Tour Price : 15 Pound ( free entrance with London Pass,no need to queue,hehe)
Tube Station terdekat : Fulham Broadway
Keluar saja dari Tube, ei, tiba-tiba ada dalam shopping complex.
Terasa nak buang air kecil, tandas nak kene masukkan 20 pence, baru boleh lalu ikut turnstile.
nasib baik ada banyak syiling.
Apa yang menarik pasal stadium tour ialah, setiap stadium ada cerita menarik, dan setiap stadium ada cara untuk meng'spoil'kan away team yang datang. Dan antara yang terkeji ialah, Chelsea Fc, huh..
memang dari sini je boleh masuk, stadium ni agak terperuk sedikit.
tambah lagi dengan guide dia yang gila tak serius langsung.
macam biasa, pergi stadium akan lawat dressing room, press centre, dug out, the pitch..
John Terry akan sentiasa duduk sebelah Frank Lampard sebab dua orang ni memang kamceng dari muda-muda lagi.
Locker tu bukan main-main. Bukak je, terasa ada aircon keluar, tambah fragrance lagi.
Dalam laci Michael Ballack, ada sekeping gambar inspirasi dia. heh, emotional betul.
Away punya dressing room, memang di design untuk sabotaj away player.
kat locker, di atasnya ada hanger besi yang menjulur keluar,
(dan besi tu sangatla dekat dengan kepala)
tambah, lantai bathroom yang licin.
memang away team kena hati-hati ah.
ini pula tactical room.
Manager akan basuh budak-budaknya kat sini.
Manager akan basuh budak-budaknya kat sini.
Mula-mula dia datang, dia terasa London ni sangat sejuk
(bukan ke dia ni orang Russia, tak tahan sejuk jugak?)
jadi, seat dia dipasang dengan heater.
tak cukup ngan heater bawah punggung, dia pasang lagi sebesar-besar heater kat bumbung tu.
gila punya orang.
Chelsea Barcelona champions league, yang iniesta score di saat-saat akhir.
yang tu memang dramatik sangat.
tapi sangat susah untuk dapatkan kerana biasanya sold out.
4 comments:
nampak tak mana drogba dalam gmbr last tu,ala,yg pakai baju hitam tepi john terry..haha
this is disgrace..this is disgrace..
this is the "tuuuuut" disgrace
(baca dlm tone hiphop)
asek jalan je keje....haih menabungla untuk masa depan anak bini
ntahla, selagi Allah murahkan rezki,selagi tu la kaki ni bejalan. duit aku xsimpan dalam tabung,simpan kat bank lagi selamat. tabung bsn hidung gajah da pecah.
Post a Comment