Arkitek bebas berkarya di sini. Kehebatan dan kesenian dizahirkan dalam rekaan binaan masing-masing yang penuh simbolik dan mengambilkira pengaruh feng shui masyarakat cina.
Paul Rudolph, arkitek amerika menggambarkan beruang koala sedang memeluk pada sebatang pokok pada dua bangunan pejabat Lippo Center.
Adakah dua batang pokok ini yang memberi inspirasi dan idea kepada Paul Rudolph??
Seterusnya, bangunan kesayangan rakyat dan pemimpin tempatan,ibu pejabat Hong Kong and Shanghai Banking Corporation,atau kita kenali sebagai HSBC.
Rekaan Sir Norman Foster,bangunan ini merupakan bangunan yang termahal di dunia sewaktu pembukaannya pada 1985 [kosnya mencecah USD 700 juta!]
Bagi masyarakat cina,sesuatu yang berkait rapat dengan air, tidak kiralah sungai kah,lautkah, atau tasik kah,atau apa sahaja asalkan ia air, dikaitkan dengan kekayaan dan rezeki yang melimpah ruah.
Maka oleh sebab itulah, bangunan itu dibina betul-betul menghadap laut,dengan dua dataran luas di hadapannya tanpa ada sebarang bangunan mengganggu kedudukannya.
Sebab itu ia dikatakan bangunan 'anak emas' kerajaan kerana dijanjikan bahawa kerajaan tidak akan membina apa-apa struktur di dua dataran dihadapannya bagi memberikan keistimewaan feng shui tersebut kepada HSBC.
Digelar 'bangunan robot' oleh orang tempatan
Bangunan yang dikatakan bercirikan mesra pelanggan ini tidak mempunyai pintu utama langsung,bahkan ia langsung tidak berpintu untuk menggambarkan pihak HSBC mengalu-alukan kedatangan para tetamunya. Ruang bawahnya boleh dilalui oleh sesiapa sahaja,dan pelanggan hanya perlu menaiki escalator untuk berurusan.
Saya sempat memasuki bangunan ini dan melihat bagaimana jelas sekali keterbukaan mereka apabila dapat melihat setiap pekerja di meja masing-masing, tanpa ada sebarang cermin gelap melindungi. Bagaimanapun,rakaman gambar dilarang sama sekali.
Malangnya ruangan di bahagian bawah bangunan itu,dijadikan tempat perkelahan warga filipina pula pada hari minggu,menyebabkan ternampak sedikit jelik di situ. ada yang membaca bible,bermain kad,atau sekadar berbual-bual dengan warga senegara.
Mari kita berkenalan dengan musuh ketat HSBC pula, kerja tangan I.M Pei, Bank of China seolah gagah berdiri di belakang bangunan HSBC. Jika kita lihat gambar di bawah ini, seolah-olah ia bermotifkan sebilah pisau pemotong daging yang sedang mengejar di belakang HSBC dan bersedia pada bila-bila masa untuk menetaknya!
Walaubagaimanapun, bangunan Bank of China dikatakan telah mencabuli prinsip Feng Shui dengan rekaan 4 blok simbol 'X' berturutan dari atas ke bawah. Tau-tau sajalah kan 4 itu apa bagi orang cina. [Patutla kot HSBC sentiasa mantap]
sekarang,kita beralih kepada simbol yang memalukan pulak.
Bangunan pejabat Jardine House ini [ yang penuh berlubang tu] juga dijanjikan oleh kerajaan untuk tidak membina apa-apa sahaja yang akan melindunginya dari pandangan laut.
Walau bagaimanapun, sudah menjadi adat orang cina Hong Kong untuk memberi gelaran kepada apa sahaja,tak kisahlah nama orang ke apa ke,dan salah satu mangsanya ialah bangunan ini yang digelar "House of 1000 Arseholes'
tidak cukup dengan Jardine House itu, International Finance Center turut menjadi mangsa.
kalau tadi, lubang du***, agaknya apalah yang ini ye. Walaupun menjadi mercu kebanggaan Hong Kong,antara bangunan tertinggi di dunia,namun ia tidak terlepas dari digelar "Sir YK Pao's Erection" merujuk kepada YK Pao,pemilik syarikat yang membangunkan bangunan ini.
Cermin Central Plaza ini mempunyai tiga warna, emas,perak dan terracotta. bahagian piramid pada puncak bangunan ini bukanlah melambangkan simbol illuminati,tapi berfungsi sebagai jam dengan pelbagai warna yang berubah-ubah menentukan waktu-waktu tertentu. tak payah susah-susah untuk tengok jam ini kerana anda takkan faham pukul berapa sebenarnya dia maksudkan.
Dan tiada yang berada di puncak melainkan bangunan ini yang berada di atas bukit Victoria Peak, The Peak Tower. Bukan bermotifkan suku minangkabau ya. Viewing Gallery di bahagian atasnya untuk melihat segala bangunan yang wujud di bawahnya,juga di seberang semenanjung sana.
Sekian,penat...
7 comments:
HSBC tu bang negara hkong. bangunannya direka supaya boleh berpindah randah sekiranya berlaku bencana alam. boleh dipisah2kn ikut blok
ye k boleh cabut2?
hoi lucah betul la syidi! post homoerotic sungguh
eh apesal saye xdpt gi pn tmpt2 ni.. laen kali nak ikut abg syidi jalan la mcmni~
mcm amsterdam.byk bgunan pelik2.
fifi: kitorang kan jalan kaki je,xmampu naik teksi.
pijot: korang sampai ams hari tu ek,Red Light District diorang pegi tgk x?
idi, betolla org cina takut nombor 4
i penah naik lift kat KL bgunan no 4 x ditulis, instead ditulis 3A, then 5 haha..
aah.biasa tu.
klu kondo, develepor takkan tulis no 4 dalam lif,nnti xlaku rumah2 kt tgkat 4,org cina takut nk beli..instead dia tulis "f" word,3B k..camtula jugak tingkat 8 confirm laku.
Post a Comment