Ini bukanlah kisah wali-wali Allah.
Ini hanya kisah 2 pemuda yang bertuhankan Allah.
Kisah Pemuda 1:
Seorang pekedai, membakar shish di malam hari.Tatkala itu,datang kepadanya seorang pemuda. Susuk tubuhnya kecil,tingginya tidak seberapa,perutnya sedikit ke depan. Datang dengan hajat melangsaikan hutang perutnya yang lapar.
"Saudara,datangkan bagiku satu shish" sambil jarinya menunjukkan simbol 1Malaysia.
Pekedai itu bertanya
"Satu? Satu? Lalu diambilkannya 4 cucuk besi yang menusuk isi-isi shish itu"
Ditegahnya pemuda itu,"tidak,satu sahaja,satu"
"Maksud kamu seperempat?"
"Ya,itu maksud saya"
Sedang asyik membakar,datang pembantunya menghampiri dengan membawa kufta untuk ditimbang,permintaan pelanggan yang lain. Matanya terpandang tindakan pembantunya itu meletakkan kufta itu bersama-sama bekas polistiren di atas penimbang elektronik.
"Mengapa begini?!" Marah pekedai itu kepada pembantunya.
"Usah ditimbang ia bersama bekas itu,letakkan isi kofta itu sahaja!"
Terngiang di telinga pemuda bersusuk kecil tadi
"Kecelakaan besar buat mereka yang mengurangkan timbangan dan sukatan..
iaitu mereka yang apabila menerima sukatan daripada orang lain,mereka mengambilnya dengan cukup..dan sebaliknya..apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain...mereka menguranginya.."
-al mutoffifin
Kisah Pemuda 2
Seorang pemuda mendapati baki panggilan kreditnya sudah hampir habis.
lalu diredahnya cuaca panas,untuk mendapatkan kad tambah nilai.
Dimintanya kepada seorang pekedai
"berikan daku kad tambah nilai 10 junaih"
Dijawabnya pekedai itu
"10 junaih setengah"
"Mengapa? ia adalah 10 junaih"
"demi tuhan,ia adalah 10 junaih setengah"
"tidak,saya mendapatkannya 10 junaih sebelum ini"
"demi tuhan,berikan aku 10 junaih setengah" sambil tersengih
Pemuda itu meninggalkan pekedai itu. Lalu dia berjalan menuju ke kedai di blok sebelah.
Dimintanya kad nilai tambah 10 junaih,dan diberikannya oleh pekedai kedua.
Pemuda itu kembali ke kedai pertama
" Sesungguhnya kamu bersumpah dengan nama tuhan kami,sedangkan itu ialah perkara batil.
Takutlah kamu kepada tuhan!"
Pekedai pertama hanya tersengih-sengih sambil melihat-lihat telefonnya.
Terngiang-ngiang di telinga pemuda tadi
"Wahai orang-orang yang beriman,janganlah kamu makan harta-harta sesama kamu dengan jalah yang salah (tipu,judi dan sebagainya) kecuali dengan jalan perniagaan yang saling diredhai antara kamu.."
- an-nisaa'
adakah dibolehkan berurusniaga dengan cara kedua? sedangkan ia adalah satu barang yang tetap harganya?dan menukarkan harganya mengikut seleranya.
Salut untuk Kisah Pemuda 1. Tuhan,rahmatila dia kerana takutnya dia dengan laranganMu.Ampunkan dosa-dosa kami (t_t)
4 comments:
Adam like this
رحم الله رجلاً سمحاً إذا باع سمحاً إذا اشترى
skadar nk bertnye..
klu topup tu kire timbgn jugak ke atau kite boleh qias mcm timbang..
klu dlm urusan jual beli if pembeli dan penjual same2 redha dgn harga dan ain brg tu, sah je kan?
tQ
saje tak puas ati.
tokey kedai saje mintak,sblum ni beli biasa je.[etisalat penah iklan kot,hrga kad adalah harga yg ttulis nilainya kat situ sbb bnyk scam]
hehe,takpela lupekanla dia.
oo phm2.okay tQ
kem slm madam.
Post a Comment