Setelah melakukan kajian terperinci selama 4 tahun, dan meniliti kematangan hasil kekayaan calon,majalah Froggers telah berjaya menyenarai pendekkan lima lelaki terkaya Gen6 tahun 2010.
Kelima:
Faeid Othman
Anggaran kekayaan 20,000
Hanya beliau berjaya memasuki senarai akhir lima terkaya dari kalangan mereka yang pulang setiap tahun.
Walaupun membelanjakan sebahagian hartanya untuk pulang setiap tahun,Froggers mendapati beliau masih mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh hasil disiplin perbelanjaan yang sukar dibayangkan.
Lihat saja pakaiannya,hanya kain dua pasang, walaupun mempunyai aset kenderaan,tapi masih meminjam helmet rakan selama berbulan-bulan.Gemar untuk bergaya dengan barangan tiruan,walaupun mendakwa ada beberapa barangannya adalah asli tapi Froggers mendapati ia sukar disahkan memandangkan kampungnya di Rantau Panjang.Susutan wangnya pada tahun ini banyak berpunca dari saman-saman ekor oleh shurtah murur.
Keempat:
Nama Sebenar: Hafizuddin Mamat Azlan
Nama Komersial : Hafiz Adam
Anggaran Kekayaan : 25,000
Hidup yang 'simple' memberikan banyak kelebihan buatnya. Makan apa sahaja,tidur di mana sahaja. Aset utamanya ialah barangan perkomputeran,selain mempunyai sumber pendapatan lumayan dari Nuffnang,sewaan novel dan perkhidmatan percetakan walaupun jualannya merosot setelah kemunculan Sweet Print yang menggugat pasaran domestik beliau. Sejak suku kedua 2009,Froggers mendapati beliau mulai melakukan pelaburan yang serius dalam industri hiburan Korea walaupun Frogger tidak melihat prospek yang jelas bagi industri berkenaan,atau mungkinkah beliau mempunyai visi yang sukar dijangkau orang biasa? Jika beliau serius mengenakan perintah bayaran hutang,kekayaannya boleh melonjak mendadak.Digelar "Harimau Terengganu"
Ketiga:
Baihaqi
Anggaran kekayaan : 29,000
Amat sukar didekati,sering mengelak dari lensa kamera.Sehinggakan krew Froggers terpaksa mengupah jurugambar amatur mengekorinya ke wad ophthalmology. Berpakaian serebeh, Atabah ialah kegemarannya.Usah tertipu dengan gaya kemiskinannnya walaupun berasal dari Terengganu. Krew kami pernah memasuki biliknya dan kelihatan wang 200 junaih bertebaran di merata-rata tempat di biliknya. Di celahan buku agama (teknik bijak supaya pencuri mendapat hidayah semasa mencuri) , di tepian meja, di bawah lampu. Biliknya umpama mesin atm.Mencatat rekod warga Gen6 paling lama bertahan di Kaherah dengan bermastautin 3 tahun tanpa henti,akhirnya menyahut panggilan orang kampung pulang pada 2009.Asetnya berupa handset,PDA seringkali ditimpa musibah,samaada dicuri,hilang,atau dia sendiri tak ingat letak kat mana.
Kedua:
Anas
Anggaran kekayaan: 34,000
Lihat saja badannya yang sekeping. Tulang ialah sebahagian dari dirinya.Jika Paeid dikatakan agak kedekut,inilah dia Ultra. Kacamatanya mungkin kacamata yang masih sama dari intec 2006. Amat teliti dalam soal perbelanjaan,amat kedekut dalam soal aksesori remaja.Mungkin sebahagian kekayaannya adalah diwarisi,pada tahun satu tiba-tiba beliau mempunyai laptop sony traveller's notebook yang berharga sekitar 5,000 waktu itu. Tiba-tiba sahaja, beliau mempunyai handset touchscreen Nokia yang tiba dari Malaysia. Dan terbaru,krew Froggers terkejut apabila mendapati beliau juga mempunyai SLR. dan inilah menyebabkan kedudukan jatuh ke tempat kedua.Bagaimanapun, beliau mungkin antara penyumbang terbesar kepada badan kebajikan anak-anak pekerja ladang.
Pertama
Isa
Inilah dia rupa paras jejaka yang mengisi slot lelaki terkaya Gen6 tahun 2010. Lihat saja muka bangganya itu.Dengan anggaran kekayaannya mencecah 40,000, perkahwinannya pada awal tahun ini dilihat tidak sedikitpun menjejaskan aliran kewangannya. Pra perkahwinan, kebanyakan apa yang ada padanya,samaada adalah milik ahli bait,jiran atau boleh jadi kepunyaan sesiapa sahaja. Baju? Beg? Kasut? krew Froggers masih sukar menentukan yang mana satu adalah betul-betul kepunyaannya.Walaubagaimanapun ketirisan wangnya banyak kepada sumber rujukan terdiri daripada Al-Quran dan As-sunnah. Kami mengesyaki beliau mendapat pendapatan tambahan dengan bekerja shif malam kerana seringkali melihat beliau mengenakan pakaian kilang yang tertulis di bahagian dadanya "Hao Jiang" pada kelas awal pagi.Berikan dia sekeping roti dan jibnah,dia masih boleh bernyawa tanpa sebarang rungutan.Sejak berkahwin,pakaiannya sudah menunjukkan tanda-tanda milik persendirian,walaupun mendakwa masih meminjam beg isterinya. Sukar untuk anda mempercayainya,tapi ketahuilah, DIALAH LELAKI TERKAYA.
kesimpulannya,berilah sebukit emas kepada manusia,akan dimintanya lagi bukit emas yang kedua.berilah PS2,maka dia akan meminta PS3 kemudiannya. hanya iman dan sifat qanaah yang mengawal diri. Ditanya kelak di hari akhirat,tentang hartanya,dari mana sumbernya,dan kemana alirannya. Anda kaya dan anda diredhai Allah,maka andalah cemburuan kami semua.
Jumpa lagi tahun hadapan dengan senarai terbaru.
Post ini kontoversi.
Wednesday, April 28, 2010
Monday, April 26, 2010
Bagaimana Mengelak Ditipu Bila Beli Tiket
hai,saya ahmad,saya berusia 22 tahun. saya tiba di mesir pada tahun 2006. lepas raya haji tahun tersebut (bulan 12,1 kalau tak silap),ada orang tawarkan tiket QatarAirways harga LE4000. Not bad for a 5-stars airlines.Duit diserahkan LE4000 cash. Kemudian, Egyptair mengambilalih route Cai-Kul dengan harga pengenalan LE3200. Maka beramai-ramailah orang yang menyerahkan LE4000 itu menukarkan pilihan kepada Egyptair (waktu itu tidak sedar,Egyptair hanyalah 3 stars airlines,walaupun ada cakap-cakap Egyptair kalau nak kencing,pegi kat dinding aje,takde tandas)
Beres,takde masalah nak tukar,tiket QatarAirways itu belum pun ditempah lagi.
Bulan 7 2006,baru tiket EgyptAir saya ada di tangan saya.
Don't you see something wrong here?
Kami masih lagi anak-anak kecil bermain api,menyerahkan LE4000 bulan 1,dipulangkan baki LE800 bila tukar kepada EgyptAir,bulan 7 baru dapat tiket! apa itu api! [what the hell] apa duit kami sedang buat selama 6 bulan tu? Marilah kita bersangka baik,tapi sukar jugak ye sebab most of my friends tak dapat tiket mereka,hanya saya, bakal isteri saya (waktu itu) [memandangkan nama kami disusun mengikut susunan alpha dan beta] dan 2,3 orang lagi yang namanya bermula huruf 'A' (pengajaran pertama;bagila nama anak bermula huruf 'A' supaya selamat dapat tiket)
Maka bermula dari itu,saya berikrar akan membuat kajian sendiri bagaimana pemprosesan tiket dilakukan,daripada kewujudan airlines,pengelasan kelas kapalterbang,darjat dan ketinggian sesebuah airlines,saiz kerusi,makanan,faedah membership,jenis pesawat,sistem entertainment,pengenalan broker-broker Melayu yang established,pembayaran duit,dan penerimaan tiket.Sekarang sudah 2010.sudah 3,4 tahun kajian saya.
maka,nasihat saya
1.bergantung kepada anda,pilihlah airlines mengikut kesukaan anda.ada yang inginkan direct flight,ada yang mahu transit kerana ada nilai tambah di sana,ada yang mahu stick to the one,ada yang mahu cuba variasikan. semuanya kepada tuhan kami berserah.
2.jika anda memilih membeli sendiri,[kebanyakan kita tak sedar,most of travel agencies,hanyalah 2 stops away] sediakan terus duit anggaran perbelanjaan anda. jika anda jumpa mana yang berkenan,pay on the spot,and let the seller give you the e-ticket with booking reference,e-ticket number etc. sesetengahnya tidak pun mengeluarkan resit,dan kadang-kadang mereka terasa terhina bila kita meminta resit [ini benua afrika,expectlah benda seperti ini] sebenarnya resit sangat penting in case anda nak refund balik tiket if something happen. do you expect the agency will remember how much did you pay the other day? NO.
most of you will have this experience,pergi kedai sana dapat harga murah,dan looking around again,tak jumpa,and decide to go to the first one,when you asked about the ticket,he will said "oh,there's no seat available" if he really serious about the price,and you got the money,pay him on the spot.
3.sila jauhi kedai ini "Cityco travel" kedai ini ada dua di tahrir,satu berhampiran syari menuju bab el louq (blok hardees), satu lagi berhampiran cleopatra. kedai ini sudah mula menunjukkan sifat mazmumah. setakat ini saya sudah menerima 3 laporan. Scam yang dilakukan syarikat ini ialah,menjanjikan harga murah untuk pelanggan,kemudian meminta bayaran deposit. Pelanggan ini dengan ceria muka bangga bercerita kepada kawan-kawan mendapat harga tiket bawah LE3000,kemudian bila ingin melangsaikan bayarannya,syarikat travel mengatakan harga sekarang menjadi LE3800 [the normal price you will get elsewhere]. Maka anda pun buat muka tak puas hati,tak bersetuju dengan harga itu,kerana itu hanyalah 3 stars airlines yang tak layak dengan harga tu. Maka anda nak duit anda balik,syarikat travel pon mensyarahkan untuk anda matan rules ticket tersebut,bla,bla,bla you got to pay the penalty. ceh, dengan bodoh-bodoh sahaja syarikat itu mendapat untung atas angin hasil penalti yang entah betul entah tidak.Ada yang juga yang memberi alasan lain dengan "oh harga itu tidak termasuk tax" (apa itu api!) Situasi ini kita tak boleh dipersalahkan kerana harga yang diletakkan ialah kaza wakaza,dan kita membayar deposit kerana setuju dengan harga itu. tapi...eh..memang anda yang salah. sepatutnya bila sudah bayar deposit,for sure anda akan dapat booking reference tiket, which you can check it through the airlines' web. jika anda gagal bayar pada masa ditetapkan,there will be auto cancelllation. and furthermore,you are not obliged to pay the deposit.some agencies,can just book your seat,because its nothing,you pay you get,you dont pay,auto cancel. so,once again, jauhi Cityco
4. Bila pilihan anda adalah broker Melayu, bersedia jugalah dengan beberapa perkara. saya tidak mahu dilihat bias kerana saya juga penjual tiket maka pertimbangan saya mungkin dilihat tidak adil. Pilihla sesiapa sahaja yang anda berkenan. tahun ini,begitu ramai yang mengiklankan harga super duper murah.well, i got to say,experience will give you the picture. you can go to these people,as long as mereka bersikap jujur,amanah dan fathonah. salut untuk mereka yang memegang duit pelajar tapi memulangkan balik kepada mereka setelah mereka gagal mendapatkan harga yang dijanjikan.
tetapi most of big agents [you know who la,haha] mereka boleh keluarkan tiket dahulu,tanpa anda menyerahkan sekeping wang pon kepada mereka. once the ticket has been issued,let's proceed to payment.thats their way.and i think this is the best way.dan mereka juga akan beritahu pelanggan jika ada perubahan harga dan bagi pilihan samaada mahu cancel atau tidak. [ini semua mampu dilakukan kerana pelanggan tak bayar apa-apa pun lagi ] sepatutnya pelajar bersikap lebih berhati-hati,dan menerima booking reference terlebih dahulu yang boleh dilihat dengan mata kepala sendiri details tiket berkenaan,barula dihulurkan duit.if the newbies can do this,it's better.
kebanyakan orang pelik,eh mengapa SIA boleh dijual dengan 4000 ribu oleh broker melayu,mengapa harga emirates di internet 6000 tapi broker melayu jual 4000.eh,mengapa,mengapa. ITU ADALAH STUDENT FARE,mereka pandai berurusan dengan syarikat arab.full stop.
5. Jadi,bagaimana pula anda boleh mendapat tiket murah? hehe,you got to befriend with me, berbual-bual secara oral dengan saya and i enshallah i will tell you the trick ;) (i am not rich,you know,i nak kena beli lampin anak lagi,susu diorang,yuran tadika lagi) sorry kepada yang geli membaca post ini,tiba-tiba malam ini saya gedik.
sekian,terima kasih.
Recall trauma kepada yang sudah terkena dan peringatan buat yang belum terkena.
Friday, April 23, 2010
Parti bersama Selebriti
tiba-tiba George Clooney tweet saye,ajak saya makan, saya pun pergilaa..
ceh,kedekut betul George Clooney,belanje sup tom yam siam je dengan air suam.
pastu,jumpa pulak Tom Cruise,ntah pape,makan tom yam,jumpa tom cruise.
"eh eh,pendek jugak awak ni ye encik tom..saya ingatkan tinggi dan kacak,canela Nicole Kidman boleh couple ngan awak dulu"
abang Salman tough ni pun ade gak.jauh tu datang dari india.gay betul pegang-pegang tangan orang pulak.
gua paling tak puas hati ngan lu la mourinho..napela genius sangat..sian pepe nangis-nangis Barcelona kalah.
gambar-gambar lagi hot kat dalam facebook.takleh letak sini nanti Jaksi amek tindakan.
ceh,kedekut betul George Clooney,belanje sup tom yam siam je dengan air suam.
pastu,jumpa pulak Tom Cruise,ntah pape,makan tom yam,jumpa tom cruise.
"eh eh,pendek jugak awak ni ye encik tom..saya ingatkan tinggi dan kacak,canela Nicole Kidman boleh couple ngan awak dulu"
abang Salman tough ni pun ade gak.jauh tu datang dari india.gay betul pegang-pegang tangan orang pulak.
gua paling tak puas hati ngan lu la mourinho..napela genius sangat..sian pepe nangis-nangis Barcelona kalah.
gambar-gambar lagi hot kat dalam facebook.takleh letak sini nanti Jaksi amek tindakan.
Friday, April 16, 2010
Dari Abu Dhabi melencong ke Dubai
Bermula dari airport Abu Dhabi, keluar saja ke bahagian parking, anda akan nampak bas Etihad ni
mostly anda akan sampai ke Abu Dhabi dengan Etihad la kan,tunjuk saja boarding pass. jadual bas boleh rujuk website Etihad.duration lebih kurang 2 jam perjalanan.
kemudian anda akan diturunkan di pejabat Etihad di Sheikh Zayed Road di Dubai. Sheikh Zayed Road ni macam tulang belakang antara Abu Dhabi dan Dubai la. Highway yang kiri kanannya berderet skyscrappers.
kalau anda sampai siang hari, Financial Tower Metro Station betul-betul di depan pejabat etihad tu,senang untuk sambung pejalanan anda ke hotel ( mostly hotel sederhana ada di Bur Dubai,hotel cikai di Deira,Karama), kalau anda sampai tengah-tengah malam buta ( macam saya ) ambil saja teksi yang reliable,insyallah.
ini rupa Sheikh Zayed Road dari tingkap stesen Metro.
kemudian,check-in la di hotel
kebanyakan hotel di Dubai bercirikan hotel apartment,bilik besar,ada dapur dengan semua perkakas masak,peti,mesin basuh - mafrushah semuanya. harga start dari 160 dirham per room per night. London Crown 2 Hotel Apartment ni berada di lokasi yang menarik,senang dicari dan dekat dengan metro Khaled Al Waled.
Breakfast di Dubai la paling menarik sepanjang karier kami sebagai traveller
mostly anda akan sampai ke Abu Dhabi dengan Etihad la kan,tunjuk saja boarding pass. jadual bas boleh rujuk website Etihad.duration lebih kurang 2 jam perjalanan.
kemudian anda akan diturunkan di pejabat Etihad di Sheikh Zayed Road di Dubai. Sheikh Zayed Road ni macam tulang belakang antara Abu Dhabi dan Dubai la. Highway yang kiri kanannya berderet skyscrappers.
kalau anda sampai siang hari, Financial Tower Metro Station betul-betul di depan pejabat etihad tu,senang untuk sambung pejalanan anda ke hotel ( mostly hotel sederhana ada di Bur Dubai,hotel cikai di Deira,Karama), kalau anda sampai tengah-tengah malam buta ( macam saya ) ambil saja teksi yang reliable,insyallah.
ini rupa Sheikh Zayed Road dari tingkap stesen Metro.
kemudian,check-in la di hotel
kebanyakan hotel di Dubai bercirikan hotel apartment,bilik besar,ada dapur dengan semua perkakas masak,peti,mesin basuh - mafrushah semuanya. harga start dari 160 dirham per room per night. London Crown 2 Hotel Apartment ni berada di lokasi yang menarik,senang dicari dan dekat dengan metro Khaled Al Waled.
Breakfast di Dubai la paling menarik sepanjang karier kami sebagai traveller
see? arh,beznya parata,kuah dal,mufin
nak cover Dubai dalam masa 2 hari? Dubai terbahagi kepada 4 bahagian penting, Bur Dubai, Deira, Sheikh Zayed, dan Jumeirah. Ambil saja bus no 8 dan anda sudah boleh cover Bur Dubai, dan Jumeirah (for Jumeirah mosque,hotel Burj Al-Arab) dan naik metro Red Line, anda boleh cover Sheikh Zayed ( Burj Khalifa,Mall of Emirates) dan Deira ( untuk shopping pashmina ke,baju punjabi ke,beli emas ke,tengok historical part of Dubai ke)
senang kan? dan of course banyak lagi menyusul untuk Dubai dalam tempoh 2,3 tahun akan datang ni.
of course anda boleh elak susah-susah nak naik bas Etihad tu dengan naik saja Emirates atau Singapore Airlines :)
enjoy Dubai!
Friday, April 9, 2010
5 World's Best Magicians in Cairo!
tetibe rasa nak pegi tengok show Hocus Pocus Cairo's Magic Show kat CICC.dahle last minute decide,apelagi,pecut dengan teksi meter ke CityStar untuk beli tiket. Tetibe naik teksi dengan pakcik yang sama.wah,ajaib betul hari ni. boleh kate magic gak ah. kalau mengikut kajian Archimedes, kebarangkalian untuk dapat pemandu teksi yang sama di Cairo ni ialah 0.0014!!
Camne aku boleh cam pakcik ni ialah,suatu masa dulu,kami berdua penah naik teksi dengan dia.makanya dari stat pejalanan sampaila sampai ke rumah,dia tak habis-habis mencarut keta sebelah kanan,kereta sebelah kiri. haha.gila betul pakcik ni,tapi i like u la pakcik.semua orang salah! wei #%#%,ko tu tepila sikit,wei #%#%%,mane boleh masuk camni,wei,#%#%#. mula-mula ragu lagi,betul ke ni pakcik yang dulu,sekali lepas masuk gear 2,haaa..ambik ko.pakcik sama laa! tahniah la pakcik kerana berjaya.
sesampai di Citystar,terus pegi beli tiket kat Cilantro,isi perut sikit,dan amik teksi lagi ke CICC lagi.takdela jauh,mereka berdua berada di tepian Autostrade.cuma patah balik je.harga tiket LE50 untuk bronze seat.ada seat harga 100,200,300.lantakla,aku bukan mesin atm.
apa yang membuatkan nak tengok show ni ialah,barisan performers dia memang world class,bahkan show director dia,encik David Lai ni ialah orang yang regular direct show kat depan kerabat-kerabat raja,selebriti dan PERDANA MENTERI MALAYSIA sendiri! wah,memang takleh miss ni.
sesampai kat CICC,masuk kat Cheops Hall,tempat PakLah datang taun 2008 aritu.macam-macam orang ada,orang mesir,expatriat-expatriat,dan kami dua ketul orang malaysia.show sepatutnya start pukul 5,tapi tak start-start sampaila pukul 545. not badla harga tiket LE50,duduk kat mezzanine floor dalam hall tu.center pulak tu.lagipun ada je skrin besor.
Sorila gambar je,bateri kamera tak mampu nak amik video sebab last minute charge.
ini ialah Timo Marc, penerima anugerah German Master of Magic. Aksinya melukis-lukis di skrin biru tu,dan tetibe benda yang dia lukis tu keluar.Siap dia main-main bola dengan orang lidi yang dia lukis,orang lidi tu tendang bola keluar,dia tangkap,pastu dia baling balik masuk dalam skrin.Wah!!
ini ialah Micheal Finney : Comedy Magician of the Year 2009. agak boring gak ah,sebab dia asyik kenakan budak tu je. yang budak ni pulak,terer gile cakap english.kalau aku dia pilih naik atas pentas tu, mi spik no english la..haha.dahle accent america semacam je.dia buat trik tali cam biasa,potong-potong,sambung.potong-potong sambung. MEGALAME!!
Aksi ketiga : ini ialah Danny Cole, State Magician of the Year 2004/2005. yang ni menarik gak. kejap dia tuka baju merah,kejap dia tuka baju biru,kejap ada neck tie,kejap takde,kejap tie biru,kejap belang-belang. kejap ada kejap takde,macam chipsmore la dia ni. patut siap kerek duduk tanpa kerusi.siyes,dia duduk betul2,angle lagi tajam dari gambar ni,sebelah kaki pon dia boleh duduk.macam cerita seniman bujang lapuk.
perh,tekejut tengok show keempat.Barry and Stuart.dua orang ni aku penah tengok kat youtube k kat mana BBC tak pasti. tapi memang dua orang ni la. Dua Scottish yang pekat gila dialek dia,tapi taktau Scotland belah mana. Best Comedy Illusionist 2009. korang boleh tengok diorang kat website BBC london.Memang ni ah favourite aku. Dia panggil sorang audience lelaki cina,pastu dia buat ala-ala vodoo. Gile,dia cucuk tangan patung tu,tangan pakcik tu sakit jugak.Dia cucuk punggung patung tu,pakcik tu tetibe terloncat dari kerusi.Siap dia tuka kerusi lain tu nak bagi penonton percaya. Pastu dia suruh pakcik tu balik tempat asal,pakcik tu takleh bangun,punggung terlekat!! camne ah dia buat,wallahua'lam. 5 bintang untuk Barry and Stuart.
show kelima aku tak sempat tengok kerana menunaikan solat di luar hall,cewah.magic-magic pon,api neraka panasla jugak.Menarik untuk seisi keluarga beriadah selepas abis exam.
esok 10 April,last performance.hehe.
Thursday, April 8, 2010
Westernization of Egyptian Food
finally,this is what i've been craving for!
tutty fruity your mama cant make at home
pure romantic dinner
Grilled Chicken Fresh Mushroom with fettucine
be prepared to be poisoned with that mushroom, it will increase your satiety center!
picture courtesy of sagof ( he's having dinner with a guy,but i assure you,he's straight :D)
when i looked to that round pale yellow thing in their menu,i thought it was some kind of egyptian-sugar-bount pastries
yet,it's just some marvellous touch for delicious mashed potato
courtesy of sagof
wanna some mexican in the desert of cairo?
chicken enchilada brings you the excitement
i got to say,this restaurant really put themselves in running some serious business,
catering egyptian food with brilliant extra touch,leading the taste sensation of the aristocrat to their place,tantalizing for the poors. in fact, a family of 5-6 who sat beside my table just spent about 800 egyptian pound. well,mastecard can handle that i guess, but for the satisfaction, PRICELESS
visit their website for location and menu
http://www.spectracoffee.com/
the map
http://www.yellowpages.com.eg/profile/ODgxODA=/Spectra-Restaurant-and-Cafe.html
the map
http://www.yellowpages.com.eg/profile/ODgxODA=/Spectra-Restaurant-and-Cafe.html
please avoid weekend, a lot of universities' proffessors will be there!
around LE 40 for main plate
around LE 40 for main plate
Subscribe to:
Comments (Atom)





