Sunday, January 31, 2010

Menjejak Dua Kota Rome

wah,cuti winter da nak datang.
walaupun aku tak suke travel masa winter, tapi da gatal beli tiket dulu,maka terpaksalah.

dan palingkanlah wajah mu ke arah Masjidil Haram...


sebab-sebab tak best travel waktu winter ialah:
1. sale tak banyak, sale biasa bermula christmas day sampai akhir januari je
2. sejuk gila, pekdah nak jalan-jalan outdoor,menggigil adela
3. selalu ada disruption dsbbkan bad weather, tak kire train atau flight.

kelebihannya?
1. low season,takde orang sangat.
2. harga hotel boleh turun mendadak.

Disebabkan offer yang irresistable,maka aku pun belila Tuifly ke Cologne,Germany,bulan 3 taun lepas untuk tarikh feb 2010. 900 geneh tiket return,ok la kan? mimpila untuk dapat harga macam ni sekarang sbb Tuifly da diambil alih AirBerlin,best low cost in europe,harga pun macam full service airline je..huh..hampeh

dan sedari tu la, da konon-konon plan menjejak dua kota rome,ceh..bukan ape, teringat surah rom dalam quran,lagipun ada hadis yang bunyinya lebih kurang "akan dibuka kota constantinople itu,sebaik-baik panglima,adalah panglima itu, dan sebaik-baik tentera adalah tentera itu." hadis ni statusnya ada yang kata hasan,ada kata daif..

tapi,siyes,bila baca pasal Sultan Muhammad Al-Fateh ni,meremang bulu,dari tulisan saje dah rase kehebatan dia. So,aku pun alang-alanglah nak bandingkan kota Rom Timur dengan Rom Barat,nak tengok apa beza,apa persamaan.Doakanla aku berjaya mengikut itinerary aku yang sangat mengarut ini,moga-moga takde flight delay. walaupun tajuknya menjejak dua kota rom,tapi sebenarnya london,cologne ni pun terjajah oleh romawi gak..

Cairo => Cologne
Dusseldorf => Istanbul
Istanbul => London (ye,aku pegi london lagi,da jatuh hati,isk2..)
London => Rome
Rome => Cologne
Cologne => Cairo

Total semua perjalanan dengan flight-flight ni = USD 350
Total kos hotel = USD 245
Total = USD 600

Syukur pada Allah,dan terima kasih kepada pelanggan-pelanggan SweetTravel kerna sedikit sebanyak dapat menampung kos perjalanan kali ni, nanti datang lagi ye,hihihi..
Sesiapa yang ada nak rekemen special site mana patut aku pergi kat istanbul atau rome,silala segan-segan komen,tq!
ah,aku tak jumpe buku sesuai nak start bace pasal Sultan Muhammad..

Saturday, January 30, 2010

Sambut Baby

Selalu orang tanya,bila nak dapat anak.Dan jawapan yang sama aku bagi " on da way" " fit toriq" "gai"

Nak hasilkan baka comel,kena amek masa lama sikit kot,hehe..

Tahun ni, pikai da dapat anak, kawan sebatch aku pun, isteri dia da pregnant.
Takde pressure pun, gembira untuk diorang.



Dalam proses pendidikan anak-anak,bagi aku, mak bapak boleh aje nak ajar anak-anak dengan nilai-nilai murni, adab islam, hafal quran, hafal hadis, tutup aurat, tapi..ini dalam keadaan anak ada di depan mata.
Cabaran yang paling besar ialah,bila anak-anak kita berada di luar rumah, kawan-kawan diorang lah penentu perangai anak-anak kita.

Kita boleh hantar anak kita ke kelas tahfiz, tapi kawan-kawanla yang akan ajak dia ponteng.
Kita boleh aja anak pakai tudung, tapi kawan-kawan yang paksa kena pamerkan mahkota,rambut kena rebonding,panjang,pastu cam tutup mata sikit-sikit,nampak menggoda.
Kita boleh aja anak pakai pakaian longgar, tapi kawan-kawanla cakap kena ketat sikit,baru hot,nanti baru ada laki hensem nak kat kita.
Kita boleh aja anak tengok akademi al-quran,tapi kawan-kawanla yang bercerita di dalam kelas pasal akademi fantasia,bila anak kita taktau, kena ejek ngan kawan-kawan, "apela ko ni,astro pun takde,sangkut kuali atas bumbung rumah nanti dapatla channel tu"
balik rumah,anak pun paksa papa pasang astro,cakap dalam astro banyak channel belajar2.

Nak hantar belajar sekolah mana,sangat susah nak buat pilihan sekarang ni.
Nak hantar sekolah agama, aku pun 5 tahun di maahad, aku tau masalah-masalahnya.
Nak hantar Mrsm,asrama penuh, cukupla aku da tengok macamana kawan-kawan aku berubah.
Orang yang belajar di asrama,tapi masih boleh istiqamah dengan ajaran mak bapak,memang nerd la budak ni,tapi nerd yang mengikut syariat la,bagus2..

Aku penah dengar dari kawan isma, diorang nak lahirkan generasi baru,sebanyak-banyaknye.
Generasi yang akan hidup dengan mencintai islam bukan masa hari raya je,tapi setiap waktu. Aku nampak benda ni dah dimulakan kawan-kawan isma aku,hehe..Lepas sorang-sorang,macam ada nombor giliran pulak,hehe..

Sebenarnya,aku da lama ada anak angkat.
Anak angkat ni aku 'angkat' dia kat atabah. Nama dia Popo. Taktau ah cane dapat nama tu, sebenarnya nak letak nama afifi tapi cam tak sesuai pulak. Dia ni dari kecik boleh berdiri sendiri tak jatuh-jatuh,kalau aku pukul dia pun,dia still leh bangkit berdiri tegak balik. Mak dia pun ade,tapi besar sangat, aku amek anak dia yang kecik ni je.


Kesimpulannya,hidup aku memang da bertiga. Aku,alia ngan Popo ni. Tengokla cane Popo dapat adik baru ke tak lepas ni,tak lama da kot,hehe..

Monday, January 4, 2010

Adab-Adab Londoners

When in Rome,do as the Romans,
Masuk kandang kambing mengembek,
iza kunta fi masr, kun masriyan , haha




Cite sikit how to blend with londoners supaya orang asia yang pegi sana tak dipandang sebagai bangsa yang takde peraturan,selalu tak tepati masa,pengotor,hina,kolot,faudoh, dan segala sifat mazmumah yang lain.

"bila aku berada di negara eropah,aku melihat islam di sana, tapi bila aku berada di negara orang islam,aku tak bertemu dengan islam"...aku lupa sape yang quote kata-kata ni

"sesungguhnya hikmah itu barang orang islam yang tercicir"

siyesly,segala macam benda nampak smooth je,macam segala sifat mahmudah ada kat diorang (luaran la),taktaula diorang ni hipokrit k ape.
mesra,customer service memang tiptop,ikut peraturan,aih,cukupla puji,nanti segan pulak diorang.

antara adab-adabnye,kebanyakannya related dengan tube (metro)
1. Nanti bila tube berenti kat stesen,sila tunggu di bahagian tepi pintu masuk,bagi laluan kat orang yang nak keluar dulu sepenuhnya,jangan buat perangai keji orang mesir,main langgar je,siap seronok pulak tu,aih~

2. Nanti kat stesen-stesen,banyak newspaper free,kalau korang ambik di waktu pagi,dan duduk dalam tube,korang bace-bace,pastu seeloknya tinggalkanla ia kat mana korang duduk tu,takpe,ni bukan sampah,paper tu nanti orang lain boleh baca pulak,tapi kalau nak wat souvenir,sukati korang la..
tapi,kalau korang amik paper di waktu petang,jangan wat otai tinggal kat dalam tube,petang2 orang da tak bace paper la..tu da dikira buang sampah merata-rata.


smart tak? bukan aku,kerusi tu,smart tak? cushion siap..mesti guna duit timah orang melayu dulu-dulu

3. bila naik escalator dalam stesen tube (london memang terkenal ngan escalator yang steep gila,jarang ada tangga) kalau korang tak musta3gil,sila berada di sebelah kanan jika tidak memotong,sebelah kiri untuk orang yang nak cepat. kalau korang buat selamba itik je standing kat escalator sebelah kiri,memang nak kena marah ngan orang yang lewat pegi pejabat.

4. aku pernah terbaca,kalau korang dapat duduk dalam tube,jangan pedulikan orang lain,hatta makcik tua k ape k,duduk je,takyah offer seat,buat taktau,unless kalau korang memang berada pada seat yang dikhaskan untuk muhtagiin.boleh apply ke tak adab ni,ikut common sense jela,hehe.

5. Sentiasa mulakan pertemuan dengan hello,hi,gud mowning,dan ape-ape ucapan bila berurusan.(yang ni memang same ngan orang mesir)

6. Sentiasa lihat kanan bila melintas,hehe..nak tergelak,siap cat atas jalan "look right".."look left" kat tempat-tempat yang biasa orang lintas. Jangan main-main tau, banyak tourist kena langgar keta sebab confuse ngan arah keta datang,

7. Sila jangan duduk dalam public phone yang kale merah tu lama-lama..bukan ape,dalam tu banyak iklan pelacur dengan macam-macam gaya,rosak akhlak betul.


hoho,bahaya-bahaya,jangan duduk lama-lama

Setakat tu je kot yang ingat..oh winter holiday,datangla cepat..
Sumber : otai london

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails