Pagi-pagi kul 630,aku call Alia untuk gerak sama-sama. Kitorang terpaksa duk asing-asing dalam 2 minggu sementara aku carikan rumah baru. Rumah lama sudah diambil tuan rumah balik. Bukan tuan rumah tak suka kat kitorang,tapi dia terpaksa. Kitorang gerak ke Midan Abdel Moneim Riyadh. Nak amek bus aircond 2 geney ke airport. Yela,nak naik teksi tak mampu.
Sehari sebelumnya,aku da buat raptai naik bas ni. Kitorang pegi airport kununnya ambil budak-balik umrah,tapi sambil tu senanya aku nak sambut keMumtazan Alia kat airport. Bas ni ambil masa sejam untuk sampai ke terminal 1. So, aku tak risau sangat.
Ramai gak pelik,nape nak pegi airport Cairo,sedangkan tiket aku dari Hurghada ke London. Senanya,ada je bas pegi ke Hurghada dari Cairo (LE50-60),tapi aku malas naik bas,sakit bontot lima jam..lama tu..Jadi aku tempah tiket kapal terbang trus,senang cite,sejam sampai,risau gak kalau naik bas tu,tetiba rosak tengah jalan k ape k..tapi klu flight aku k Hurghada delayed? Hurm..same je smua..By the way,tiket Cairo-Hurghada EgyptAir,harganya LE 180. Ni tiket promo,so agak murah sket banding kebiasaan.

Sampai di terminal 3,lepas security check, pegi ke kaunter 400-410,(ada 10 kaunter untuk domestik check-in). orang tak ramai sangat,dan mostly orang yang check-in masa tu,nak pegi sharm el sheikh. Mungkin aku awal sangat kot,sebab flight kul 1130,kul 930 dah check in. terminal baru ni,bolehla diberi sedikit pujian. Bagi aku,untuk rate sesuatu tempat,pegi tengok tandas. Tandas bersih, dah takde pusing-pusing paip,sekarang goyang-goyang tangan je kat paip,air kuar,hehe..cam KLIA lak rasenye.
Pastu,boarding cam biasa,ade shuttle bus bawak ke kapal terbang.

Lebih kurang 1230,kitorang sampai di Hurghada. Sampai kat sana,pening skit,tak banyak sangat direction yang biasa tergantung kat siling kalau airport-airport biasa.Pastu dia ada wat renovation,so agak pening. Pas claim beg,aku tengok dinding kaca sebelah. Eh,cam kaunter check in tu.Em,betulla ni kot. So aku pun masuk bahagian belah sana melalui kayu-kayu papan-papan orang wat keje renovation. Tapi bila nak masuk, ada polis jaga,mintak tiket. Aku pun tunjuklah print-out tiket aku.
“Your ticket is early, no enter here” Polis cakap English. Flight aku start check in kul 5 petang.Masa tu kul 1 tghari. Alamak,takkan xleh masuk kot. Aku pun tanya polis tu,”semayang kat mane cik,” dalam base arab. Dia pun agak terpegun skit. Terus layan baik,pastu dia suh madam (dah biasa,org arab panggil isteri orang,madam) masuk dalam. Aku pun xjadi semayang kat luar,cakap kat polis tu,”saya semayang kat dalam gak la ngan madam,boleh?”
“ye,sile-sile”..aih,boleh pulak masuk dalam terminal.
Lepas selesai semua,aku ngan Alia tunggula dalam tu..tengok satu-satu flight egyptair ke Cairo belepas.
Pastu dalam kul 4 petang,tetiba kaunter check-in tutup. Aih,bia betul ni. Aku konfiden je kata kat Alia,ni EgyptAir je kot,yang Easyjet jap lagi dia bukak la tu. Pastu,tunggu punya tunggu, da nak dekat kul lima,terminal tu gaya macam tutup je. Saat itulah datangnya encik polis baju putih tadi,
“eh Ahmad,ko kat sini lagi? Nape tak gerak-gerak lagi?”
“ntah,nape kaunter tak bukak ni?” aku Tanya dia.
“ko nak pegi Kaherah kan?”
“eh,mana de,saya nak pergi London”
“hah,mane tu?Meh sini aku tengok tiket ko”
“ceh,celaka ko ahmad. Tiket ko ni tiket international la! Bukan kat sinila!”
Aku terkedu kena “kherbetak” encik polis tu. Pakcik polis tu pun bawak aku keluar dari terminal,
“ni,ko nampak khemah 4-5 biji tu? Ko keluar dari sini, ko jalan sampai kat khemah yang no 2 tu, ko masuk situ”
Aku pun keluar,lalu kat kawasan pembinaan tu,pastu tengok bangunan tadi dari luar,
-Domestic Departure
Arghhh!! Tensen betul. Napela dia tak tulis pape dalam terminal tu. Patutla ramai je pekerja dalam tu tengok-tengok je aku tak gerak-gerak ke kaunter check in sedangkan dah nak masuk flight yang paling last sekali.
Aku terus lari-lari,main kejar-kejar ngan alia ke terminal international departure.
Sampai sana, mak aih, sesak gila. Memang betulla review yang aku baca kat lonelyplanet, international terminal ni sesak gila ngan orang yang tunggu nak check-in, sebab sini biasanya flight charter, so ada banyak group sekali datang. Ingatkan review tu da tak betul masa aku tunggu kat terminal yang salah tu. Sikit je orang kat sana. Aku time tu laparla yang teramat, seb baik ade Sbarro kat situ, order 2 bijik pizza ngan satu sandwich,harga xyah cakap ah, rate tourist punya harga. Xpelah,lapar punya pasal.
Lepas makan, aku nampak kat screen tv tu, easyjet dah boleh check-in. aku pun beraturlah dengan girangnya. Aku antara yang terawal gaklah beratur dalam line tu. Skit lagi nak sampai giliran aku, bile orang kat depan aku sampai kat akak easyjet tu, akak tu bitau, “one twin room okay”
Aih,pehal ada room-room pulak ni. Aku dalam hati husnu zonn je,maybe dia ni tempah flight+hotel kat London kot,sebab tu dia Tanya camtu. Sampai kat aku dia pun kata, “one double room ya?”
Aku pelik,eii,ape yang double roomnya?
Akak tu pun dengan seronoknya bitau “oo,senanya gini, flight arini da cancelled,maybe pagi esok baru ada,so kitorang tempatkan semua kat hotel dulu”
Satu lagi bala jatuh atas kepala aku. Arhh, semua muka penumpang tensen. Tapi yang lagi tensen tentula aku,diorang takpela diorang da abis bercuti kat sini, balik sana pun takde pape ngan hotel k,train k ape k sangat. Aku ni,baru nak stat journey. Dekat sejam lebey,tunggu semua orang datang check-in,baru pekerja tu bawak kitorang naik bas. Ade slip surat hotel dia bagi sorang satu. Aku pun tengok kat situ nama hotel Sindbad Aqua Resort. Eh, ni cam kenal ni,hati aku menanti-nanti dengan penuh debar.
Bila da sampai,hah,tu dia. Sindbad Aqua Resort. Hotel 4 bintang kat Hurghada! Wah,seronok gila aku. Yela,mula-mula ingatkan cam,easyjet ni dah le low cost airline,so kalau nak compensate,mestila hotel-hotel cikai je. Ni sekali dapat hotel 4 bintang. Haha..

Sindbad Aqua Resort ni merangkumi hotel,pusat bowling,tenis, private beach, siap ada water park kat dalam tu lagi.

Kitorang jugak diberi voucher dinner dan breakfast, panggilan telepon percuma, dan guna internet free. Em,benda ni biasa kalau satu-satu syarikat airlines tetiba terpaksa cancelkan flight. Seb baik tak dapat tiket free,hehe.
Malam tu kitorang pegi dinner style buffet. Makan setakat mampu. Lepas makan,kitorang keluar jalan-jalan. Kebetulan Esplanada Mall,mall yang sangat besar kat Hurghada ada kat belakang hotel tu je. Hurghada sangat cantik. Pokok-pokok tamar teratur je ditanam kat tepi-tepi jalan. Sampah seketul pun takde,apatah lagi najis himar yang selalu menghiasi jalan-jalan di Cairo.

Malam tu,aku track balik perjalanan yang bakal aku lalui,aku cuba buat ape-ape talian hayat yang patut in case ada gangguan perjalanan lagi lepas ni. Policy hotel kat London aku revise balik, tiket Easybus aku untuk transfer dari Gatwick Airport ke Central London aku terus cancel,seb baik sempat lagi. Tapi tiket tu 2 Pound je pun senanya (RM 10). Lepas tu balik hotel, dan tido dengan seronoknya dalam bilik yang harganya 200 Dollar semalaman..ohhh..
18 Julai Hari Kedua
Sepatutnya aku tiba di London 18 July jam 0000 local time. Tapi 0800 18 July aku masih di Hurghada. Perjalanan ke London mengambil masa lima jam. Hari ni aku diberitahu flight akan depart jam 1430. Bermakna aku akan tiba di London jam 1730 local time. Itinerary hari pertama aku di London sudah “burn”.
Bas disediakan easyjet untuk mengangkut penumpang flight semalam. Ya,semuanya aku tengok memegang passport warna merah.Bukan passport Malaysia,tapi passport United Kingdom. Selain aku dua orang pegang passport Malaysia,ada sorang pegang passport hijau Mesir,dan sorang lagi Republic of Mauritius.Dalam bas,British accent menguasai suasana. Seronok gile dengar accent. Aku memang suka. Tergelak dengar diorang cakap. Sebelum ni leh dengar dari Jeremy Clarkson je dalam Top Gear.
Sampai di airport,lepas security check,terus ke kaunter check in easyjet. Sekali tengok kat screen monitor tu, argh!! Ada benda yang tak kena lagi. Dahle aku da terlewat sehari. Nak tau apa yang terjadi pada aku waktu tu? Boleh ke tidak aku fly sebenarnya? Tunggu episod seterusnya..
1 comment:
bestnya boleh travelling camni...
Post a Comment