Monday, May 4, 2009

Zakat Harta ?

Rukun Islam yg keberapa? ialah menunaikan zakat bg yg cukup syarat


"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu manjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui." - Surah At-Taubah (ayat 103)


klik sini

psl ni aku promote skit ah website yg bgus utk korang memahami apa itu zakat harta
dan berapa kadarnya

layak x layak korang bayar zakat,tu tanye poket sendiri ye.
nisab zakat harta negeri Selangor taun ni ialah klik sini



xyah isi nama2,kad pengenalan tu





ni contoh kiraan dr seorang sahabat aku,klu korang belanja takat ni,
sebnyk itula zakatnye


dulu aku tanye Ust Syed , layak x "kami" ni bayar zakat
dgn duit sekian2,n tempoh sekian2,
maka dia menjawab "ye"

klu ada kontra,silala komen ye,
zakat ni wajib,tp sape yg layak kuarkan tu,tu tanya org yg tau la ye
ni contoh pengiraan je :)


ni contoh FAQ yg ade dalam website tu

Mengapakah seseorang yang telah membayar zakat pendapatan masih wajib membayar zakat wang simpanannya walaupun wang simpanan tersebut datang dari pendapatan yang sama?

Seorang yang telah membayar zakat pendapatan masih wajib membayar zakat wang simpanannya kerana zakat yang dikenakan ke atas simpanannya itu walaupun dari sumber yang sama tetapi perlu difahami bahawa zakat simpanan itu adalah dari sumber dan haul yang berbeza.

Contohnya:
Seseorang yang telah membayar zakat pendapatan masih wajib membayar zakat wang simpanannya apabila simpanannya itu telah cukup haulnya. Pengiraan haulnya mula dikira apabila simpanan dari gajinya itu cukup setahun. Ini bermakna zakat dikenakan ke atas simpanannya itu apabila ia telah disimpan selama dua tahun.

Melalui keterangan ini, difahami bahawa zakat dikenakan ke atas wang simpanan tersebut kerana wang simpanan itu mengikut haul yang berbeza dari haul gajinya. Permasalahan ini dapat difahami dengan lebih jelas lagi apabila kita qiaskan kepada kewajipan membayar zakat emas yang dibeli dari sumber gaji.

Contohnya:
Seseorang yang telah membayar zakat gajinya kemudian ia membeli emas dari lebihan gajinya itu, maka ia wajib mengeluarkan zakat emasnya. Begitulah halnya pada permasalahan yang saudari kemukakan. Di dalam situasi ini, ia wajib membayar zakat emas tersebut apabila ia telah cukup haulnya. Pemilik emas tidak boleh mendakwa bahawa emas ini tidak wajib dizakatkan kerana ia dibeli dari wang gaji yang telah dizakatkan.



Zakat tu besar hikmahnye,
selain tanda mensyukuri nikmat Allah.



6 comments:

HafizAdam said...

syidi2, letak contoh kiraan.
tak reti r..
haha

<--ngade2..

syidi said...

rujuk blog HafizAdam

Anonymous said...

hurm tp student dpt elaun pun, pinjaman,perlu dibyr semula dgn kerja balik.lgipun, student sendiri layak terime zakat, maka tak perlulah bg zakat.wallahua'lam, hsil kajian sendiri beberapa bulan lepas.

syidi said...

hurm,anonymous kena bitau jgk sumber2 kajian tu..boleh kita kongsi sama2..

ini bukan apply utk smua org,
saya bawa kes ni khusus utk pelajar tajaan JPA di mesir pada Ust Syed Kadir,dan dia nilai dari maklumat yg saya bawa,n itu jawapan dia..

zakat said...

1- Walau perlu dibayar balik, tetap boleh bermuamalah dgn duit tersebut, maka wajib juga dikeluarkan zakat jika cukup nisab. Mazhab Syafie begitu, dan ada satu lagi mazhab (tak ingat which one) pun begitu. Bole rujuk Feqh Islami waadillatuh.

2. Majoriti Fuqaha' tidak mengatakan bolehnya menerima membayar zakat sebagai penghalang kepada mengeluarkan zakat. Contohnya seorang 'amil yang kaya, masih layak terima zakat, tapi wajib keluarkan zakat jika cukup haul dan nisab hartanya. Begitu juga pelajar yang berharta.

Wallahu A'lam

syidi said...

terima kasih en.Zakat kerana berkongsi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails