Wednesday, July 8, 2009

Jiran Lama Sudah Besar


Biasanya, orang yang baru-baru lagi sampai ke Tanah Arab ni,
suka ambil gambar dengan kanak-kanak versi Arab,dan berbangga-bangga di dalam friendster konon berjaya mengambil foto manusia dari spesis tanah yang lain.

hidung mancung,rambut kerinting,bulu mata lentik+lebat dan lagi kulit putih gebu macam laban.

ini foto masa tahun satu,
kanak-kanak jiran sebelah,Marwan dan Yosef.
hobinya suka tekan-tekan loceng rumah orang sambil lari naik turun tangga dan kemudian datang lagi,lagi dan lagi.
sekali aku berjaya menumpaskan tipudaya mereka,terkantoi dua budak ini,
mulanya rasa marah,tapi bila tengok dua budak ini menggayakan mimik muka yang kononnya comel, terus cair.

"ma tadhrabsh...ihna helwiyyiin sughoyyariin" kata mereka



ini pulak foto 5 Julai 2009


aku ke sayyeda,kampung lama.
tiba-tiba terjumpa si Marwan ni. masih ingat aku katanya.
dah besar panjang budak ni. dah pergi solat berjemaah kat masjid.

kena ajar budak-budak solat jemaah,bila dah masuk masjid jangan suruh diorang duduk belakang sorang-sorang,kita kena duduk belakang dengan diorang supaya diorang sembahyang,
bukan berlari-lari dalam masjid dengan budak-budak yang lain.



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails