Wednesday, April 28, 2010

Senarai Lima Lelaki Terkaya Gen6 tahun 2010

Setelah melakukan kajian terperinci selama 4 tahun, dan meniliti kematangan hasil kekayaan calon,majalah Froggers telah berjaya menyenarai pendekkan lima lelaki terkaya Gen6 tahun 2010.

Kelima:

Faeid Othman
Anggaran kekayaan 20,000
Hanya beliau berjaya memasuki senarai akhir lima terkaya dari kalangan mereka yang pulang setiap tahun.
Walaupun membelanjakan sebahagian hartanya untuk pulang setiap tahun,Froggers mendapati beliau masih mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh hasil disiplin perbelanjaan yang sukar dibayangkan.
Lihat saja pakaiannya,hanya kain dua pasang, walaupun mempunyai aset kenderaan,tapi masih meminjam helmet rakan selama berbulan-bulan.Gemar untuk bergaya dengan barangan tiruan,walaupun mendakwa ada beberapa barangannya adalah asli tapi Froggers mendapati ia sukar disahkan memandangkan kampungnya di Rantau Panjang.Susutan wangnya pada tahun ini banyak berpunca dari saman-saman ekor oleh shurtah murur.

Keempat:
Nama Sebenar: Hafizuddin Mamat Azlan
Nama Komersial : Hafiz Adam
Anggaran Kekayaan : 25,000
Hidup yang 'simple' memberikan banyak kelebihan buatnya. Makan apa sahaja,tidur di mana sahaja. Aset utamanya ialah barangan perkomputeran,selain mempunyai sumber pendapatan lumayan dari Nuffnang,sewaan novel dan perkhidmatan percetakan walaupun jualannya merosot setelah kemunculan Sweet Print yang menggugat pasaran domestik beliau. Sejak suku kedua 2009,Froggers mendapati beliau mulai melakukan pelaburan yang serius dalam industri hiburan Korea walaupun Frogger tidak melihat prospek yang jelas bagi industri berkenaan,atau mungkinkah beliau mempunyai visi yang sukar dijangkau orang biasa? Jika beliau serius mengenakan perintah bayaran hutang,kekayaannya boleh melonjak mendadak.Digelar "Harimau Terengganu"

Ketiga:

Baihaqi
Anggaran kekayaan : 29,000
Amat sukar didekati,sering mengelak dari lensa kamera.Sehinggakan krew Froggers terpaksa mengupah jurugambar amatur mengekorinya ke wad ophthalmology. Berpakaian serebeh, Atabah ialah kegemarannya.Usah tertipu dengan gaya kemiskinannnya walaupun berasal dari Terengganu. Krew kami pernah memasuki biliknya dan kelihatan wang 200 junaih bertebaran di merata-rata tempat di biliknya. Di celahan buku agama (teknik bijak supaya pencuri mendapat hidayah semasa mencuri) , di tepian meja, di bawah lampu. Biliknya umpama mesin atm.Mencatat rekod warga Gen6 paling lama bertahan di Kaherah dengan bermastautin 3 tahun tanpa henti,akhirnya menyahut panggilan orang kampung pulang pada 2009.Asetnya berupa handset,PDA seringkali ditimpa musibah,samaada dicuri,hilang,atau dia sendiri tak ingat letak kat mana.


Kedua:
Anas
Anggaran kekayaan: 34,000
Lihat saja badannya yang sekeping. Tulang ialah sebahagian dari dirinya.Jika Paeid dikatakan agak kedekut,inilah dia Ultra. Kacamatanya mungkin kacamata yang masih sama dari intec 2006. Amat teliti dalam soal perbelanjaan,amat kedekut dalam soal aksesori remaja.Mungkin sebahagian kekayaannya adalah diwarisi,pada tahun satu tiba-tiba beliau mempunyai laptop sony traveller's notebook yang berharga sekitar 5,000 waktu itu. Tiba-tiba sahaja, beliau mempunyai handset touchscreen Nokia yang tiba dari Malaysia. Dan terbaru,krew Froggers terkejut apabila mendapati beliau juga mempunyai SLR. dan inilah menyebabkan kedudukan jatuh ke tempat kedua.Bagaimanapun, beliau mungkin antara penyumbang terbesar kepada badan kebajikan anak-anak pekerja ladang.


Pertama
Isa
Inilah dia rupa paras jejaka yang mengisi slot lelaki terkaya Gen6 tahun 2010. Lihat saja muka bangganya itu.Dengan anggaran kekayaannya mencecah 40,000, perkahwinannya pada awal tahun ini dilihat tidak sedikitpun menjejaskan aliran kewangannya. Pra perkahwinan, kebanyakan apa yang ada padanya,samaada adalah milik ahli bait,jiran atau boleh jadi kepunyaan sesiapa sahaja. Baju? Beg? Kasut? krew Froggers masih sukar menentukan yang mana satu adalah betul-betul kepunyaannya.Walaubagaimanapun ketirisan wangnya banyak kepada sumber rujukan terdiri daripada Al-Quran dan As-sunnah. Kami mengesyaki beliau mendapat pendapatan tambahan dengan bekerja shif malam kerana seringkali melihat beliau mengenakan pakaian kilang yang tertulis di bahagian dadanya "Hao Jiang" pada kelas awal pagi.Berikan dia sekeping roti dan jibnah,dia masih boleh bernyawa tanpa sebarang rungutan.Sejak berkahwin,pakaiannya sudah menunjukkan tanda-tanda milik persendirian,walaupun mendakwa masih meminjam beg isterinya. Sukar untuk anda mempercayainya,tapi ketahuilah, DIALAH LELAKI TERKAYA.

kesimpulannya,berilah sebukit emas kepada manusia,akan dimintanya lagi bukit emas yang kedua.berilah PS2,maka dia akan meminta PS3 kemudiannya. hanya iman dan sifat qanaah yang mengawal diri. Ditanya kelak di hari akhirat,tentang hartanya,dari mana sumbernya,dan kemana alirannya. Anda kaya dan anda diredhai Allah,maka andalah cemburuan kami semua.

Jumpa lagi tahun hadapan dengan senarai terbaru.
Post ini kontoversi.

15 comments:

Haru said...

likesss

kaya bukan sahaja dari pandangan harta benda

azim said...

mantap2...
pasni ramai la junior2 datang melawat kat rumah depa....

Eng Einy said...

ahahaha sakit perowt dowh baca belog sengal ni


jap bole caya ke fakta2 yg ko reka ni pokdi ?

HafizAdam said...

"Jika beliau serius mengenakan perintah bayaran hutang,kekayaannya boleh melonjak mendadak."

cett shidi. baru LE 7540 orang hutang ngan aku. mendadak hapenye.
=P

faeid said...

hahahaha...syidi, aku punya la skeng,,blh masuk jgk senarai terkaya...tp gitulah..ak byk doh menderma..menderma ke syurthoh murur marang kerapu kepunden marang sekeper

syidi said...

rehat first half barca vs inter

atiqah : kaya juga boleh dimakan dgn roti.

azim : pgla mintak duit sikit ngn diorang,ckp nk belaja takde duit.

ainy:uih,ni kajian zentrum ni,pasni nk buat list perempuan terkaya pulak,tp persaingan sgt kuat,perempuan bnyk suka kepit duit.beli pisang pon nak takhfid suwayyah.

Unknown said...

kuang asam ko syidi
patutla beriye2 nk amek gmbr kt kelas
stalker la ko nih..
bleh kene saman nih
haha

syidi said...

@Harimau terengganu: aku tgk almari ko,takde pertambahan baju baru pun sejak 2007,sweater pon pakai sweater jemaah haji hari tu lg.

@faeid: bukan k mung suh aku promote gambar mung utk cari gadis?

anas: aku nk bitau satu mesir ko kaya gile.ni da diakui oleh kamal.

Anonymous said...

bila mau pulang ni..???

faeid said...

hahhaha...celoh manolah plk aku suh promotenyo...xmain r tackle gadis style mencapub gini...apa claaasss~~

musafirtibbi said...

Nice post..haha lawakla plak aku baca..sangat setuju dengan perenggan terakhir~

p/s:anas tidak kedekut..pengalaman peribadi :)

syidi said...

@farid : ye,dia hanya kedekut kat benda2 lagho dan kedai makan mahal,hehe.

Muhammad Warouq bin Qamar said...

haram tak cukup napas. berpaut2 kat dinding aku gelak ha

[MH] said...

ya robb, kelakau

nash_gh said...

yeah..dh diperakui aku tak kedekut
hehe :P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails