhan
memuja muji ke'islaman' kerajaan kelantan
maaf tak semudah itu aku menelan bulat-bulat

kali ini aku hanya mencari satu dua makanan sahaja
beberapa gadis menyentuh badanku
tak kurang juga lelaki
manusia berlapis-lapis di sini
aku menjuih kepala sana sini

Nah!inilah yang aku cari
pelepung
atau paru-paru lembu yang digoreng kering/tumis pedas
gadis tudung bert-shirt pendek itu segera membungkus jualannya
hanya satu lagi tujuanku

Char kuew tiao
rata-riti aku mencari
tiba-tiba susuk besar melanggarku
bulat dia seperti aku
tetapi lebih dia dari aku
izamil rupanya
rakan aku di kampus
yang hidupnya seakan-akan aku
isterinya ada bersama [yang juga sekampung denganku]
bahkan beberapa anak kecil juga
kufikirkan itu anak-anak mereka
tapi itu tahyul semata
pantas dia berlalu sepertimana dia datang

char kuew tiao
sudah habis di sana sini
kerna waktu berbuka sudah hampir
akhirnya di sana
beberapa bekas masih berbaki di meja

pelempung sudah kurang anginnya
kalau macam ini
macamana aku nak merasai udara
yang dihirup lembu

char kuew tiao
terlalu banyak tumbukan kacang tanah
menjadikannya sedikit pahit
tetapi dipenuhi udang

aku bersyukur
dua kegembiraan bagi ku
gembira berbuka
gembira bertemu

Sunday, September 5, 2010

Comic Sans













kenangan di Madam Tussaude Hong Kong

Sunday, August 29, 2010

Mau Beli Apa Maa..

Wa mau cakap itu Hong Kong pun manyak itu kelai sopping maa. tapi halega taleh lawan sama itu sale dekat london woo. ini balang ah,maanyak mahal loh. ini wa rasa ah,sama itu trick sopping mall dekat malesiya,kasi angkat itu halega,lepas itu kasi tulis besar2 halega potong 50%.

wa tunjuk gambar sikit

ini aaa..kalu itu bulak nama apepe sama achichi nampak ah,musti jali gila punya. wa talak paham sama ini lua olang leng chai

nanti lu pigi,lu nampak manyak itu British punya bland ah. ale itu Marks&Spencer,ale itu kasut Clarks manyak hao hao sek ah,ale itu Fred Perry..manyak lagi maa..

ini wa dedicate sama itu syed

kalu lu manyak minat sama kamela ah,sini manyak ale balang. ale itu lens pinuh satu kelai ah

wa manyak minat itu Stephen Chow. manyak kali wa tengok dia punye celita lama2,mau pecah pelut woo.
ini Temple Street punya gelai2 makan,lu musti ingat sama itu celita God of Cookery kan? sini ale itu menu bebola daging cencang sama dalam itu celita maa. lagipun memang kat sini tempat shootingnya.

[okeh tuka cakap melayu betul sikit]
dah penat-penat jalan pasar malam,mau tau bila u punya wedding day k?atau mau tahu ape u punya nasib bulan depan ka,sini boleh kasi tau kalu u tak sayang akidah u laa..hehe

kalau hujan,inilah nasib pasar malam tersebut.
bungkus la jawabnya.

kalau u da malas-malas nak jalan kat shopping street,masuk saja ini Times Square,bukan Berjaya Times Square ok. sini da complete high class punya brand sume ada.

wa takde beli apa-apa sebab wa rase tak best shopping kat sini

Friday, August 27, 2010

Khas Buat Yang Merindui Abang-Abang Comel Di Sini

Jangan risau ye. Abang-abang comel di sini sihat-sihat sahaja. Mereka baru sahaja selesai satu break fast function.
Majlis dimulakan dengan upacara membaling bola ke dalam longkang. Dia orang b***k,jadi faham-faham sajalah.

Muka-muka yang selalu buka puasa.

'Dia' paksa saya ambil gambar 'dia'. Saya taknak tapi 'dia' insisted jugak.
Boleh tahanlah,ni sajalah produk terbaik B****k

Hikmat Lontaran Membelah Bumi

Ini Gaya 'Cool'

inilah dia abang-abang tu. sihat-sihat saja kan?
tolong maafkan yang baju belang tu,dia memang macam ni

tema oren sunquick

terima kasih buat The Seasons kerna sudi menerima kami walaupun kami bukan orang kelas atasan

Monday, August 9, 2010

Cam-Whoring MTR

Setiap stesen MTR ada tema warna tersendiri. biasala kan,lumrah kehidupan,yang berduit tentu akan menghiasi rumahnya secantik-cantiknya,yang kurang duit sikit, sediakan asas-asas sudahla kan?

cermin diri


ini bukan stesen orang melayu walaupun dia keturunan wan.



tundukkan pandangan
disiplin penting ya kawan-kawan.ketepi kalau nak lenggang-lenggang,bagi laluan kat orang yang in a hurry.


yup,tak paham pape.


bila ntah nak sampai platform. escalator tertinggi kot.

entah papela,buat tangga sudah. escalator terpendek kot.

yup,sangat buruk.

time kasih.


ketapi gedik

selain warna-warna tersebut di atas,ada lagi stesen tema warna oren,hitam,blueblack dan lain-lain.
orang cina kurus-kurus mungkin sebab naik turun tangga MTR la kot. kalau interchange station,mak aih,rase cam jogathon dia punya jauh.

Friday, August 6, 2010

Arkitek Berkarya di Hong Kong

Arkitek bebas berkarya di sini. Kehebatan dan kesenian dizahirkan dalam rekaan binaan masing-masing yang penuh simbolik dan mengambilkira pengaruh feng shui masyarakat cina.

Paul Rudolph, arkitek amerika menggambarkan beruang koala sedang memeluk pada sebatang pokok pada dua bangunan pejabat Lippo Center.

 Adakah dua batang pokok ini yang memberi inspirasi dan idea kepada Paul Rudolph??

Seterusnya, bangunan kesayangan rakyat dan pemimpin tempatan,ibu pejabat Hong Kong and Shanghai Banking Corporation,atau kita kenali sebagai HSBC.
Rekaan Sir Norman Foster,bangunan ini merupakan bangunan yang termahal di dunia sewaktu pembukaannya pada 1985 [kosnya mencecah USD 700 juta!]

Bagi masyarakat cina,sesuatu yang berkait rapat dengan air, tidak kiralah sungai kah,lautkah, atau tasik kah,atau apa sahaja asalkan ia air, dikaitkan dengan kekayaan dan rezeki yang melimpah ruah.
Maka oleh sebab itulah, bangunan itu dibina betul-betul menghadap laut,dengan dua dataran luas di hadapannya tanpa ada sebarang bangunan mengganggu kedudukannya.
Sebab itu ia dikatakan bangunan 'anak emas' kerajaan kerana dijanjikan bahawa kerajaan tidak akan membina apa-apa struktur di dua dataran dihadapannya bagi memberikan keistimewaan feng shui tersebut kepada HSBC.
Digelar 'bangunan robot' oleh orang tempatan

 Bangunan yang dikatakan bercirikan mesra pelanggan ini tidak mempunyai pintu utama langsung,bahkan ia langsung tidak berpintu untuk menggambarkan pihak HSBC mengalu-alukan kedatangan para tetamunya. Ruang bawahnya boleh dilalui oleh sesiapa sahaja,dan pelanggan hanya perlu menaiki escalator untuk berurusan.
Saya sempat memasuki bangunan ini dan melihat bagaimana jelas sekali keterbukaan mereka apabila dapat melihat setiap pekerja di meja masing-masing, tanpa ada sebarang cermin gelap melindungi. Bagaimanapun,rakaman gambar dilarang sama sekali.

Malangnya ruangan di bahagian bawah bangunan itu,dijadikan tempat perkelahan warga filipina pula pada hari minggu,menyebabkan ternampak sedikit jelik di situ. ada yang membaca bible,bermain kad,atau sekadar berbual-bual dengan warga senegara.

 Mari kita berkenalan dengan musuh ketat HSBC pula, kerja tangan I.M Pei, Bank of China seolah gagah berdiri di belakang bangunan HSBC. Jika kita lihat gambar di bawah ini, seolah-olah ia bermotifkan sebilah pisau pemotong daging yang sedang mengejar di belakang HSBC dan bersedia pada bila-bila masa untuk menetaknya!

 Walaubagaimanapun, bangunan Bank of China dikatakan telah mencabuli prinsip Feng Shui dengan rekaan 4 blok simbol 'X' berturutan dari atas ke bawah. Tau-tau sajalah kan 4 itu apa bagi orang cina. [Patutla kot HSBC sentiasa mantap]

 sekarang,kita beralih kepada simbol yang memalukan pulak.
 Bangunan pejabat Jardine House ini [ yang penuh berlubang tu] juga dijanjikan oleh kerajaan untuk tidak membina apa-apa sahaja yang akan melindunginya dari pandangan laut.
 Walau bagaimanapun, sudah menjadi adat orang cina Hong Kong untuk memberi gelaran kepada apa sahaja,tak kisahlah nama orang ke apa ke,dan salah satu mangsanya ialah bangunan ini yang digelar "House of 1000 Arseholes'

 tidak cukup dengan Jardine House itu, International Finance Center turut menjadi mangsa.

 kalau tadi, lubang du***, agaknya apalah yang ini ye. Walaupun menjadi mercu kebanggaan Hong Kong,antara bangunan tertinggi di dunia,namun ia tidak terlepas dari digelar "Sir YK Pao's Erection" merujuk kepada YK Pao,pemilik syarikat yang membangunkan bangunan ini.


 Cermin Central Plaza ini mempunyai tiga warna, emas,perak dan terracotta. bahagian piramid pada puncak bangunan ini bukanlah melambangkan simbol illuminati,tapi berfungsi sebagai jam dengan pelbagai warna yang berubah-ubah menentukan waktu-waktu tertentu. tak payah susah-susah untuk tengok jam ini kerana anda takkan faham pukul berapa sebenarnya dia maksudkan.

 
 Dan tiada yang berada di puncak melainkan bangunan ini yang berada di atas bukit Victoria Peak, The Peak Tower. Bukan bermotifkan suku minangkabau ya. Viewing Gallery di bahagian atasnya untuk melihat segala bangunan yang wujud di bawahnya,juga di seberang semenanjung sana.

Sekian,penat...

Tuesday, August 3, 2010

F.A.Q Hong Kong

Mari berkenalan dengan bumi Hong Kong
[internet agak slow,susah nak meng update..]
Penerbangan apa paling murah dari Kuala Lumpur?
Harga normal bagi perjalanan pergi balik dari KL dalam lingkungan RM600 ++ untuk AirAsia. Harga promosi pula boleh mencecah RM200 atau RM300 untuk pergi balik.
Jika memilih Singapore Airlines atau Malaysia Airlines,harganya lebih kurang RM1000++ pergi balik.


 sebaik tiba di Hong Kong International Airport,rekaan Sir Norman Foster,arkiter terulung abad ke 20,21.Antara hasil kerja tangannya ialah Wembley Stadium,bangunan kampus Universiti Teknologi Petronas,Beijing Capital International Airport,ibu pejabat HSBC dunia di Hong Kong dan banyak lagi.

 pandangan udara-sila jangan curi gambar ini

Sesudah sampai di airport,bagaimana untuk bergerak ke pusat bandar?
Cara terpantas ialah dengan menaiki train 'Airport Express', harganya HKD100,hanya mengambil masa dalam 20 minit,train berhenti di Hong Kong Airport Express Station,dan perkhidmatan shuttle ke hotel penginapan disediakan percuma.
Cara yang biasa diambil para pelancong ialah dengan mengambil bas,'airport coach' dengan no bas seperti A11,A12,A21 mengikut kawasan hotel penginapan anda.
Cara yang termurah,dan biasa dilakukan oleh penduduk tempatan ialah dengan mengambil 'shuttle bus' S1 dari airport ke stesen MTR Tung Cung [HKD 3.50] dan terus ke Central.


 MTR adalah sebahagian dari kehidupan penduduk Hong Kong Island. Seperti biasa,menepati kriteria pembinaan keretapi bawah tanah moden.[ informasi,keselamatan,lantai anti-slippery,sliding door di platform]

Dimana nak tinggal?
bagi pengembara yang mempunyai kewangan yang terhad,hostel adalah pilihan. Hotel sekurang-kurangnya berharga HKD500 semalaman [mahal tu!] Harga hostel pula biasanya dalam lingkungan HKD250 sebilik semalaman. [ semakin murah,anda boleh agakla bagaimana keadaan bilik tersebut ]
Hong Kong dipenuhi bangunan-bangunan tinggi,dan anda tak akan berjumpa dengan sebuah bangunan untuk sebuah hostel semata-mata. Biasanya satu flat,akan mempunyai pelbagai hostel di setiap tingkat,rumah penduduk,restoran,pejabat,klinik dan sebagainya.
Saya syorkan Yesinn Inn,[bilik yang simple,tetapi bersih,kemas,dan dilengkapi flat tv,air panas,bantal,selimut,sabun mandi,dan bersebelahan stesen MTR yang sedikit terkeluar dari Central supaya anda dapat menikmati suasana penduduk tempatan]

Tempat-tempat di Hong Kong?
Secara umumnya,saya bahagikan Hong Kong kepada 3 bahagian, Hong Kong Island,Kowloon [bahagian selatan tanah besar], dan Lantau Island untuk Disneyland.
Hong Kong Island ialah kawasan utama pendudukan British suatu masa dahulu,dan anda boleh lihat bagaimana kawasan ini begitu dimajukan dengan pelbagai projek dan perancangan bandar yang teliti.Kawasan ini masih mempunyai bangunan-bangunan tinggalan penjajah,seperti pejabat pos,mahkamah, tetapi jumlahnya sangat sedikit dan dihimpit di celah-celah bangunan pencakar langit. Jika anda penggila shopping barangan mewah,dan juga barangan berjenama, di sini anda boleh temui pelbagai jenama-jenama utama antarabangsa dan juga jenama mewah.

 Legislative Council Building berada di celah-celah kawasan hartanah antara termahal di dunia

Di sini jugalah adanya The Peak,kawasan tanah tinggi,yang menaungi bangunan-bangunan tinggi di bawahnya.Dulunya didominasi oleh gabenor-gabenor British dan bangsawan,kini ia masih menjadi kawasan kediaman pilihan bagi orang-orang kaya. Legasi tram berusia lebih 100 tahun yang membawa penduduk di bahagian kaki bukit ke puncak wajib dicuba. Puncak The Peak juga telah dimodenkan dengan pembinaan The Peak Tower [ Madam Tussaude Hong Kong di dalamnya :) ]

Street Market,pasar malam,agak kelakar mendengar percakapan jurujual berbahasa Inggeris dalam loghat Kantonese, 'oh,cannot maa..this cheap-cheap I give you loh..."

Di bahagian Kowloon pula,suasananya lebih menggambarkan suasana tempatan walaupun para pelancong asing makin membanjiri kawasan ini. Anda boleh melihat lorong-lorong sepertimana babak cerita-cerita kongsi gelap Hong Kong di sekitar kawasan Kowloon ini. Tarikan utama ialah pasar-pasar malam yang menjual barangan cenderahati,pakaian,gerai-gerai makanan. [pergila kawasan ini sekadar melihat suasana,pekedai di sana sedia mengkapak kepala anda dengan harga barang yang ntah pape,boleh diibaratkan ini ialah Khan el Khalili]. Di sini juga untuk penggemar kamera,berpuluh-puluh kedai kamera menjual pelbagai jenis lensa,aksesori kamera pelbagai jenama.

Lantau Island hidup hanyalah kerana airportnya dan Disneyland. tiada tujuan lain kot bagi pengunjung biasa untuk datang ke sini.Sebenarnya Ocean Park itu lebih menarik dan memberi erti sebenar taman tema berbanding Disneyland Hong Kong yang terlalu kecil dan tak jumpa roller coster [serius,tak jumpa]

Pengangkutan Utama?
Sepertimana negara-negara maju lain,aplikasi touch n go di sini ialah Octopus Card [HKD 100 kredit,HKD50 deposit] MRT memudahkan anda bergerak untuk jarak yang sedikit jauh,manakala bas double decker,memudahkan anda sampai di celah-celah ceruk bangunan,dan tram 'ding-ding' ialah jalur lurus dari timur pulau,ke bahagian barat. Semuanya mudah digunakan dan dilengkapi laluan perjalanan yang simple.Feri pula untuk bergerak dari pulau Hong Kong ke Kowloon. Sehari,secara normal,anda akan menghabiskan HKD30++ dari kad Octopus anda.

Ding-Ding,antara sistem pengangkutan terawal diwujudkan sejak 1904,pengangkutan termurah HKD2 untuk menyusuri kemodenan bangunan-bangunan dari hujung stesen di timur pulau,ke bahagian barat.

Makanan Halal?
Makanan Halal yang paling best di sini ialah Islamic Center Canteen,berhampiran stesen Tram di bahagian Wan Chai. Pelbagai dim sum halal,pencuci mulut,nasi goreng cina,mee,kuew tiau,lauk pauk tempatan dimasak dengan mengikut kaedah syara'.Harganya lebih murah berbanding membeli kebab,biryani di kedai-kedai india,pakistan. Sekali makan,bolehla mencecah HKD50 atau lebih kalau anda mentekadarah dengan dim sum,air ribena,kek lagi. Islamic Center Canteen ini berada di sebuah bangunan namanya Osman Ramju Sadek Building,sebuah bangunan untuk komuniti islam di sini,dengan kemudahan masjid untuk lelaki dan perempuan,dewan keramaian,dan sebagainya. Jadi alang-alang makan,boleh berehat untuk solat dan berkenalan.
Breath-taking view.

ok,itu sahaja F.A.Q kali ini.
Kesimpulannya,aktiviti utama di Hong Kong ialah,
1. Melihat "Light Show" pada jam 8 malam oleh pencakar-pencakar langit pulau Hong Kong.
2. Meng 'cam-whore' kan diri di Madam Tussaude
3. Makan di Islamic Center Canteen
4. Shopping di Central
5. Shopping di pasar-pasar malam.[ barang-barang hampeh je pun]
6. Ocean Park
7. Disneyland
8. Tengok seni pembinaan pelbagai bentuk pencakar langit
9. Meng 'cam-whore' kan diri di Avenue of Stars [macam walk of fame hollywood tu]
10. Menyingkap sejarah Hong Kong! [perubahan sebuah pelabuhan kepada sebuah negara maju]

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails