Thursday, May 27, 2010

Arca Reflek

Exam sudah berada di selekoh.
and like my father always said
"perikso ni srupo main bola la. tok kiro kito ni hebat setaro mana pon,sapo hok sumbat gol,diyola hok mene,boleh jadi ore sumbat minit-minit akhir,selagi ada masa,sumbat gol"
"apa yang penting, kerjaa sama" - yg ni tambah sendiri

selalu orang yang ada digital SLR je yg amek gamba pose mcm ni,apekata kalau orang yang ada digital camera olympus buat macam ni.boleh kena lempang tak?

Jadi,checklist kontrak kena revise balik:
Tahajjud
Dhuha
Ma'thurat
Solat Jemaah 5 waktu
Rawatib 14 rakaat
Puasa Isnin Khamis
Quran 1 juzuk sehari
Infaq
Ziarah
Kitab
Study

tak semestinya kena penuh,slow-slow tambah sikit-sikit. kita dekat sikit,tuhan dekat lagi baaanyak.
tambah-tambah yang nak kahwin,mestila sudah at least terpimpin dirinya kalau mahu pimpin tangan perempuan.
kalau dua-dua pun asyik terlajak subuh,anak yang nak keluar nanti macamana.biar anak kita hitam,asalkan dia soleh.
harap-harap kita mati dengan kita sedang leading 2-1
hidup hepi,mati hepi

Sunday, May 23, 2010

Anda Perbun? Ini Penyelasaiannya

Masa zaman sekolah dulu, ada Perbun. Perbun ni biasanya wujud di sekolah-sekolah sbp,lawan Perbun ialah Bada.maksud Perbun ialah Persatuan Bukan Naqib. ini persatuan budak-budak yang dikira agak nakalla dan dianggap tak ada kesedaran agama [kesian mereka dianggap sedemikian]

Tapi bila sudah zaman masuk U, Perbun bukan lagi bermaksud seperti di atas. Bila dah umur 20 lebih, gaya pemakananan sangat mudah mempengaruhi struktur badan. Bila terlebih makan,senang-senang sahaja boleh masuk Perbun. Perbun ialah singkatan bagi Persatuan Perut Buncit. ia juga seangkatan dengan Perselam [Persatuan Stadi Last Minute] Pemram,Penyerang,dan Pepe [Persatuan Penari]

Sedih tengok budak-budak zaman sekarang sibuk-sibuk masuk gym, [bukan masuk persatuan Jim] Buat apela susah-susah masuk gym ni. Untuk kuruskan badan,tak perlu semua tu. Lihat produk ini

haa,sehari sepaket je minum jus ni. dahla keluaran bumiputera,Dr Rozmey..ala,yang iklan kat tv tu. Tak payah bersenam,tak payah susah-susah angkat berat,minum segelas sehari je,insyallah badan langsing,slim macam  slim river.

Kenape saya tak slim lagi?
saya segan nak makan benda ni. walaupun da 4,5 bulan benda ni ada, nak tunggu masa sesuai untuk start. Lagipun,badan saya baru turun 5,6 kg selepas travel aritu. Lepas ni,kalau tengok saya slim macam gambar kat kotak tu,janganla terkejut ye.

haha..

Thursday, May 20, 2010

Result Sudah Keluar!

Hamburg- Memandangkan saya mengalami kecederaan pada medial meniscus sebelah kiri,dan masih tak buat MRI,maka sudah tak turun bermain bola. mesti sedih kawan-kawan sebab dah takleh nak bermain dengan saya,ada saya dengar nangis-nangis sebab tak dapat peluang bermain bersama saya [haha]

Maka masa lapang pun da disalurkan kepada aktiviti mulia yang lain.Badan penilai industri penerbangan,Skytrax telah umumkan pemenang-pemenang bagi tahun 2010. Badan ini dikira yang paling dhobit lah dalam menilai darjat sesuatu penerbangan. Maka kalau airlines tu claim dapat award tu award ni dari badan lain,contohnya majalah riangria ke,majalah tibbians ke,memang tak diiktiraf lah.

Mari kita lihat,siapa yang menang dan komen oleh krew froggers.
Kita mulakan dengan berita gembira kepada pemegang ic biru Malaysia

= World's Best Low Cost Airlines:
yang ni memang dah diexpect la kan, mane lagi low cost yang betul-betul low cost + service yang mantap.
ryanair mungkin murah tapi service dia memang teruk. tapi airasia memang mengamalkan kempen budi bahasa dan nilai-nilai murni kepada staffnya. mat salleh suka gila order makanan onboard sebab murah yang amat banding dengan harga makanan onboard ryanair,easyjet. sekarang da dapat green lite nak pegi korea. abis gilala peminat suju,snsd. akhir taun ni pegi maldives.[maldives?]

= World's Best Economy Class:
yang ni tak expect. Macamana pemenang tahun lepas,QatarAirways boleh jatuh di bawah Malaysia Airlines tahun ni. Saya tak biasa long haul flight dengan Mas,kalau domestik tu,banyak kali jugak.tapi kalau consider apa yang diterangkan dalam websitenya,memang MAS agak ketinggalan dalam aspek in flight entertainment. entahla,taktau macamana boleh menang,tapi still bangga tanpa sebab.

= World's Best Business Class
kalau dengan airlines middle east yang kaya-kaya [kuwaitairways tak termasuk ok] memang takyah cakapla macamana diorang upgrade business class dengan first class diorang. da macam hotel kapal terbang ni.
Meninggalkan Singapore Airlines di tempat kedua,dan Etihad di tempat ketiga.

= Worlds' Best First Class
tengok ah sendiri cane etihad layan orang yang naik first class. beranganla kita nak naik. direka oleh pereka hiasan dalaman kereta Ferrari. ada almari sendiri,tempat cuci-cuci sendiri,minibar,sliding door lagi,kerusi urut perh..memang deserved la.da sampai airport abu dhabi,kalau terasa nak pergi dubai,nanti keta personal bmw datang bawak kita pegi.

= World's Best Cabin Staff
selalu bila naik kapal terbang,kadang-kadang kita complain,adeh,panggil pramugari nak sumthing,nanti dia jawab, okay, i'll get back to you..tiba-tiba sampai da landing tak muncul-muncul. yang nak menang award ni,memang service kena best ah. kecewa sebab Malaysia Airlines jatuh no.2

= World's Best In Flight Entertainment
yang ni kalau hari ni movie released kat wayang,esoknya da boleh tengok dalam kapalterbang. tapi award ni agak tak seimbang la sebab kebanyakan airlines sama saja, Qatar,Etihad,SIA, kebanyakan ada entertainment yang sama,usb adapter,plug charger macam-macam lagi.

Last sekali, anugerah keseluruhan dimenangi oleh Asiana Airlines [korea punye] dan MAS dalam top 10 tu dapat no 10. kedua SIA,ketiga Qatar Airways.

baki lagi award-award lain boleh tengok website skytrax.
tapi syukurla Malaysia Airlines still dalam group 5 star airlines walaupun ada ura-ura Etihad bakal mencabar kedudukan ni tak lama lagi. Come on Mas,kena upgrade banyak benda lagi ni.

Bak kata orang-orang tua "Naik kapal terbang zaman sekarang,bukan sekadar tengok awan aje, sekarang zaman naik kapal terbang nak dimanja-manja dibelai-belai."
oleh itu,kalau naik egyptair k,kuwaitairways k..pastu nak harap dibelai oleh makcik pramugari,memang korang mengharapkan kata-kata nista dari mereka. mintak air pun kena marah,haha.

ini bukan kerja Froggers. ini kerja http://www.worldairlineawards.com/

Tuesday, May 18, 2010

Kisah Dua Pemuda Bertuhankan Allah

Ini bukanlah kisah wali-wali Allah.
Ini hanya kisah 2 pemuda yang bertuhankan Allah.


Kisah Pemuda 1:
Seorang pekedai, membakar shish di malam hari.Tatkala itu,datang kepadanya seorang pemuda. Susuk tubuhnya kecil,tingginya tidak seberapa,perutnya sedikit ke depan. Datang dengan hajat melangsaikan hutang perutnya yang lapar.


"Saudara,datangkan bagiku satu shish" sambil jarinya menunjukkan simbol 1Malaysia.
Pekedai itu bertanya
"Satu? Satu? Lalu diambilkannya 4 cucuk besi yang menusuk isi-isi shish itu"
Ditegahnya pemuda itu,"tidak,satu sahaja,satu"
"Maksud kamu seperempat?"
"Ya,itu maksud saya"

Sedang asyik membakar,datang pembantunya menghampiri dengan membawa kufta untuk ditimbang,permintaan pelanggan yang lain. Matanya terpandang tindakan pembantunya itu meletakkan kufta itu bersama-sama bekas polistiren di atas penimbang elektronik.

"Mengapa begini?!" Marah pekedai itu kepada pembantunya.
"Usah ditimbang ia bersama bekas itu,letakkan isi kofta itu sahaja!"

Terngiang di telinga pemuda bersusuk kecil tadi
"Kecelakaan besar buat mereka yang mengurangkan timbangan dan sukatan..
iaitu mereka yang apabila menerima sukatan daripada orang lain,mereka mengambilnya dengan cukup..dan sebaliknya..apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain...mereka menguranginya.."
-al mutoffifin

Kisah Pemuda 2
Seorang pemuda mendapati baki panggilan kreditnya sudah hampir habis.
lalu diredahnya cuaca panas,untuk mendapatkan kad tambah nilai.
Dimintanya kepada seorang pekedai
"berikan daku kad tambah nilai 10 junaih"
Dijawabnya pekedai itu
"10 junaih setengah"
"Mengapa? ia adalah 10 junaih"
"demi tuhan,ia adalah 10 junaih setengah"
"tidak,saya mendapatkannya 10 junaih sebelum ini"
"demi tuhan,berikan aku 10 junaih setengah" sambil tersengih

Pemuda itu meninggalkan pekedai itu. Lalu dia berjalan menuju ke kedai di blok sebelah.
Dimintanya kad nilai tambah 10 junaih,dan diberikannya oleh pekedai kedua.

Pemuda itu kembali ke kedai pertama
" Sesungguhnya kamu bersumpah dengan nama tuhan kami,sedangkan itu ialah perkara batil.
Takutlah kamu kepada tuhan!"

Pekedai pertama hanya tersengih-sengih sambil melihat-lihat telefonnya.

Terngiang-ngiang di telinga pemuda tadi
"Wahai orang-orang yang beriman,janganlah kamu makan harta-harta sesama kamu dengan jalah yang salah (tipu,judi dan sebagainya) kecuali dengan jalan perniagaan yang saling diredhai antara kamu.."
- an-nisaa'

adakah dibolehkan berurusniaga dengan cara kedua? sedangkan ia adalah satu barang yang tetap harganya?dan menukarkan harganya mengikut seleranya.

Salut untuk Kisah Pemuda 1. Tuhan,rahmatila dia kerana takutnya dia dengan laranganMu.Ampunkan dosa-dosa kami  (t_t)

Tuesday, May 11, 2010

Melihat Kejayaan Orang Cina : Hong Kong,Singapore

Lee Kuan Yew menangis sewaktu mengumumkan pemisahan Singapura dari Malaysia. Ada yang mempersoalkan keikhlasannya, ada yang meyakini kejujurannya. Singapura gentar. Sebuah negara kecil,tiada sumber alam untuk menjana kekayaan negara, satu-satunya negara yang diberikan "kemerdekaan" tanpa kerelaanya. Singapura hanya bergantung kepada kegigihan rakyatnya sahaja.

30 tahun pemerintahan,Lee Kuan Yew mentranformasi Singapura,dari sebuah negara kelas ketiga kepada negara kelas pertama. Gelaran Harimau Asia diberi,berdiri teguh bersama Hong Kong,Korea,Taiwan. Kerajaan yang dipimpinnya membawa dasar disiplin yang ketat yang perlu dipatuhi oleh rakyatnya.





Saya perlu ke Singapura.
Saya mahu melihat pengaruh Confusianism dalam kehidupan rakyatnya.
Saya tahu akhbar terbitan Malaysia diharamkan di sana,saya tahu gula-gula getah hanya dijual di farmasi.
Saya tahu mereka menjalin hubungan ketenteraan yang teguh bersama Israel. [adakah ini syarat untuk maju?]

Saya melihat figure Lee Kuan Yew,saya terkenangkan Dr Mahathir. Hampir 7 tahun berlalu.
Petronas Twin Tower, Litar Sepang, Putrajaya, Cyberjaya..senarainya banyak lagi.
Dr Mahathir mahu mengejar Singapura. Dr Mahathir mendahului membina Litar F1,Singapore Grand Prix baru muncul 2,3 tahun kebelakangan sahaja.

KLIA masih bertaraf 4 bintang,Changi Airport bertaraf LIMA bintang. Di terminalnya,kamu tidak akan bosan walau transit 12 jam! Negara kecil ini masih menjadi lokasi persinggahan utama Kangaroo route.

Apa khabar Projek monorail di Putrajaya ? Sedangkan kawasan ini sangat menarik dan mempunyai daya tarikan kepada pelancong.
Saya cemburu. Saya harus belajar sesuatu dari Singapura, dan saya seakan tahu jawapannya!
Apakah saya perlu terjun ke dalam politik untuk membina negara yang saya idamkan?

Panjang la pulak luahan hati
Insyallah,dengan izin tuhan saya merancang sesuatu cuti musim panas nanti.
terima kasih AirAsia kerana bermurah hati menaja perjalanan kami kali ini,harga tiket macam makan kat restoran Spectra sahaja.Tak perlu untuk berbelanja besar seperti ke Eropah,sekarang saya mahu melihat "Eropah di Asia"

Jika plan anda last-minute,tiket return AirAsia Kuala Lumpur Hong Kong biasanya dalam 500 ringgit,atau anda boleh dapat serendah 1000 ringgit jika terbang bersama Malaysia Airlines atau Singapore Airlines.
Jika anda plan awal,maka harga yang kami dapat ialah 150 ringgit return.

Harga dalam RM!!
kota bharu-kuala lumpur = 15
kuala lumpur- hong kong = 90!
macau- kuala lumpur = 60
kuala lumpur- singapore = 25
singapore- kuala lumpur = 85
kuala lumpur - kota bharu = 20

total 1 = RM 295

hotel di Hong Kong menyaingi harga hotel di Eropah. Ini kali pertama saya terpaksa merujuk kepada Hostel.
tetapi,alhamdulillah ada juga Hostel di bahagian Hong Kong Island yang mempunyai komentar yang cemerlang,lokasi yang strategik di sebelah stesen MTR,mempunyai karekter yang 'funky',dan lokasi restoran halal yang berhampiran.
rujuk Yesinn hostel

200 us dollar untuk 5 malam per room

hotel di Singapore pula,asalnya mula menyerahkan diri untuk menyewa hotel murahan di sekitar kawasan Geylang [ Red-Light district di Singapore] kerana sudah tak mampu menginap di pusat bandar.
tetapi muncul pula TuneHotels di Danga Bay!
saya sanggup untuk berulang alik melintasi Tambak Johor melalui pengangkutan yang disediakan kerana harganya adalah 1 SEN SEMALAMAN [of course campurt tax,itupun baru 10 RINGGIT,macam makan nasi pulak]

Maka,kos perjalanan kali ini sangat hebat,230 us dollar! [kalau ke Europe,ini baru dapat tiket sahaja]
tambahan lagi,cawangan-cawangan stores di london,ada juga di Hong Kong dan Singapore.
tapi,tetap akan 'miss' The Great Singapore Sale,arggghh!

Saya berasa dunia ciptaan tuhan itu sangat hebat apabila melihat sudut berlainan di bumi ini.
Alamak,tak bagitau parents dua-dua belah lagi nak travel lagi.

Thursday, May 6, 2010

Senarai Lima Lelaki Paling Pandai Berpura-Pura

Pernahkah ketika exam semakin menghampiri, anda terdengar rengekan seseorang "huhu..cane ni,alamak,aku tak baca banyak lagi ni,alamak,habislah aku!" atau "cuak gila la,aku tak baca pape pon lagi ni" dan anda pula turut bersimpati dengan mereka dengan memberi mereka kata-kata semangat dan nasihat, tetapi tiba-tiba setelah exam tamat dan result keluar,orang tu cemerlang gila, siap MUMTAZ hampir-hampir markah penuh pulak tu,manakala anda pula yang rasa macam sudah study dapat markah chincau semata-mata?!! ya,anda mesti pernah berjumpa orang macam ni,dan silap-silap orang itu ahli bait anda sendiri. Mari kita menyorot senarai lima lelaki yang paling pandai berpura-pura di Kaherah ini.Seperti dijangkakan,kedudukan empat teratas diisi oleh mereka yang mencapai Mumtaz tanpa henti 3 kali.

Kelima:

Saiful Amri Mat Rashid (Ambe)
Krew Froggers hanya sempat berjiran dengan beliau selama setahun sahaja di haret Umar Abdel Aziz. Tetapi itu sudah cukup untuk menyenaraikan beliau dalam kedudukan lima teratas. Gosip liar mengatakan beliau anak Datuk. Froggers tidak pasti adakah itu kerana bapanya sudah menimang cucu atau mendapat darjah penganugerahan daripada Sultan.Walaubagaimanapun,kepura-puraannya memang terserlah apabila tatkala bertemu beliau,ucapan celaan kepada diri sendiri umpama zikir harian pagi dan petang buatnya.Tetapi kepura-puraannya ditutup dengan sering memegang buku Pathology Part 2 berkaler merah. Inilah penyebab beliau jatuh di tangga kelima kerana walaupun bersikap kepura-puraan,beliau masih menunjukkan sifat mahmudah dengan memegang buku. Tetapi gambar di atas tidak memaparkan buku dihadapannya,itu ialah kotak makanan pizza plus,bukan buku Pathology seperti yang dimaksudkan.Risikan terbaru yang diperoleh daripada Muhammad Nazrul Syazwan yang sering menjadi mangsa skandal penipuan beliau mendapati Ambe sedang melakukan sesuatu pada pukul 4 pagi sewaktu Nazrul cuba untuk buang air kecil pagi.


Keempat dan Ketiga


Wan Mohd Kamal dan Khairil Afiffy (berglove)

Dua jejaka ini mengisi kedudukan keempat&ketiga secara serentak kerana kedua-duanya memiliki persamaan yang amat ketara. Keduanya datang dari Sekolah Agama Bestari (Sambest,bukan Cambest je?) sehinggakan krew Froggers mengesyaki apakah sekolah berkenaan menyediakan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang khusus untuk melahirkan dua pelajar seperti ini. Mungkinkah pisang yang dimakan mengandungi kandungan neuron cell yang tinggi atau apakah? Antara keduanya,dua-dua bersaing untuk berusaha siapa yang lebih bodoh antara mereka berdua,tapi malangnya kedua-duanya masih mumtaz tiga kali berturut-turut. Agak sukar bagi mereka untuk melembabkan diri masing-masing. Kedua-duanya sering ke eropah bersama,ke UK bersama,ke Timur tengah bersama sehingga timbul keraguan di antara mereka berdua. Walau bagaimanapun,Afiffy sudah mula menunjukkan tanda-tanda sukakan perempuan,kerana jelas jerawat merah sudah mula tumbuh di bahagian pipi sebelah kanan.Manakala Kamal pula masih tegar bersama lelaki-lelaki. Mungkin kerana beliau mempunyai seorang kakak yang sering memanjakannya walaupun badannya tough dan sering menunjukkan bisepnya dengan berpura-pura mengangkat kerusi di hadapan perempuan dalam kelas ophthalmology. Pernah suatu hari kepuraannya terbongkar apabila lewat hadir menonton perlawanan bolasepak Champions League,setelah disoal siasat bertubi-tubi,beliau mengakui perlu menghabiskan bacaan terlebih dahulu.


Kedua

Azzlee Lily
Kalau anda terserempak dengan beliau,waspadalah,jika anda terperangkap di dalam satu bilik dengannya,bersedialah menadah telinga mendengar rintihannya meluahkan "ketidaksempatan" menghabiskan bacaan. Krew Froggers sendiri sudah tiga kali ditipu berturut-turut. Dan tahun ini,krew Froggers lansung tidak memberikan kepercayaan kepadanya lagi. ketahuilah,sekiranya dia menyebut lafaz ini "adoii,cane ni,aku tak abis bace lagi ni,arghhh" maka lafaz mutasyabihat ini boleh dita'wilkan dengan membawa erti "aku tidak sempat menghabiskan bacaan buat kali ketiga dan soalan past years sume sudah dijawab beserta nota tambahan" Walaupun ditipu,berkawan dengannya amat seronok kerana beliau pandai membuat muffin yang sedap dan kadang-kadang sering menyediakan resepi yang eksotik seperti kari kepala udang,tulang goreng berempah,nasi belacan [bukan nasi goreng belacan,tapi nasi belacan semata-mata]

Pertama
Ishak [ Pak Sako]
Mungkin semua sudah dapat menjangkakan siapa yang mengisi slot lelaki paling pandai berpura-pura tidak study. Gambar ini sudah cukup menceritakan segalanya.Semasa di tahun dua,digelar Dewa Physiology,tahun tiga naik pangkat kepada Dewa Pathology. Sel otaknya umpama tumbuh setiap hari sedangkan orang lain sudah mula mereput digigit pijat. Selain memegang jawatan Broker cerita-cerita bersiri dan movie,beliau juga aktif dalam permainan komputer.Kepuraan-kepuraanya lebih bersifat perbuatan dari percakapan.Dipuji melangit bertingkat-tingkat oleh para proffesor veteran KasrelAiny. Froggers menjangkakan beliau akan memegang jawatan head department suatu hari di Malaysia kelak.

Akhir kata,
Orang yang bijak ialah orang meng'agama'kan dirinya dan beramal untuk kehidupan selepas mati, dan orang dungu ialah orang yang mengikut-ikut sahaja hawa nafsunya. Marilah berusaha mencemerlangkan diri kita dengan ketinggian akademik dan kesedaran agama supaya selari.Supaya kita dapat mengisi kedudukan yang membolehkan kita membina kekuatan orang islam.isk2,nak nangis (t_t)...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails