Mari berkenalan dengan bumi Hong Kong
[internet agak slow,susah nak meng update..]
Penerbangan apa paling murah dari Kuala Lumpur?
Harga normal bagi perjalanan pergi balik dari KL dalam lingkungan RM600 ++ untuk AirAsia. Harga promosi pula boleh mencecah RM200 atau RM300 untuk pergi balik.
Jika memilih Singapore Airlines atau Malaysia Airlines,harganya lebih kurang RM1000++ pergi balik.
sebaik tiba di Hong Kong International Airport,rekaan Sir Norman Foster,arkiter terulung abad ke 20,21.Antara hasil kerja tangannya ialah Wembley Stadium,bangunan kampus Universiti Teknologi Petronas,Beijing Capital International Airport,ibu pejabat HSBC dunia di Hong Kong dan banyak lagi.
pandangan udara-sila jangan curi gambar ini
Sesudah sampai di airport,bagaimana untuk bergerak ke pusat bandar?
Cara terpantas ialah dengan menaiki train 'Airport Express', harganya HKD100,hanya mengambil masa dalam 20 minit,train berhenti di Hong Kong Airport Express Station,dan perkhidmatan shuttle ke hotel penginapan disediakan percuma.
Cara yang biasa diambil para pelancong ialah dengan mengambil bas,'airport coach' dengan no bas seperti A11,A12,A21 mengikut kawasan hotel penginapan anda.
Cara yang termurah,dan biasa dilakukan oleh penduduk tempatan ialah dengan mengambil 'shuttle bus' S1 dari airport ke stesen MTR Tung Cung [HKD 3.50] dan terus ke Central.
MTR adalah sebahagian dari kehidupan penduduk Hong Kong Island. Seperti biasa,menepati kriteria pembinaan keretapi bawah tanah moden.[ informasi,keselamatan,lantai anti-slippery,sliding door di platform]
Dimana nak tinggal?
bagi pengembara yang mempunyai kewangan yang terhad,hostel adalah pilihan. Hotel sekurang-kurangnya berharga HKD500 semalaman [mahal tu!] Harga hostel pula biasanya dalam lingkungan HKD250 sebilik semalaman. [ semakin murah,anda boleh agakla bagaimana keadaan bilik tersebut ]
Hong Kong dipenuhi bangunan-bangunan tinggi,dan anda tak akan berjumpa dengan sebuah bangunan untuk sebuah hostel semata-mata. Biasanya satu flat,akan mempunyai pelbagai hostel di setiap tingkat,rumah penduduk,restoran,pejabat,klinik dan sebagainya.
Saya syorkan
Yesinn Inn,[bilik yang simple,tetapi bersih,kemas,dan dilengkapi flat tv,air panas,bantal,selimut,sabun mandi,dan bersebelahan stesen MTR yang sedikit terkeluar dari Central supaya anda dapat menikmati suasana penduduk tempatan]
Tempat-tempat di Hong Kong?
Secara umumnya,saya bahagikan Hong Kong kepada 3 bahagian, Hong Kong Island,Kowloon [bahagian selatan tanah besar], dan Lantau Island untuk Disneyland.
Hong Kong Island ialah kawasan utama pendudukan British suatu masa dahulu,dan anda boleh lihat bagaimana kawasan ini begitu dimajukan dengan pelbagai projek dan perancangan bandar yang teliti.Kawasan ini masih mempunyai bangunan-bangunan tinggalan penjajah,seperti pejabat pos,mahkamah, tetapi jumlahnya sangat sedikit dan dihimpit di celah-celah bangunan pencakar langit. Jika anda penggila shopping barangan mewah,dan juga barangan berjenama, di sini anda boleh temui pelbagai jenama-jenama utama antarabangsa dan juga jenama mewah.
Legislative Council Building berada di celah-celah kawasan hartanah antara termahal di dunia
Di sini jugalah adanya The Peak,kawasan tanah tinggi,yang menaungi bangunan-bangunan tinggi di bawahnya.Dulunya didominasi oleh gabenor-gabenor British dan bangsawan,kini ia masih menjadi kawasan kediaman pilihan bagi orang-orang kaya. Legasi tram berusia lebih 100 tahun yang membawa penduduk di bahagian kaki bukit ke puncak wajib dicuba. Puncak The Peak juga telah dimodenkan dengan pembinaan The Peak Tower [ Madam Tussaude Hong Kong di dalamnya :) ]
Street Market,pasar malam,agak kelakar mendengar percakapan jurujual berbahasa Inggeris dalam loghat Kantonese, 'oh,cannot maa..this cheap-cheap I give you loh..."
Di bahagian Kowloon pula,suasananya lebih menggambarkan suasana tempatan walaupun para pelancong asing makin membanjiri kawasan ini. Anda boleh melihat lorong-lorong sepertimana babak cerita-cerita kongsi gelap Hong Kong di sekitar kawasan Kowloon ini. Tarikan utama ialah pasar-pasar malam yang menjual barangan cenderahati,pakaian,gerai-gerai makanan. [pergila kawasan ini sekadar melihat suasana,pekedai di sana sedia mengkapak kepala anda dengan harga barang yang ntah pape,boleh diibaratkan ini ialah Khan el Khalili]. Di sini juga untuk penggemar kamera,berpuluh-puluh kedai kamera menjual pelbagai jenis lensa,aksesori kamera pelbagai jenama.
Lantau Island hidup hanyalah kerana airportnya dan Disneyland. tiada tujuan lain kot bagi pengunjung biasa untuk datang ke sini.Sebenarnya Ocean Park itu lebih menarik dan memberi erti sebenar taman tema berbanding Disneyland Hong Kong yang terlalu kecil dan tak jumpa roller coster [serius,tak jumpa]
Pengangkutan Utama?
Sepertimana negara-negara maju lain,aplikasi touch n go di sini ialah Octopus Card [HKD 100 kredit,HKD50 deposit] MRT memudahkan anda bergerak untuk jarak yang sedikit jauh,manakala bas double decker,memudahkan anda sampai di celah-celah ceruk bangunan,dan tram 'ding-ding' ialah jalur lurus dari timur pulau,ke bahagian barat. Semuanya mudah digunakan dan dilengkapi laluan perjalanan yang simple.Feri pula untuk bergerak dari pulau Hong Kong ke Kowloon. Sehari,secara normal,anda akan menghabiskan HKD30++ dari kad Octopus anda.
Ding-Ding,antara sistem pengangkutan terawal diwujudkan sejak 1904,pengangkutan termurah HKD2 untuk menyusuri kemodenan bangunan-bangunan dari hujung stesen di timur pulau,ke bahagian barat.
Makanan Halal?
Makanan Halal yang paling best di sini ialah Islamic Center Canteen,berhampiran stesen Tram di bahagian Wan Chai. Pelbagai dim sum halal,pencuci mulut,nasi goreng cina,mee,kuew tiau,lauk pauk tempatan dimasak dengan mengikut kaedah syara'.Harganya lebih murah berbanding membeli kebab,biryani di kedai-kedai india,pakistan. Sekali makan,bolehla mencecah HKD50 atau lebih kalau anda mentekadarah dengan dim sum,air ribena,kek lagi. Islamic Center Canteen ini berada di sebuah bangunan namanya Osman Ramju Sadek Building,sebuah bangunan untuk komuniti islam di sini,dengan kemudahan masjid untuk lelaki dan perempuan,dewan keramaian,dan sebagainya. Jadi alang-alang makan,boleh berehat untuk solat dan berkenalan.
Breath-taking view.
ok,itu sahaja F.A.Q kali ini.
Kesimpulannya,aktiviti utama di Hong Kong ialah,
1. Melihat "Light Show" pada jam 8 malam oleh pencakar-pencakar langit pulau Hong Kong.
2. Meng 'cam-whore' kan diri di Madam Tussaude
3. Makan di Islamic Center Canteen
4. Shopping di Central
5. Shopping di pasar-pasar malam.[ barang-barang hampeh je pun]
6. Ocean Park
7. Disneyland
8. Tengok seni pembinaan pelbagai bentuk pencakar langit
9. Meng 'cam-whore' kan diri di Avenue of Stars [macam walk of fame hollywood tu]
10. Menyingkap sejarah Hong Kong! [perubahan sebuah pelabuhan kepada sebuah negara maju]