Friday, October 30, 2009

Review : Etihad Airways



6/8/09-29/9/09
Etihad Airways
ya,seperti dijangka, ini pengalaman terbaik setakat ini.
syarikat muda yang memberi prestasi membanggakan
sesuai dengan taraf 4 bintang nya.

Check in online,
walaupun tiada bag drop counter di Cairo,tapi tetap pantas.
Walaupun sehebat mana syarikat itu, tapi bila operasinya di mesir,dan pekerjanya orang mesir,maka hampehla ia apabila lupa memberi departure card untuk lalu immigration mesir.
staff di AUH & KUL lebih professional.
tak nampak satu pun student mesir,aku sorang je kot naik etihad taun ni,iye kah?
(sangat tidak suka perjalanan di sekitar gulf countries,sama sahaja, bahrain kah atau UAE kah,aku tidak mahu membenci orang arab,tapi semoga mereka lebih beradab dan tolerate dengan orang lain)


Bagasi-30 kg,walau tertulis di tiket 20kg,courtesy of Etihad,hehe..



A380,bakal beroperasi



Orang akan bercakap fasal seat apabila bersama Etihad Airways.
Ya, seatnya terbaik. selalunya lenguh belakang,tapi 2 kali long bound flight bersama Etihad,boleh duduk dengan selesa 7,8 jam





In flight entertainment
personal touch screen, semua ceritanya adalah standard emirates,qatar - terbaek.
plus- ada bacaan quran,arah qiblat,live camera apa yang dilihat oleh pilot di depan.
tak tidur dibuatnya,2 movie,1 comedy show, 1 sport channel,dan quran sket2 [alhamdulillah,hehe]


controller alaf baru,sesuai untuk main game tanpa henti,
tak dilupakan di bawah setiap seat, boleh charge henset,laptop,mp3 apa-apa saja.

cuisine
main course 2 pilihan, dessert, cookies,
jangan lupa pesan hot choc
semua dijamin halal ok~

bila dah selesai makan, lampu akan jadi oren ala-ala romantik gitu suruh tido.
siap dibalut ngan selimut kashmer Etihad,walaupun takdela sesejukbeku Egyptair

bising ngan budak-budak nangis? pakai saja headset yang disediakan,terus senyap.


dan tak dilupakan, free transfer to Dubai
alang-alang dah turun UAE,boleh singgah Dubai. Request saja stopover 3,4 hari.

bas akan turun di pejabat Etihad di Dubai, Sheikh Zayed Road, betul-betul di depan stesen metro Financial Center.

dah asik puji je, apa yang teruk?
staff kena sabar skit dengan karenah orang arab.
mungkin diorang tak biasa?
[sape tak marah kalau flight baru cecah tanah,
ramai-ramai da berebut nak pintu keluar,first time tengok kerja gila ni ]


 tq.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails