Thursday, March 17, 2011

Sharm el Sheikh - Laut Merah di depan, Gunung Sinai di belakang...

Kalau nak disebut jasa Mubarak, bolehla kita angkat Sharm el Sheikh, walaupun cara pemberian kontrak,jual beli tanah, etc tu boleh dipertikaikan lagi, tapi walhasilnya beliau berjaya mengangkat Sharm el Sheikh menjadi tempat tumpuan pelancong dengan produk yang dramatik dan unik.Pandang depan, Laut Merah yang BIRU, pandang belakang gunung ganang berbatu merah. fuhh~
Itu tak cakap bila celup kepala dalam air lagi, sampai orang cakap bagi para divers, kalau tak menyelam lagi kat Laut Merah, memang tak complete la log book tu. Kedudukannya yang dalam lingkungan 5 jam dari Eropah menjadikannya tumpuan pasaran pelancong dari sana samada pakej charter atau persendirian.
Sharm el Sheikh yang berada di muncung Sinai Peninsula ini termasuk dalam muhafazah South Sinai bersama-sama Dahab dan Nuweiba.

Novotel Beach Resort


Meja, Sofa, Balkoni..sangat sesuai untuk study dengan aman

Orientation :
Okeh, Sharm el Sheikh atau "Sharm" ni kita boleh pecahkan kepada 4 tempat utama
Setiap tempat ni ada mall utama masing-masing. kadang ada 2,3 mall kat satu tempat.
1. Nabq
upper end 4,5 stars resort dengan private Beach. Bagi mereka yang betul-betul nak privacy, kalau berada dalam pakej all inclusive (breakfast,lunch,dinner) memang takde masalah,tapi kalau just BB,gigit jarila nak cari makanan murah. Presidential Palace berada di kawasan ini. di sini juga ada Nabq Protectorate Area yang ada hutan paya bakau yang paling hujung sekali di dunia [paya bakau ada pada kawasan-kawasan pada lingkungan latitud tertentu aje]

2. Naama ( local biasa panggil Marina)
juga menempatkan resort-resort mewah dan juga dikira sebagai kawasan town centre dengan pelbagai restaurant,bars,travel agency,diving school,etc. Hotel-hotel yang common mesti ada Hilton,Marriot,Novotel, Sonesta etc. terbahagi kepada dua, satu yang betul-betul mengadap pantai,dengan masing-masing mempunyai private beach, dan barisan kedua yang berada di belakang [rate hotel yang sedikit murah] dipisahkan dengan As-Salam Road [Peace Road] jalan yang dikira sebagai arteri utama sepanjang jajaran pantai Sharm.
Ada Carrefour. Nak lunch murah sikit,beli makanan dalam ni.

3. Hadaba
menempatkan hotel dan resort bagi pasaran sederhana dan mewah. yang mewah berada di sepanjang jajaran pantai Om el Seid, manakala yang 2,3stars motel/hotel berada di tengah-tengah,tanpa beach view. Tetapi kelebihan berada di sini ialah makanan yang sedikit murah, dan ada IL Mercato Promenade! Kawasan mall yang berkonsepkan boutique store,open air ala-ala Eropah gitu. ini sangat bercanggah dengan amalan biasa ahlul qaherah.Expect to see common brands,cafes Starbucks,Costa Coffee,McD,Kfc,Pizza,Hardies,MonChowWok,Daniel Hetcher,Adidas,etc.
Hadaba Go Kart Racing Track juga di kawasan ini,walaupun dikatakan satu lagi track di Nabq lagi best. Ada juga Aqua Park ala-ala Sunway Lagoon di sini! LE 165
Kalau yang tinggal di Hotel 5 stars Mercato memang berada dalam kompleks yang sama.
Kekurangannya ialah susah nak pergi ke pantai,kalau ada pun,perlu naik shuttle,berkongsi pantai dengan orang lain. melainkan anda memang tak suka berada di tepi pantai.


4. Old Market ( "Souq" )
ini betul - betul latar Egyptian. makanan yang mashwi, kofta, nuss farkhah,espagati boloniz, fathirah, semua ada kat sini. ada Tiran Center,sebuah mall yang hampeh,tetapi ada Chinese/Thai restaurant di atasnya.
Pintu Gerbang Old Market - tempat kena bom 2005 dulu kot,hehe


Get in:
Flight : Egyptair ada flight dari Cairo ke Sharm. Range harga dari LE200-LE600 one way bergantung pada season,dan waktu departure. biasa yang murah depart tgh2 malam. One hour

Dari airport ke center,teksi akan mencekik. normalnya LE50. atau LE100 kalau anda di pihak yang terdesak.

Bus : Banyak syarikat bas yang operate route ke Sharm. Main station dari Cairo ialah Torgoman Station berdekatan stesen metro Orabi.nama-nama biasa ialah East Delta,High Jet. Ada yang akan ambil penumpang dari stesen Abbasiyah, dan juga Al Maza. bagi saya, operator yang paling best ialah Go Bus, satu-satunya yang depart dari Abdel Moneim Riyad dan menyediakan bas yang paling muda umurnya dan seat yang selesa.
Range harga dari LE70 hingga LE 125 ikut class, Deluxe,First Class,Elite Class. schedule boleh rujuk di pejabat Go Bus di Maspero Mall sebelah Ramses Hilton.
6 Hours dengan bas berenti berehat kira 200 km dari Sharm. Perjalanan pada siang hari sangat indah. Jauhi seat di belakang, panas dan bising dengan enjin dan tayar.

Stesen bas utama di Sharm telah dipindah dari belakang stesen minyak tepi jalan Peace Road ke suatu tempat 1,2 km ke arah timur, menyebabkan ia makin terpencil dan hanya boleh bergantung kepada teksi untuk ke hotel.Bargain start dari LE15-LE30. teksi pun jarang-jarang ada sebab stesen ni bukan tepi jalan. jadi jangan jual mahal sangat ngn driver teksi.


Get around :
Tremco : Tremco lalu jalan utama Peace Road ke Souq [LE1] ,
Souq ke Naama Bay [dipanggil Marina] LE1,
Naama Bay ke Nabq [LE1@LE2]
Souq ke Hadaba [LE1]
tanya driver untuk kepastian,harga ikut suka hati dia dari LE1 ke LE2 @ LE3.
Tremco warna biru,kebanyakan masih baru, dan jarang penuh. Tetapi kebanyakan yang naik tremco ialah pekerja-pekerja, bila ada foreigner naik,keadaan menjadi sedikit gorib, apabila saya berdiri di hadapan Novotel tetapi menunggu tremco [peduli apa aku,hari-hari naik teksi bankrap]

Teksi : Harga teksi ialah gandaan lima geneh. teksi putih bermeter,tetapi sebagai perhiasan sahaja walaupun dah ada signboard amaran keras kepada pemandu supaya menggunakan meter,siap ada no aduan macam LPKP.
kalau dalam bandar yang sama,contoh nak bergerak dalam Naama sahaja, LE5.
kalau perjalanan antara 2 bandar, Naama ke Souq, bargain dalam LE10-LE20 ikut logik jarak.

Naama Bay sesudah menunaikan solat Subuh

What to Do:
1. Snorkelling trip : yang ni memang wajib. Subhanallah. Kena galakkan lagi orang - orang Islam ceburi bidang snorkelling ni,asyik-asyik mat salleh je.
Excursion yang biasa orang buat ialah pergi ke Tiran Island atau pun Ras Mohammed National Park.
LE 150-LE250 bergantung pada pakej and what's included.
kalau tak pegi trip pun, kalau stay kat hotel yang ada private beach, kat tepi pantai pun boleh jumpa ikan-ikan ngn batu karang, tapi of course tak sebanyak yang pergi trip ke tengah laut.

Naama Bay - nikmatnya mandi tak ada orang ni.

2. Diving : yang ni tanya si Shamirul. da nak jadi professional diver da si mat ni.

3. Quad Bike : ATV, super extreme. Orang yang ada lengan kuat je baru boleh handle benda ni.kalau tak memang tercampak ah. Kita dibawa ke kawasan pergunungan, Subhanallah mountainous view, macam cite koboi pulak , tibe-tibe nampak bangkai unta tinggal tengkorak aje. Pastu nanti boleh tgk org-org badwi kat celah-celah gunung. Nanti singgah minum shai. Sedih tgk org badwi, hidup sebatang kara . tempat ni tempat diorang tapi orang-orang dari lembah Nil yang kaut untung buat trip-trip macam ni.
Kalau ada masa,nanti ada main-main 'echo' . kami tak sempat buat benda ni, takleh nak komen.

Berat sungguh stereng mende alah ni. Last-last mat salleh jugak yang terbabas keluar dari course.

4. Banyak lagi aktivti lain yang ada, glass boat, go karting, paintball, parasailing, star gazing ngn badwi, ada fulus,semua jalan.

Where to Stay
Seperti yang ditulis di atas tadi, kalau betul-betul nak pamper yourself, stayla kat upscale resort.
Time-time low season, price will drop very steep. Di sini setiap resort kebanyakan ada gym,massage center,private beach, tennis court, football field, volleyball etc. sangat sesuai untuk group of friends or maybe the whole class.Mostly you will meet British people here. yup,diorangla secara statistiknya paling ramai bercuti di Sharm.Second is Russian dan bekas-bekas jajahan takluknya tu.
Nak cari makan di naama, yang paling-paling murah pun fast food, tu pun mahal sikit dari harga di Cairo.
Bagi saya, tempat tumpuan makanan yang masuk akal ialah di Souq [ Mat'am lil Masriyyin berdekatan dengan pintu gerbang Old Market], dan juga di Mercato Promenade.

Mercato Promenade - European Style

Kalau bukan pada fokus menyedut breeze air directly from the sea, stay je di second row Naama, atau di Hadaba.catered to more economic tourist. tapi facilities yang disebut di atas tu takde la ye.

* Sila bawak Sun Block against UVA n UVB kalau nak kulit maintain cerah.
* Jaga pandangan, tengok batu karang dan bukit bukau aje,jangan tengok benda lain

[ gambar-gambar yang lebih hot,cun dan kelakar ada dalam facebook, malas nak upload 2 kali]


Sekian, hargailah keindahan mesir sebelum anda pulang! :D

3 comments:

Effy Saiful said...

post ni ditujukan khas buat saye ye?

terima kasih awak!~

<3

syidi said...

its hard to say no upon your request.

my pleasure :)

Wanie Aziz said...

wah! envy gila.huhu.best sungguh.
random guest here..thanks for sharing the info..=)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails