Friday, October 30, 2009

Review : Etihad Airways



6/8/09-29/9/09
Etihad Airways
ya,seperti dijangka, ini pengalaman terbaik setakat ini.
syarikat muda yang memberi prestasi membanggakan
sesuai dengan taraf 4 bintang nya.

Check in online,
walaupun tiada bag drop counter di Cairo,tapi tetap pantas.
Walaupun sehebat mana syarikat itu, tapi bila operasinya di mesir,dan pekerjanya orang mesir,maka hampehla ia apabila lupa memberi departure card untuk lalu immigration mesir.
staff di AUH & KUL lebih professional.
tak nampak satu pun student mesir,aku sorang je kot naik etihad taun ni,iye kah?
(sangat tidak suka perjalanan di sekitar gulf countries,sama sahaja, bahrain kah atau UAE kah,aku tidak mahu membenci orang arab,tapi semoga mereka lebih beradab dan tolerate dengan orang lain)


Bagasi-30 kg,walau tertulis di tiket 20kg,courtesy of Etihad,hehe..



A380,bakal beroperasi



Orang akan bercakap fasal seat apabila bersama Etihad Airways.
Ya, seatnya terbaik. selalunya lenguh belakang,tapi 2 kali long bound flight bersama Etihad,boleh duduk dengan selesa 7,8 jam





In flight entertainment
personal touch screen, semua ceritanya adalah standard emirates,qatar - terbaek.
plus- ada bacaan quran,arah qiblat,live camera apa yang dilihat oleh pilot di depan.
tak tidur dibuatnya,2 movie,1 comedy show, 1 sport channel,dan quran sket2 [alhamdulillah,hehe]


controller alaf baru,sesuai untuk main game tanpa henti,
tak dilupakan di bawah setiap seat, boleh charge henset,laptop,mp3 apa-apa saja.

cuisine
main course 2 pilihan, dessert, cookies,
jangan lupa pesan hot choc
semua dijamin halal ok~

bila dah selesai makan, lampu akan jadi oren ala-ala romantik gitu suruh tido.
siap dibalut ngan selimut kashmer Etihad,walaupun takdela sesejukbeku Egyptair

bising ngan budak-budak nangis? pakai saja headset yang disediakan,terus senyap.


dan tak dilupakan, free transfer to Dubai
alang-alang dah turun UAE,boleh singgah Dubai. Request saja stopover 3,4 hari.

bas akan turun di pejabat Etihad di Dubai, Sheikh Zayed Road, betul-betul di depan stesen metro Financial Center.

dah asik puji je, apa yang teruk?
staff kena sabar skit dengan karenah orang arab.
mungkin diorang tak biasa?
[sape tak marah kalau flight baru cecah tanah,
ramai-ramai da berebut nak pintu keluar,first time tengok kerja gila ni ]


 tq.


Friday, October 23, 2009

Rumah Iblis Merah


London Euston ke Manchester Piccadily Station
Virgin Train lebih kurang pukul 8 pagi.
Tiba 2 jam selepas.

Hari itu, hujan, tambah lagi laluan tram yang sedang diselenggara.
Allah buka jalan selepas berdoa di Muslim Youth Foundation.


Tour sepatut bermula 1 tengahari, tapi terlewat sampai sebab pening dengan beberapa stesen tram yang ditutup. tak sangka pulak hari tu orangnya berduyun-duyun dari serata dunia. Next available tour ialah pukul 3 petang. tapi yang bagus ialah tunjuk student card dapat masuk dengan £8 sahaja.




Old Trafford ini jalan terus sahaja dari Old Trafford Station melalui Sir Matt Busby Way, jangan tertukar dengan Stadium Cricket Old Trafford sudey..


 
inilah guide yang paling serius,garang dan tak lawak.
kekejian Man Utd ialah, tactital whiteboard itu bukan berada di tengah-tengah tapi ada kat penjuru dekat dengan pintu. Kesian manager away team nak lecture kat player pun susah.
Tak banyak trivia dari Old Trafford


 
di sinilah mungkin mereka berb*gel sesama sendiri..serius..
tak hairanlah Kaka kata Seedorf is the most gifted player "down under".
tak berakhlak mulia langsung.


 
amek gamba tempat Park Ji Sung sudahlah,khas untuk najib sarawak.




konon-konon Alex Ferguson.
Sibuk ah orang laen.




satu baju short sleeve £39.99
beli kat kelantan sudey



East Stand ini tempat kebanyakan orang ambil gambar.
Bila Macheda score, dia lari ke satu penjuru dekat dug-out tunnel. Seat kat kawasan tu memang dikhaskan untuk sanak saudara.Kebanyakan player Man Utd bila score akan celebrate kat kawasan ni.

nanti Liga Kaherah mula, nak bawak Alia lah sekali.


Monday, October 19, 2009

Metro Dubai

Dubai berusaha untuk menukar label dari sebuah negara berteraskan ekonomi hasil minyak kepada negara pelancongan.
Pemerintah Dubai, Sheikh Muhammed bin Rashid Al-Maktoum sedar hakikat bahawa minyak negaranya dijangka habis pada 2016. Maka, puluhan projek dirangka segera untuk menjamin survival Dubai.
(negara arab lain,tidur dengan duit lagi?)

Bercakap soal transport, yeah, Dubai is almost comparable to London of being tourist-friendly.
Entri kali ini kita tengok metro Dubai.

Setiap stesen rekabentuknya paling-paling cincai pun macam ni jela yang mampu. covered. why?
orang kaya kan selalu nak air-cond.



Sense of 5-star service once you enter one of their main station.
Here, Burjuman or Khaled el Waled station, functioning as Sadat in Cairo.
Staff sat at the back of glass window talking with customer using a mini microphone.
Once a while i felt like being at Victoria station,requesting for their Oyster Card.
Everything is computerized.

This kind of design is exactly the same as the new Jubilee Line Underground Extension project.
Waterloo ( or Westminster or both of it? i barely remember).

Well, it functions to reduce the impact of suicide bomber attack either from the platform or from the train itself. Also it prevents people from falling into the gap between the train and the platform.


Look how it was lavishly decorated. Where are the poor? Or do they even exist in dubai?


This silver nol card. The "touch and go" version of Dubai metro. Just flash it onto the turnstile.
You can also use it for riding a bus.


Sometime i just couldn't take it anymore.


See? i told you. is this necessary? or these people just throwing money out their pocket
(or should i say abaya?)
so they can live the dream out of their midday nap.


You will pay double if you opt to take the gold class car.
but hey, i dont think it's worth your money.



a nice coffee in the morning perhaps..


Please excuse me for using English this time. its been a while ( or maybe 4 years ago i wrote something publicly in English)


Tuesday, October 13, 2009

La Ville-Lumière, The City Of Light, Paris


Bergerak dari London St. Pancras, melalui Selat Dover, tiba di Gare Du Nord, Paris.
Sweater yang dipakai sejak di London tiba-tiba basah dengan peluh.
Paris-Panas.

Lokasi pertama selepas check in hotel
Eiffel Tower
metro - Bir Hakeim
RER - Champ de Mars-Tour Eiffel
Tiket - 3.50 - 9.90 Euro

anda tak perlukan SLR untuk mengambil gambar seperti ini


La Tour Eiffel mendapat tentangan dari golongan artistik dan cendekiawan tempatan pada awal binaannya pada 1889 sebagai lambang 100 tahun selepas Revolusi.


'The Metal Asparagus', gelaran penduduk tempatan ini hampir dirobohkan pada 1909 tetapi rancangan itu dibatalkan kerana keupayaannya sebagai stesen pemancar siaran pada ketika itu.


Boleh jadi apa yang kamu tidak suka, orang lain akan suka.
Beratur panjang gila berlingkar-lingkar untuk beli tiket.


Pemandangan dari tingkat satu.
Parc Du Camps de Mars.
Di hujung sana, École Militaire, sekolah tentera Perancis


sape yang tengok Rush Hour 3, di kolam itula Inspector Lee dan James Carter mendarat dengan kain bendera perancis selepas bergaduh kat Eiffel Tower



Gustave Eiffel
gambarnya di tangga tempat orang pijak?

konon nampak macam rendah, lalu dengan beraninya beli tiket untuk naik dengan tangga sahaja.
Rupanya hukum graviti ter apply kat sini.
baru satu tingkat sudah pancit.
nak beli tiket lif, hanya ada kat bawah.
paling mampu sampai separuh tingkat dua saja.


hotel dekat sahaja dengan Eiffel Tour, setiap kali keluar lunch, ambil gambar seketika


dari celah kangkang Eiffel Tower


Au Revoir Paris!

Ujang kata, negara Perancis asal namanya dari:
Perang!! Cis!!
Perang!! Cis!!


Friday, October 9, 2009

Welcome to Chelsea Football Club

Ini ialah stadium yang terkecil antara The Big Fours.
Tour Price : 15 Pound ( free entrance with London Pass,no need to queue,hehe)
Tube Station terdekat : Fulham Broadway

Keluar saja dari Tube, ei, tiba-tiba ada dalam shopping complex.
Terasa nak buang air kecil, tandas nak kene masukkan 20 pence, baru boleh lalu ikut turnstile.
nasib baik ada banyak syiling.

Apa yang menarik pasal stadium tour ialah, setiap stadium ada cerita menarik, dan setiap stadium ada cara untuk meng'spoil'kan away team yang datang. Dan antara yang terkeji ialah, Chelsea Fc, huh..


Bangunan first yang akan nampak ialah, west stand ini.
memang dari sini je boleh masuk, stadium ni agak terperuk sedikit.


Kali ni tak terasa teruja sangat, entah, memang aku benci chelsea kot,haha..
tambah lagi dengan guide dia yang gila tak serius langsung.
macam biasa, pergi stadium akan lawat dressing room, press centre, dug out, the pitch..


guide sedang bagitau bahawa even sabun tangan yang diguna tu, yang berjenama dan mahal gila, kalau kurang sikit je, terus tukar yang baru.

Tempat duduk takde sistem macam Arsenal. Duduk je mana yang selesa.
John Terry akan sentiasa duduk sebelah Frank Lampard sebab dua orang ni memang kamceng dari muda-muda lagi.
Locker tu bukan main-main. Bukak je, terasa ada aircon keluar, tambah fragrance lagi.
Dalam laci Michael Ballack, ada sekeping gambar inspirasi dia. heh, emotional betul.

Away punya dressing room, memang di design untuk sabotaj away player.
kat locker, di atasnya ada hanger besi yang menjulur keluar,
(dan besi tu sangatla dekat dengan kepala)
tambah, lantai bathroom yang licin.
memang away team kena hati-hati ah.


ini pula tactical room.
Manager akan basuh budak-budaknya kat sini.

gaya mourinho sikit.


Roman Abramovich akan duduk di bahagian berbumbung sana.
Mula-mula dia datang, dia terasa London ni sangat sejuk
(bukan ke dia ni orang Russia, tak tahan sejuk jugak?)
jadi, seat dia dipasang dengan heater.
tak cukup ngan heater bawah punggung, dia pasang lagi sebesar-besar heater kat bumbung tu.
gila punya orang.


match yang aku tengok berpuluh-puluh kali dalam youtube ialah,
Chelsea Barcelona champions league, yang iniesta score di saat-saat akhir.
yang tu memang dramatik sangat.


harga tiket untuk match EPL, around 52 pound untuk non-member.
tapi sangat susah untuk dapatkan kerana biasanya sold out.

Every team need the 12th player??


Wednesday, October 7, 2009

Sega Republic - Dubai


Sega Republic, indoor theme park dalam Dubai Mall
Entrance fee- 125 dirham untuk main semua benda (harga promotion baru bukak)
nak main satu-satu pun boleh.
aku da tak nak pening-pening main macam star wars kat Disneyland, jadi main mana yang nak je.

ni simulasi game InitialD. aku taktau sangat pasal InitialD ni, tapi kereta ni memang real gila.
dah puas bawak kancil kat mesia,sekali bawak keta power camni,pergh...


dah puas naik keta,naik motor pulak.



budak da besar pi ceroboh mainan kanak-kanak.

haa,kan da kata, tak main mainan-mainan yang pening macam ayam golek tu.

mainan-mainan dalam ni bertemakan game game keluaran Sega.

kat sini baru nampak rakyat UAE yang kaya raya bergembira sekeluarga.

credit pada jurufoto amatur.

Tuesday, October 6, 2009

Cerita Belakang Stadium Emirates


Setiap bayi yang lahir, celik mata sudah melihat kelibat Ian Wright, Bergkamp, Henry, Pires mesti memasang angan-angan untuk masuk ke dalam tv,duduk sama-sama dalam Highbury yang kalau tersepak tinggi sikit bola boleh masuk rumah orang.

Highbury sudah ditinggalkan, kini Emirates pula menjadi "rumah suci" untuk kipas susah mati kelab london ini.

Pagi-pagi, sudah bangun, stadium tour mula pukul 11 pagi berharga 12 pound.
naik tube dari Gloucester Road ke Arsenal station sudah ambil masa 1/2 jam.


Sampai di depan stadium, kaki terpacak ke dalam tanah, mata tak berkelip,
blood pressure meningkat tiba-tiba.
fuh,inikah stadium emirates?


2 orang student dari jepun yang memang gila-gila hafal sejarah arsenal.


inilah dewa arsenal. belum mati lagi tapi sudah ada patung memorial untuk Arsene Wenger.
dicop sebagai the most brilliant arsenal's manager oleh tour guide.

Boleh bercakap 6 bahasa, ada master dalam Economy dan degree dalam engineering.
Terlibat sebagai penasihat penting dalam pembinaan stadium emirates dari segi rekabentuk dalaman.


inilah stadium terhebat dan termoden banding Stamford Bridge dan Old Trafford.


Tour kali ni membawa ke beberapa organ penting dalam stadium ini.
Directors Box, Player's tunnel, changing room, tempat Press Conference,
dan tempat parking kereta pemain ( pekdah datang sini?)



ini bukan seat biasa-biasa. ini ialah seat yang dah direserve oleh Fabio Capello.
adelah beribu-ribu pound juga dia bayar untuk seat ni.


budak-budak lain dah rebut awal-awal lagi tempat Arshavin, Almunia, Van Persie.
tinggal aku je yang lambat dapat tempat Eboue (haha,racist!).
last-last baru boleh duduk satu punggung dengan Fabregas.

Arsene Wenger banyak terpengaruh dengan adat-adat jepun masa dia jadi manager Nagoya Grampus Eight.
Dia percaya bentuk oval akan membawa tuah. manakala bentuk petak membawa nasib malang.
Jadi changing room Arsenal berbentuk oval dan away team berbentuk petak.

tempat duduk pemain disusun ikut posisi. penjaga gol, pertahanan, tengah, penyerang.
Satu hari, Henry cakap kat Arsene Wenger,
"aku kapten, tak best ah cakap dari tepi (dia penyerang), aku nak duduk tengah"
Mr Wenger ni pun setuju la jugak.
So, stat dari hari tu, semua kapten Arsenal akan duduk di tengah termasuk Fabregas hari ini.

Tempat duduk Almunia paling dekat sekali dengan bilik mandi.
dan dia ada tempat mandi dia sendiri. dia ni suka mandi.

Arsene Wenger jugak belajar dari Jepun untuk menghormati tetamu. Away team akan diberi keutamaan untuk sampai dulu, untuk relax-relax dulu, tempat yang selesa, kecuali dia hanya buat bilik diorang petak.

Kebetulan hari tu, Arsene Wenger cari beberapa orang anak muda untuk serap dalam Arsenal punya Youth Team. Maka aku sain kontrak kat sini, tapi tiba-tiba kontrak terbatal sebab aku lebih berat badan.

Inilah press room yang paling mewah di UK. Wartawan di anak emaskan dalam bilik ni. Sebab tula Stadium emirates selalu divote stadium terbaik dari segi kemudahan untuk wartawan. ceh, rasuah politik betul.

bye-bye emirates


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails