Rukun Islam yg keberapa? ialah menunaikan zakat bg yg cukup syarat
"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu manjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui." - Surah At-Taubah (ayat 103)
klik sini
psl ni aku promote skit ah website yg bgus utk korang memahami apa itu zakat harta
dan berapa kadarnya
layak x layak korang bayar zakat,tu tanye poket sendiri ye.
nisab zakat harta negeri Selangor taun ni ialah klik sini
xyah isi nama2,kad pengenalan tu
ni contoh kiraan dr seorang sahabat aku,klu korang belanja takat ni,
sebnyk itula zakatnye
dulu aku tanye Ust Syed , layak x "kami" ni bayar zakat
dgn duit sekian2,n tempoh sekian2,
maka dia menjawab "ye"
klu ada kontra,silala komen ye,
zakat ni wajib,tp sape yg layak kuarkan tu,tu tanya org yg tau la ye
ni contoh pengiraan je :)
ni contoh FAQ yg ade dalam website tu
Mengapakah seseorang yang telah membayar zakat pendapatan masih wajib membayar zakat wang simpanannya walaupun wang simpanan tersebut datang dari pendapatan yang sama?
Seorang yang telah membayar zakat pendapatan masih wajib membayar zakat wang simpanannya kerana zakat yang dikenakan ke atas simpanannya itu walaupun dari sumber yang sama tetapi perlu difahami bahawa zakat simpanan itu adalah dari sumber dan haul yang berbeza.
Contohnya:
Seseorang yang telah membayar zakat pendapatan masih wajib membayar zakat wang simpanannya apabila simpanannya itu telah cukup haulnya. Pengiraan haulnya mula dikira apabila simpanan dari gajinya itu cukup setahun. Ini bermakna zakat dikenakan ke atas simpanannya itu apabila ia telah disimpan selama dua tahun.
Melalui keterangan ini, difahami bahawa zakat dikenakan ke atas wang simpanan tersebut kerana wang simpanan itu mengikut haul yang berbeza dari haul gajinya. Permasalahan ini dapat difahami dengan lebih jelas lagi apabila kita qiaskan kepada kewajipan membayar zakat emas yang dibeli dari sumber gaji.
Contohnya:
Seseorang yang telah membayar zakat gajinya kemudian ia membeli emas dari lebihan gajinya itu, maka ia wajib mengeluarkan zakat emasnya. Begitulah halnya pada permasalahan yang saudari kemukakan. Di dalam situasi ini, ia wajib membayar zakat emas tersebut apabila ia telah cukup haulnya. Pemilik emas tidak boleh mendakwa bahawa emas ini tidak wajib dizakatkan kerana ia dibeli dari wang gaji yang telah dizakatkan.
Zakat tu besar hikmahnye,
selain tanda mensyukuri nikmat Allah.