Alasannya,da hilang kepercayaan, pembunuhan karekter, kuku besi. tu alasan orang yang keluar.
Parti yang diorang keluar pulak berani jawab dan bertindakbalas dengan katanya orang ni keluar sebab tak dapat projek, sebab tak dapat nak meet high demand dari orang ni, sebab orang ni tak dapat jawatan.
Yang mana satu betul, sukati merekala, tapi yang menariknya, baru terdedah berapa nilai tambah yang boleh korang expect bila korang main politik dan aktif. ni bukan aktif peringkat-peringkat bawahan ni, ni peringkat aktif yang kalau bandingannya dengan budak sekolah rendah,sijilnya berfail-fail,main sukan peringkat daerah,negeri, dan kalau nak apply asrama penuh,conform dapatnye.
Tambahan pulak bila parti boleh kuasai negeri,lagila masyuk..antara yang menarik ialah, main politik, jawatan-jawatan tinggi dalam parti, nanti boleh isi jawatan ahli lembaga syarikat mana-mana , gaji puluh-puluh ribu..wa,seronokla kan. Doktor pakar, bermula dengan lima tahun belajar kat sbp,prep tiap-tiap malam,lepas SPM,masuk sekolah medik,hapal buku medik ribu-ribu mukasurat 6,7 tahun,hard labour dua tahun,M.O pastu sambung belajar lagi,da jadi pakar cardio-thoracic surgery kat hospital kerajaan,gaji baru lapan ribu.perh,kalau main politik, mulut manis,kabel kuat,semangat kental suatu masa,boleh duduk kat kerusi lembaga pengarah,duit masyuk. menarik-menarik.
SweetPrint bisnes,sehelai ketas,rubu je..bila nak kaya?
tapi adakah Rasululullah menjanjikan jawatan gabenor kepada sahabat-sahabat supaya kuat berdakwah sampaikan islam? adakah ada janji Rasulullah, weh,korang semua,makin kuat korang berdakwah,makin tinggi kedudukan kamu di sisi aku, dan makin tinggi peluang kamu untuk mengisi jawatan wazir di jajahan yang bakal kita takluki. ada ke Rasulullah janjikan begini untuk sahabat? takde.
kita tengok Quran kata macamana:
" Kalau perkara yang kamu serukan itu sesuatu yang berharga dan mudah diperoleh, dan cabaran perjalanannya ( ekspedisi Perang Tabuk) hanyalah untuk waktu yang sementara sahaja, nescaya mereka akan mengikutmu,tetapi tempat yang dituju itu terasa sangat jauh bagi mereka.Mereka akan bersumpah,kalau kami semua ni mampu,pasti kami akan mengikutmu. Mereka mencelakakan diri mereka sendiri dengan sebab sumpah itu, dan sesungguhnya Allah Tahu bahwa mereka itu penipu pembohong!" Surah At-taubah,cari sendiri ayat berapa
Kalau perjuangan yang kita bawak,hanya berteraskan duit dan kekayaan,kita akan lari bila kekayaan itu hilang,tetapi bila perjuangan kita,balasan yang kita cari hanyalah selepas kita mati, kita akan mati bersama-sama dalam perjuangan tu.
paham anak-anak semua?hehe,terima kasih baca.wassalam..
tapi menarik jugak politik ni,kaya pon cepat..tgkla lepas belajar nanti,parti mana offer duit lagi banyak,masuk yang tula..
3 comments:
saya anti gerombolan
bukankah gerombolan yg hanta awak belajar kat luar negara?
bukan gerombolan yang hanta tapi rakyat malaysia ....mari membenci kezaliman gerombolan
Post a Comment