Friday, March 12, 2010

Baskin Robbins

Sape nak rasa tercekik makan aiskrim, silala datang sini.

Masa jalan kat Rome,banyak jumpa kedai aiskrim, terliur tapi tak leh makan, dan dah target bila balik mesir, nak cari kedai aiskrim yang grand2, taknak el-Abd mahupun Dumyati, hatta MovenPick kat Manyal.Bein Kasren campak jauh-jauhla [ tapi fateer krema dia boleh tahan ]

okeh, yang ni tajuknya adalah Banana Royale dengan strawberry syrup+almond nuts. Boleh pilih 2 scoop perisa saje, harganya LE 25.. haa, kan da cakap, aiskrim ni memang buat kita tercekik. dan paling kecewa, takdela rasenye standard LE 25. Baik beli wirek 4 keping,baru LE 22.

Jauhi kedai ni, melainkan korang nak menyerahkan duit korang yang tak bersalah kepada anak syarikat Americana Group ni.

Saturday, March 6, 2010

TuneHotels nak Lawan EasyHotel

Berita baik lagi untuk serbu London lagi. Dahle duit Pound tengah lemah sekarang ni, Tony Fernandes ni pulak nak bukak TuneHotels kat tengah-tengah London pulak.

Katanya,rate bermula dari £9 (tapi of coz tempah setaun awal baru dapat rate ni,haha) hotelnya kat kawasan Westminster, jalan kaki je dah boleh sampai House Of Parliament.

Mari kita bandingkan TuneHotels dan EasyHotel

1. TuneHotels baru ada satu di London, Easyhotel dah ada 4 di central, 2 di airport
[tapi Tunehotels akan bertambah ansur-ansur ]

2. Rate Easyhotel bermula dari £25, Tunehotels katanya £9 [tapi mungkin jugak £35, unofficial lagi]

3. Lokasi : Dua-dua hotel dekat dengan tube,takde masalah

4. Saiz: Easyhotel bermula dengan saiz 6-7 sqm, TuneHotels 9sqm ( kami ok je dengan 6 sqm,kalau dapat 9sqm, lagila ok, :)

5. Design n facility : dua-dua mementingkan benda ni,power shower, katil dan selimut yang best, dan dua-dua unik designnya. tapi Tunehotel nampak lebih cantik.

So why not give it a try?
thanks Mr Tony!



TuneHotels -not my own pic

 


 Easyhotel - not my own pic

Thursday, March 4, 2010

Nota Winter 2010 [ Episod 2 ]

Amaran: Post ini ditulis oleh hacker lagi

Tiba masanya kami meninggalkan Turki menuju destinasi seterusnya,iaitu London. Dari hotel, kami naik van shuttle service k Sabiha Gokcen epot..kali ni easyjet pulak.lepas check in,makan2 jap kat Popeye n  dlm kul 3.30ptg,flite berlepas..setelah  lebih kurang  2 jam terbang,akhirnya kami smpai d epot London Gatwick.. kami amik train menuju k Victoria train station pd pukul 7.53 mlm..smpai di Victoria ,terus beli Oyster card, n naik tube ke Earl’s Court Station. Smpai di Earl’s court, cepat2 jalan sbb x sabar nk masuk hotel, badan agak penat..setelah 10 minit jalan,nampak cahaya oren...menandakan kami dah hampir smpai ke hotel kami,Easyhotel..”hello,hai,bla bla,okay, ur room at 1st floor(106)..leganya dapat tingkat bawah..teringat mase summer aritu,mase menginap kat Easyhotel  Gloucester road(cawangan lain) ,hotel kami tingkat 4,xde lif..exercise lebih cket..kali ni kami tempah bilik yg hmpir sama sizenya dgn hotel dlu,cuma besar cket dlm bbrapa cm..bilik ni mmg btul2 blh memuatkan 2org je..kalau masuk ramai2,difficulty in breathing..hehe..konklusinya bilik ni amatla smpit tapi moden,tapi  xkesah je,asalkan save bajet..n  1 more,kati l slimut dia sgtla helpful utk mendodoikan badan yg letih ni..bersih2kan diri,n prepare utk kuar cari mkn..mlm tu kami mkn di kedai Star kebap. Abang mkn rice n curry..saya mkn kebap n salty yogurt..balik otel,telan panadol, n terus dibuai mmpi..:)

 
 Tower Bridge bukanlah London Bridge

Esoknya, kami  pegi kat House of Parliament..nmpaknye bangunan tu dlm kerja pengubahsuaian..jalan2 kat Trafalgar Square..kedai2  byk xbukak lagi..agak boring jugakla kalau jalan pagi2..kami amik keputusan utk jalan2 kat London Bridge n Tower Bridge..summer aritu,xsempat pegi sini..so,kami naik bus utk kesana..smbil2 jalan tu,terserempak London Dungeon..Abang gurau2 ajak masuk,saje je sbb tahu saya takut..hehe..amik2 gambar kat sana,(abang amik gambar saya,saya amik gambar abang) mctula kalau jalan 2 org..hehe..lepas tu,kami gi kedai buku utk cari Lonely Planet Rome..lunch kami aritu amat istimewa..kami ke restoran Jom Makan(restoran Malaysia),tmptanya agak exclusive. Perut kami dh xdpt terima makanan india,sbb tu pilih utk makan kat sini,even harganya mahal cket. 3 different lauk pauk,nasi, keropok,n air(dlm 25 pound)..tapi puas hati sgt..(esok,kita makan kat sini pulak la ye,hehe).


  
 Perhaps the most expensive sambal udang in the world

Lepas kenyang perut,mestila hati pun girang..shopping la pulak..kali ni,sbnarnye dah niat awal2,saya xnak shopping ape2pun,sbb aritu pun dah beli souvenir2..n shopping kali ni lebih mmbuka peluang utk Abang(sukela tu) hehe..Xpe..Abang shopping utk keperluan (misi dia kali ni untuk beli kasut kulit hitam)..masuk hampir kesemua kedai yg dah dirancang utk survey2 harga dlu..penat jalan2,kami pulang k hotel,makan kat Star kebap lagi utk dinner..(misi Berjaya)


Keesokkannya,time utk real shopping..dlm byk2 kedai yg disurvey smlam, stu kedai ni je yg menjadi pilihan(secret,haha)..sementelahan itu,Abang pun shoppingla dgn riangnya..sbnrnya,kalau ikutkan hati, nk jugak beli brg2 kat kedai tu,memang murah dan cantik..tapi fikir2 kene kawal nafsu yg satu ni n kesian kat koleksi2 yg dah sedia ade ..mlmnya tu,kami naik Easybus(2pound) kat Baker Street menuju k Stansted Airport..dlm kul 11 mlm kami smpai di epot..flite seterusnya lambat lagi sebenarnye kul 6 pagi..tapi memang terpaksa pegi awal..aih..menunggu lagi kat epot..mata ngantuk..saya tido n as usual bila saya tido,abang akan berjaga,walaupun saya tahu abang ngantuk jugak(thanks 4 being a protective husband)..xlena sgt pun tido dlm keadaan cmtu,so,kami pegi surf internet..dlm kul 4pagi,dah blh check in..flite strusnya adelah Ryan Air. Naik je flite,kami terus tido,x tahu mase bila flite berlepas,sedar2 je dah nk smpai epot Rom dah..Alhamdulillah, kami smpai di Ciampino epot pd pukul 10 pagi. Kami naik Terravison bus utk ke central. Smpai di central,kami jalan2 cari hotel yang sudah dibook,,n  Alhamdulillah dlm 10minit jalan,jumpala Hotel Impero..masuk2.. (sorry,check in at 2pm)..kami tinggalkan beg kat hotel tu dlu,n kuar makan..gembira sgt sbb berhampiran hotel kami ni,byk restoran2 halal..kami makan 2 keping pizza,tgok2 ape yg menarik kat kwsan skitar..n kul 2 kami patah balik utk check in..rehat2 dlm hotel..
 
 Roman Empire's Pride

Pagi esoknya,kami pergi k colloseum,xmasuk dlm pun,juz jalan2 luar colloseum je..baik simpan duit utk makan..lepas tu kami ke Vatican city..kat sini ade church besar,kalau sape2 tgok cite 2012,church ni la yg runtuh..diorang ni percaya hari kiamat,tapi setakat tu jela kepercayaan diorang..beli souvenir2 cket kat kawasan tu,pastu balik hotel utk isi perut..Indian food lagi..hehe..(abang tak suka sangat Rome,banyak sebabnya dan oleh kerana tu abang hanya pergi 2 tempat tu aje)

Smallest country in the world?
Keesokkan paginya,tiba masa utk kami bernomad lagi..naik train ke Fiumacino epot..depart kul 1 petang menuju ke Koln pulak..kali ni naik German Wings..kul 3 ptg smpai di Koln Bonn epot..amik train ke Cologne Hbf..smpai disana cari otel bernama Europaisher Hof Hotel..lepas check in,keluar makan..mase nk cari kedai halal kat sini,amatla menguji kesabaran kami..kalau ditambah tolak,dah 16jam kami xmakan..waktu akhir kami makan adelah pada pukul 8mlm smasa di rom tu..pagi sblom bertolak ke epot Fiumacino,kami xmakan ape2 pun sbb kedai makan halal tu x bukak lagi..mula2 dah jumpa ade tertulis, “meats are halal”..lepas tu tanye pakcik tu,”all meats r halal??”dia jawab,”dis is halal n dis is haram”..Ya Allah,nasib baik xterus beli,manala tau minyak dia guna tu sama..nasib baik jugak pakcik tu honest..perjuangan utk mengisi perut diteruskan..naik train utk pergi ke stu tempat ke stu tmpat..mata masing2 liar kut2 ade tanda restoran halal..dlm hati(indahnya Islam,ajar aku dari kecik lagi utk puasa)..waktu tu xdela lapar sangat,mgkin sbb dah terbiasa berbelas2 jam x makan spanjang journey ni..jalan2 lagi,ternampak restoran halal..kami masuk n tanya,”all foods here r halal? Pakcik tu jawab,”Alhamdulillah,im a moslem.” Isi perut ngan kebab n yogurt.

 
Kembali ke tempat sejuk

 Esok paginya,sblum pegi ke epot,kami jalan2 skitar hotel..salji dlm bentuk batu2 kecik turun..hehe..petangnya tu,kami ke Koln Bonn epot..tibalah masenya utk mengakhiri journey kami ni..flite AirBerlin kul 8 malam..perjalanan mgmbil mase 5 jam..lebih kurang kul 12.50pagi kami smpai di cairo epot..Alhamdulillah..kul 1.30pagi, naik teksi mnuju k apartment kami..syukur  kerana Allah melindungi kami spanjang journey kami 10hari ni..time for ENT~

Note 1: prepare urself physically,mentally n spiritually kalau nk bermusafir dinegara org,terutamanya ngra Eropah..org2 kat sane mcm xde panduan dlm hidup mereka..Arak berleluasa,masalah sosial yg menjijikkan..diorang ni mnjadikan dunia sbgai syurga (Al-Baqarah ayat 212)

Note2: perbanyakkan selawat dimana shj anda berada. Smoga Allah melindungi spnjang perjalanan.

Note3: perbetulkan niat.musafir ni bukan utk enjoy je,tapi utk melihat kebesaran Allah. Wherever u go,ianya adalah milik Allah..dan juga utk merapatkan keakraban suami isteri (bagi yg dh kawin la,hehe)

Note 4: plan for another vacation???hehe

Wednesday, March 3, 2010

Kaya Jugak Main Politik Ni Ye..

Dua tiga hari ni, asyik kuar berita ahli politik isytihar keluar parti je. Yang keluar pulak, bukan calang-calang, wakil rakyat la, setiausaha parti la, bukan yang prebet-prebet, bukan yang tukang kutip derma time ceramah. Da macam ada angka giliran la pulak, hari ni ko,esok ko,luse ko pulak.

Alasannya,da hilang kepercayaan, pembunuhan karekter, kuku besi. tu alasan orang yang keluar.
Parti yang diorang keluar pulak berani jawab dan bertindakbalas dengan katanya orang ni keluar sebab tak dapat projek, sebab tak dapat nak meet high demand dari orang ni, sebab orang ni tak dapat jawatan.

Yang mana satu betul, sukati merekala, tapi yang menariknya, baru terdedah berapa nilai tambah yang boleh korang expect bila korang main politik dan aktif. ni bukan aktif peringkat-peringkat bawahan ni, ni peringkat aktif yang kalau bandingannya dengan budak sekolah rendah,sijilnya berfail-fail,main sukan peringkat daerah,negeri, dan kalau nak apply asrama penuh,conform dapatnye.

Tambahan pulak bila parti boleh kuasai negeri,lagila masyuk..antara yang menarik ialah, main politik, jawatan-jawatan tinggi dalam parti, nanti boleh isi jawatan ahli lembaga syarikat mana-mana , gaji puluh-puluh ribu..wa,seronokla kan. Doktor pakar, bermula dengan lima tahun belajar kat sbp,prep tiap-tiap malam,lepas SPM,masuk sekolah medik,hapal buku medik ribu-ribu mukasurat 6,7 tahun,hard labour dua tahun,M.O pastu sambung belajar lagi,da jadi pakar cardio-thoracic surgery kat hospital kerajaan,gaji baru lapan ribu.perh,kalau main politik, mulut manis,kabel kuat,semangat kental suatu masa,boleh duduk kat kerusi lembaga pengarah,duit masyuk. menarik-menarik.
SweetPrint bisnes,sehelai ketas,rubu je..bila nak kaya?

tapi adakah Rasululullah menjanjikan jawatan gabenor kepada sahabat-sahabat supaya kuat berdakwah sampaikan islam? adakah ada janji Rasulullah, weh,korang semua,makin kuat korang berdakwah,makin tinggi kedudukan kamu di sisi aku, dan makin tinggi peluang kamu untuk mengisi jawatan wazir di jajahan yang bakal kita takluki. ada ke Rasulullah janjikan begini untuk sahabat? takde.

kita tengok Quran kata macamana:

" Kalau perkara yang kamu serukan itu sesuatu yang berharga dan mudah diperoleh, dan cabaran perjalanannya ( ekspedisi Perang Tabuk) hanyalah untuk waktu yang sementara sahaja, nescaya mereka akan mengikutmu,tetapi tempat yang dituju itu terasa sangat jauh bagi mereka.Mereka akan bersumpah,kalau kami semua ni mampu,pasti kami akan mengikutmu. Mereka mencelakakan diri mereka sendiri dengan sebab sumpah itu, dan sesungguhnya Allah Tahu bahwa mereka itu penipu pembohong!" Surah At-taubah,cari sendiri ayat berapa

Kalau perjuangan yang kita bawak,hanya berteraskan duit dan kekayaan,kita akan lari bila kekayaan itu hilang,tetapi bila perjuangan kita,balasan yang kita cari hanyalah selepas kita mati, kita akan mati bersama-sama dalam perjuangan tu.
 
paham anak-anak semua?hehe,terima kasih baca.wassalam..

tapi menarik jugak politik ni,kaya pon cepat..tgkla lepas belajar nanti,parti mana offer duit lagi banyak,masuk yang tula..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails