Alhamdulillah. 90% urusan setel.
Terima Kasih pada Allah sebab bagi kesihatan yang berturut-turut selama 42 hari exam.
Tak dapat bayangkan exam dalam keadaan demam walaupun tahun ini suhu bulan 6 kebanyakannya mencecah 45 degree tak campur haba dari kedai roti bawah ni lagi.
Kalau kami digaul dengan kicap,mesti dah jadi ayam golek.
Tahun ini Qatar Airways menjadi pilihan. Kami beli 10 months in advance! Sebab waktu tu harga murah sangat sampai takleh percaya World's Five Stars Airline boleh bagi harga macam ni. Terpaksa tolak Etihad Airways walaupun niat di hati nak kumpul point lagi. Dan dijangkakan harga Qatar Airways ni akan stabil dalam lingkungan yang sama 10 bulan akan datang.
Bila perjalanan jauh, dalam kapal terbang, excitement mesti ada,tapi dalam waktu tu juga,kita kena fikir soal solat,sahur,buka puasa [in case nak berpuasa masa travel dalam Ramadhan].
Sebagai contoh, Flight saya pukul 645 petang,tiba di Doha pukul 10 malam. Jadi tiada masalah untuk solat di transit terminal di Doha.
Kemudian, dari Doha depart pada 240 pagi, tiba di KLIA pukul 3 petang. Jadi bagaimana Solat Subuh saya?
Alhamdulillah,sekarang hampir segala benda boleh di cari di internet. Pertama kita kena tahu waktu solat tempatan,gunalah program islamicfinder.org tu. Yang kedua,kita kena tahu di mana kedudukan kita sewaktu dalam kapal terbang,gunalah wikimapia.org. Bila melibatkan solat subuh,kita kena berhati-hati supaya kita tak terlepas waktu. Nyawa tergantung di langit,nak mati dalam keadaan tak semayang?
Subuh di Doha adalah pukul 320 pagi [GMT+3],dan biasanya kapal terbang akan bergerak melalui ruang udara Dubai yang mana waktu subuhnya ialah 4.05pagi [GMT+4]. Jadi saya menjangkakan selepas sejam bertolak dari Doha,saya sudah boleh solat subuh. Simple sahaja,tak perlu menjadi genius untuk terima arahan Allah.
Berkenaan soal kiblat,biasanya kapal terbang negara-negara Arab akan tunjukkan arah Mecca dekat personal screen,ikut sahaja. Kalau tiada pun,belila kompas kiblat.
itu sahaja,diharap pembaca dapat idea,kerana sering sahaja berjumpa dengan orang seagama yang buat "eh2,tiba2 dah ada dalam kapalterbang,bila ntah solat,takpelah,qada jela nnti sampai" tak kira pelajar agama atau tibb.
*boleh tambah koleksi miniature kapalterbang lagi,hehe
5 comments:
bagus...artikel yg mantoop!
thanks....pok di..
doakn ana...
isnin ni return to malaya...
salam...
nak tumpang tanye..
kalau berlepas dr bahrain pukul 8.40 malam...djangka tiba d malaysia pukul 9.25 pagi...
bila boleh solat subuh?
tq
Bergantung kepada bila flight anda,waktu winter@summer
rujuk islamicfinder.org untuk waktu solat bandar2 yg dijangka anda lalui
Bahrain = GMT+3
Mumbai = GMT+5.5
Andaman Sea,[rujuk Yangon] = GMT+6.5
Kuala Lumpur = GMT+8
Btolak dari Bahrain pukul 840pm
Setelah 6 jam,dijangka berada di atas ruang udara Andaman Sea.
waktu lokal di sana ialah sekitar 6.10 pagi.
*perlu rujuk waktu subuh setiap bandar di atas pada tarikh penerbangan anda.
*saya kira,setelah 6 jam bertolak,adalah waktu yg selamat untuk mula lihat anda berada di kawasan mana.dan sudah tentu penundaaan waktu berlepas mengubah semua ini.
smoga dpt memberi sedikit idea kpd anda.
boleh rujuk:
http://www.zaharuddin.net/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=874
Alhamdulillah, iAllah faham.
Post a Comment