Thursday, July 15, 2010

Selamat Tinggal Sayang

Setelah 2 tahun berkhidmat,3 benua telah kita redah,beribu keping gambar telah kita pukul,maka sampailah masa kita mengucap selamat tinggal. U kena sedar, u dah tua,umur dah lanjut,tengok,muka pon da hitam. Sape lagi yang berkenan kat u,dahla u asyik rabun je sekarang ni. I terpaksa cari baru.I terpaksa demi peminat-peminat I,I perlukan yang baru untuk persediaan menghadapi HongKong yang lebih colourful dan mencabar selepas ini. U bukan tak bagus,tapi nak buat macamana ada orang boleh beri lebih dari apa yang u ada.Selamat Tinggal Sayang...

Dipukul oleh Canon Powershot Pro S90,atau i panggil dia,Shishi.


ini Shishi.gambar ini dipukul mak hitam Olympus FE-360,huh,nama pun i tak sempat bagi kat dia.

Cecah kaki sahaja di KL,terus berkejar ke LowYat. Dahla hujan lebat,tapi i sanggup meredah semua itu,penat i tukar ke stesen monorail,dahla jauh,apelaa takde integrasi sistem pengangkutan. Sampai kat Imbi,ntah celah manela nak masuk kat Lowyat ni. Ingatkan betul2 tepi jalan. Tak perlu bazir2 masa risik-risik harga. Kalau dapat harga around 1400-1500,kira jadilah,tak kesahla 10-20 ringgit beza tu. Jadi mas kahwin Shishi ni 1500,mak dia adala bagi percuma memory Card 4GB,case,tripod,warranty 3 tahun.

ini anak sedara yang pelik. Takut macam jumpa hantu bila pakwan dia ni keluarkan Shishi.Aduh,setiap kali jumpa dia,mesti dia lari sebab takut.Dia ni ada peristiwa hitam dengan kamera ke ape.Anak sedara kedua takleh nak amek gambar lagi,kena bincang copyright dengan mama dia dulu, :))

Monday, July 12, 2010

Pelamin Anganku Musnah di atas KapalTerbang

berikut ialah laporan penerbangan Cai-Doh Doh-Kul dari saya pada 9 Julai 2010.
Terminal 2 sudah ditutup untuk kerja-kerja naiktaraf. oh,terasa seperti terminal bas je terminal 2 tu.
tandas 2 ketul sahaja di arrival hall. siap ada botol untuk tadah air.kencing pun tak lalu dan tak lawas.

maka kebanyakan yang beroperasi di terminal 2 dipindahkan ke terminal 1. dan terminal 1 mereka beroperasi di bahagian yang tersorok sedikit.bila tersorok,ramaila golongan opportunis. tetiba bagitau orang suruh scan pun mintak baksheeh.hatta pegawai airport yang cek bagasi pon mintak baksheeh.nasib baik hari tu 'ana' bersikap dermawan dan mood baik.Qatar ni bang,bukan calang2 orang boleh naik.

50% orang berada dalam gambar ni sedang menanti bakshesh dengan kerja yang tak produktif

check in lancar sahaja,sebab sudah check in online.cuma biasala,yang akan merosakkan reputasi airlines yang hebat2,ialah perangai pekerja di kaunter sesebuah negara.bercerita pasal terminal 1,sekali sahaja berada di sini,tahun 2007.tupun tak sempat nak tengok,waktu tu sudah lewat beratur di kaunter imigresen masa naik egyptair.jadi,ada masa 2 jam ni,kami pun pusing-pusingla terminal 1 ni.rekaannya sedikit terkebelakang dari generasi KLIA. [Airport generasi KLIA bermula dgn KLIA,Suvarnabhumi,Abu Dhabi,few to name]
terminal 1 rekaan agak moden,cuma masih lagi kecil bagi salah sebuah hub terpenting di afrika ni.patutla muncul terminal 3.pilihan makanan macam biasala,kapitalis barat menguasai semua lot kedai.Starbucks,Mcdonalds,kedai2 kopi yang macam2 nama. Thanks god KLIA masih lagi ada foodcourt yang affordable.
tu dia..dia da mai da~ Boeing 777-300ER

ok,pendekkan cerita,terus boarding 630ptg.tapi management agak teruk dengan membenarkan sahaja penumpang masuk dari pintu belakang dan pintu depan.jadi kelam kabutla bagi yang naik pintu yang contradict dari kedudukannya.kerusi di depan,masuk di pintu dari belakang,jemla klu da laluan tu one way je.haih~untuk Cai-Doh leg,Boeing 777-300ER. sebelum ini,saya mempunyai persepi negatif kepada Boeing,kerana konfigurasinya yang 3-3-3.tapi ternyata konfigurasi ini memberi banyak kelebihan jika kita berada di 3 bahagian tengah.
sekarang zaman touch screen. tapi malangnya,dari Doh-Kul,screen macam zaman dinosor.

bila sahaja duduk di kerusi,wah,sudah terasa kelainannya.seat pitch yang paling besar setakat ni.sangat sesuai untuk orang yang obese,tak perlu susah2 beli business class.kangkangla sepuas hati,lunjurkanla kaki sesuka hati,kecuali kerusi di barisan D yang terganggu dengan kotak entertainment di bahagian kaki.
head supportnya pula flexible,boleh dilipat2 sesuka hati untuk sesuaikan dengan bentuk kepala,atau sekadar menyokong bahagian temple.kemudian,hot towel ditawarkan seorang satu,untuk menyegarkan mata.
 tengok,boleh kankang sepuas hati,sesuai untuk orang obese

bila anda berdua,dan konfigurasi 3-3-3,maka,seat terbaik ialah row bahagian tengah.
sistem entertaiment Oryx,nyata memberi kelainan.dengan beribu2 pilihan audio,video,games.
sistem touch screen mengukuhkan lagi kedudukan Qatar Airways seiring dengan proses modenisasi kapal terbang bersama Singapore Airlines,Etihad,Emirates [Malaysia airlines sudah siap kah?]
makanan yang di bawah par
 
sejam selepas take off,kami disajikan dengan dinner.satu kekurangan di sini,mereka tidak mengedarkan menu seperti Etihad Airways.maka,tertanya-tanyalah apa sebenarnya yang disumbat dalam mulut.macam tak sedap.
kalau makanan tersebut diproses di mesir,maka namanya lebih kurang ayam solsoh dengan nasi beriani. salmon fillet beserta cheese. kek pisang bersama krim putar.

tawaran minuman sentiasa berulang pada interval yang kerap.
saya menguji seorang hostess dengan meminta blanket sewaktu beliau sedang sibuk mengutip cawan2 kopi.biasanya pramugari akan lupa dalam keadaan macam tu [gulfair],
sesape yang naik aerotrain dari terminal satellite KLIA ke main terminal,cuba2la cek ada tak beg ni.saya tertinggal dalam train A,isk3..dalam tu ada blanket dengan miniature Qatar Airways.
tapi 15 minit kemudian,2 blanket dihulur dengan senyuman.kemudian saya memanggil lagi,kali ini untuk membeli miniature Boeing 777-300ER.menambah koleksi sediaada.mujur,masih tinggal satu model untuk saya.
Everybody loves USB.

begitu sahajalah perjalanan singkat saya 3 jam dari Cairo ke Doha. Flight Attendants yang attentive,bright,mesra alam dan professional.terdiri dari muka-muka asia [india tiada], dan caucasian atau mungkin australian.

4 jam transit di Doha International Airport. masih lagi airport yang lama,tapi kebersihan dijaga rapi. New Doha International Airport yang dibina negara kita,Malaysia :)) masih belum siap.bas masih digunakan untuk angkut penumpang dari boarding gate ke kapalterbang. JAUH PULAK TU! mencecah 20 minit untuk transfer.da macam naik bas pergi center pulak.
segarkan otak anda dengan Frescato
 
Doha International Airport,semua basic facility ada, Prayer room,Quiet Room [bilik tido dengan kerusi baring,tapi most of the time,fully occupied,haha],food court dengan harga reasonable,Costa Coffee,Duty free shop yang harga tak macam duty free pun.Sesiapa yang transit lama,bolehla try Oryx Lounge,di depan Costa Coffee.Ratenya 40 dollar untuk 6 jam kalau tak silap.Apa ada di Oryx Lounge? Em,ada makan,ada minum,boleh mandi,boleh baring2 kat sofa best,boleh online.takdela boring sangat kan?
ini ropenye Oryx Lounge yang hangat di pasaran sebab mostly orang transit 5 jam keatas.

Untuk laporan perjalanan dari Doha-Kuala Lumpur,sila terbalikkan segala laporan Cai-Doh dengan segala sifat2 negatif.Dari perangai penumpang yang ngada-ngada nak ugut turun dari kapalterbang sebab seat dia nak tak dapat,Personal Screen yang rosak dan ketinggalan zaman,pramugari yang muka tensen, 4 daripadanya adalah ***** [saya bukan racist]

makanan masih tak sedap,argghhh~ rosak mood orang nak rilex2.Airbus A330-300 masih belum direfurbished sepenuhnya.
arghh~~ sekali lagi argghh~~ harap2 nextime punya trip da siap tuka yang baru,kalau tak,bye2 lah,saya pegi etihad dulu.

Friday, July 9, 2010

Mengharap Servis Lima Bintang dari Qatar Airways

Alhamdulillah. 90% urusan setel.
Terima Kasih pada Allah sebab bagi kesihatan yang berturut-turut selama 42 hari exam.
Tak dapat bayangkan exam dalam keadaan demam walaupun tahun ini suhu bulan 6 kebanyakannya mencecah 45 degree tak campur haba dari kedai roti bawah ni lagi.
Kalau kami digaul dengan kicap,mesti dah jadi ayam golek.

Tahun ini Qatar Airways menjadi pilihan. Kami beli 10 months in advance! Sebab waktu tu harga murah sangat sampai takleh percaya World's Five Stars Airline boleh bagi harga macam ni. Terpaksa tolak Etihad Airways walaupun niat di hati nak kumpul point lagi. Dan dijangkakan harga Qatar Airways ni akan stabil dalam lingkungan yang sama 10 bulan akan datang.

Bila perjalanan jauh, dalam kapal terbang, excitement mesti ada,tapi dalam waktu tu juga,kita kena fikir soal solat,sahur,buka puasa [in case nak berpuasa masa travel dalam Ramadhan].
Sebagai contoh, Flight saya pukul 645 petang,tiba di Doha pukul 10 malam. Jadi tiada masalah untuk solat di transit terminal di Doha.
Kemudian, dari Doha depart pada 240 pagi, tiba di KLIA pukul 3 petang. Jadi bagaimana Solat Subuh saya?
Alhamdulillah,sekarang hampir segala benda boleh di cari di internet. Pertama kita kena tahu waktu solat tempatan,gunalah program islamicfinder.org tu. Yang kedua,kita kena tahu di mana kedudukan kita sewaktu dalam kapal terbang,gunalah wikimapia.org. Bila melibatkan solat subuh,kita kena berhati-hati supaya kita tak terlepas waktu. Nyawa tergantung di langit,nak mati dalam keadaan tak semayang?
Subuh di Doha adalah pukul 320 pagi [GMT+3],dan biasanya kapal terbang akan bergerak melalui ruang udara Dubai yang mana waktu subuhnya ialah 4.05pagi [GMT+4]. Jadi saya menjangkakan selepas sejam bertolak dari Doha,saya sudah boleh solat subuh. Simple sahaja,tak perlu menjadi genius untuk terima arahan Allah.
Berkenaan soal kiblat,biasanya kapal terbang negara-negara Arab akan tunjukkan arah Mecca dekat personal screen,ikut sahaja. Kalau tiada pun,belila kompas kiblat.

itu sahaja,diharap pembaca dapat idea,kerana sering sahaja berjumpa dengan orang seagama yang buat "eh2,tiba2 dah ada dalam kapalterbang,bila ntah solat,takpelah,qada jela nnti sampai" tak kira pelajar agama atau tibb.

*boleh tambah koleksi miniature kapalterbang lagi,hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails