[cerita gaya abg hisham]
hari ini aku ditinggalkan gadis yang aku nikahi
untuk berbuka puasa bersama rakannya
perutku juga sudah lama tidak menjamah suapan dari orang lain
selesai menjatuhkannya di tepi jalan
aku menekan minyak ke bazar ramadhan stadium Sultan Muhammad IV
seperti biasa,kota bharu rimas dengan jumlah keretanya
aku sebagai pengguna jalanraya tegar disini
sedar dengan kadar kelahiran kereta di sini
seolah tiada sebarang perancang keluarga diamalkan
maka aku teringat jerman
bila kerajaan akan memperkasakan pengangkutan awam
aku meletakkan kereta di tempat yang betul
tiada jukir di sini
kehidupan masih belum mendesak
aku melalui gerai-gerai yang menjual nasi kerabu basi
aku melintasi gerai-gerai yang menayangkan kueh semalam
kedengaran suara dari pentas qaryah ramadhan
memuja muji ke'islaman' kerajaan kelantan
maaf tak semudah itu aku menelan bulat-bulat
kali ini aku hanya mencari satu dua makanan sahaja
beberapa gadis menyentuh badanku
tak kurang juga lelaki
manusia berlapis-lapis di sini
aku menjuih kepala sana sini
Nah!inilah yang aku cari
pelepung
atau paru-paru lembu yang digoreng kering/tumis pedas
gadis tudung bert-shirt pendek itu segera membungkus jualannya
hanya satu lagi tujuanku
Char kuew tiao
rata-riti aku mencari
tiba-tiba susuk besar melanggarku
bulat dia seperti aku
tetapi lebih dia dari aku
izamil rupanya
rakan aku di kampus
yang hidupnya seakan-akan aku
isterinya ada bersama [yang juga sekampung denganku]
bahkan beberapa anak kecil juga
kufikirkan itu anak-anak mereka
tapi itu tahyul semata
pantas dia berlalu sepertimana dia datang
char kuew tiao
sudah habis di sana sini
kerna waktu berbuka sudah hampir
akhirnya di sana
beberapa bekas masih berbaki di meja
pelempung sudah kurang anginnya
kalau macam ini
macamana aku nak merasai udara
yang dihirup lembu
char kuew tiao
terlalu banyak tumbukan kacang tanah
menjadikannya sedikit pahit
tetapi dipenuhi udang
aku bersyukur
dua kegembiraan bagi ku
gembira berbuka
gembira bertemu
3 comments:
a budding comedian you are, sir. ramadan hingga ke titisan terakhir, semoga kembali ke fitrah syawal ini.
sengal da macam isam rais la ko nih...cube baca TAPAI
atiqah: ramadan saya tak menitis,dia mendetik,Selamat Hari Raya dan semoga anda sudah bayar zakat fitrah juga
pelempang:aku nk jadi pelarian kat eropah 20 taun,pastu balik huruharakan hidup kau.
Post a Comment