Friday, April 9, 2010
5 World's Best Magicians in Cairo!
tetibe rasa nak pegi tengok show Hocus Pocus Cairo's Magic Show kat CICC.dahle last minute decide,apelagi,pecut dengan teksi meter ke CityStar untuk beli tiket. Tetibe naik teksi dengan pakcik yang sama.wah,ajaib betul hari ni. boleh kate magic gak ah. kalau mengikut kajian Archimedes, kebarangkalian untuk dapat pemandu teksi yang sama di Cairo ni ialah 0.0014!!
Camne aku boleh cam pakcik ni ialah,suatu masa dulu,kami berdua penah naik teksi dengan dia.makanya dari stat pejalanan sampaila sampai ke rumah,dia tak habis-habis mencarut keta sebelah kanan,kereta sebelah kiri. haha.gila betul pakcik ni,tapi i like u la pakcik.semua orang salah! wei #%#%,ko tu tepila sikit,wei #%#%%,mane boleh masuk camni,wei,#%#%#. mula-mula ragu lagi,betul ke ni pakcik yang dulu,sekali lepas masuk gear 2,haaa..ambik ko.pakcik sama laa! tahniah la pakcik kerana berjaya.
sesampai di Citystar,terus pegi beli tiket kat Cilantro,isi perut sikit,dan amik teksi lagi ke CICC lagi.takdela jauh,mereka berdua berada di tepian Autostrade.cuma patah balik je.harga tiket LE50 untuk bronze seat.ada seat harga 100,200,300.lantakla,aku bukan mesin atm.
apa yang membuatkan nak tengok show ni ialah,barisan performers dia memang world class,bahkan show director dia,encik David Lai ni ialah orang yang regular direct show kat depan kerabat-kerabat raja,selebriti dan PERDANA MENTERI MALAYSIA sendiri! wah,memang takleh miss ni.
sesampai kat CICC,masuk kat Cheops Hall,tempat PakLah datang taun 2008 aritu.macam-macam orang ada,orang mesir,expatriat-expatriat,dan kami dua ketul orang malaysia.show sepatutnya start pukul 5,tapi tak start-start sampaila pukul 545. not badla harga tiket LE50,duduk kat mezzanine floor dalam hall tu.center pulak tu.lagipun ada je skrin besor.
Sorila gambar je,bateri kamera tak mampu nak amik video sebab last minute charge.
ini ialah Timo Marc, penerima anugerah German Master of Magic. Aksinya melukis-lukis di skrin biru tu,dan tetibe benda yang dia lukis tu keluar.Siap dia main-main bola dengan orang lidi yang dia lukis,orang lidi tu tendang bola keluar,dia tangkap,pastu dia baling balik masuk dalam skrin.Wah!!
ini ialah Micheal Finney : Comedy Magician of the Year 2009. agak boring gak ah,sebab dia asyik kenakan budak tu je. yang budak ni pulak,terer gile cakap english.kalau aku dia pilih naik atas pentas tu, mi spik no english la..haha.dahle accent america semacam je.dia buat trik tali cam biasa,potong-potong,sambung.potong-potong sambung. MEGALAME!!
Aksi ketiga : ini ialah Danny Cole, State Magician of the Year 2004/2005. yang ni menarik gak. kejap dia tuka baju merah,kejap dia tuka baju biru,kejap ada neck tie,kejap takde,kejap tie biru,kejap belang-belang. kejap ada kejap takde,macam chipsmore la dia ni. patut siap kerek duduk tanpa kerusi.siyes,dia duduk betul2,angle lagi tajam dari gambar ni,sebelah kaki pon dia boleh duduk.macam cerita seniman bujang lapuk.
perh,tekejut tengok show keempat.Barry and Stuart.dua orang ni aku penah tengok kat youtube k kat mana BBC tak pasti. tapi memang dua orang ni la. Dua Scottish yang pekat gila dialek dia,tapi taktau Scotland belah mana. Best Comedy Illusionist 2009. korang boleh tengok diorang kat website BBC london.Memang ni ah favourite aku. Dia panggil sorang audience lelaki cina,pastu dia buat ala-ala vodoo. Gile,dia cucuk tangan patung tu,tangan pakcik tu sakit jugak.Dia cucuk punggung patung tu,pakcik tu tetibe terloncat dari kerusi.Siap dia tuka kerusi lain tu nak bagi penonton percaya. Pastu dia suruh pakcik tu balik tempat asal,pakcik tu takleh bangun,punggung terlekat!! camne ah dia buat,wallahua'lam. 5 bintang untuk Barry and Stuart.
show kelima aku tak sempat tengok kerana menunaikan solat di luar hall,cewah.magic-magic pon,api neraka panasla jugak.Menarik untuk seisi keluarga beriadah selepas abis exam.
esok 10 April,last performance.hehe.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
alaa bestnye shidi.. rugi tak gi.. takde buat lagi ke? ;p pelik ah cmne abg shidi boleh tahu byk bnda2 pelik around mesir ni.. magic show laa.. paintball la.. bole bkk travel agent sendiri..hehe
alaa..da xde..taktaula show ape pulak lps ni..
bukak je yallabina utk show2 lagho ni..hehe
Post a Comment