Saturday, August 1, 2009

London,Manchester,Paris Ep 02

Post kali ni takde gambar.

18 Julai 1230 - flight aku delayed lagi! tapi kali ni hanyalah sejam. arh, walau sepantas manepun kapalterbang tu,jadual hari pertama aku di London tetap sudah burn. kredibiliti easyjet mula dipersoalkan. mula-mula cancelled,sampai seharian pulak tu,pastu delayed pulak. beratur di kaunter check in seperti biasa. Masih lagi orang yang sama. maksudnya, memang betul, hanya ada 4 orang pemegang passport lain. Malaysia,Egypt,dan Republik Mauritius. Yang lain, mungkin diorang datang dalam group travel agency.

Sesampai di kaunter, akak semalam yang jaga. aku serahkan dua-dua passport. dia belek-belek passport. dahinya berkerut. dalam hati aku,da mula terasa kesengalan yang bakal dia tanya lepas ni.

"kamu nak pegi UK kan, mana visa kamu?"
"saya tak perlukan visa cik," aku jawab dengan penuh informatif.
"kenapa kamu tak perlukan visa?"
"sebab saya orang Malaysia"
"kenapa orang Malaysia tak perlukan visa?" sampai soalan ni dia tanya,aku da bengang.
"ada sedikit masalah ni dik,adik tunggu kat sana kejap ye"

Dia pun uruskan orang-orang lain dulu. Orang-orang putih dah tengok pelik kat kami berdua. Arh,aku pengganas ke?
Sambil-sambil tu,dia macam call seseorang.

Dua tiga minit,datang seorang pegawai. gaya macam pegawai imigresen. Dia datang, dan tengok passport aku.
Soalan sama dia tanya. sampaikan aku dah taktau nak jelaskan macamana.
" negara Malaysia ada perjanjian dengan UK, tak perlu visa"
"Perjanjian ape?"
aih,tolongla..kang aku hentam Perjanjian Camp Davis dia bukannya tau pun.

disebabkan nak kasi dia puas hati,aku bukak abis semua dokumen-dokumen dalam fail aku. Aku tunjuk kat dia tiket return aku dari London, hotel confirmation, dan lain-lain.
pastu,soalan sengal keluar lagi.
"kenapa kamu nak pergi London dari sini,dari Hurghada?"
"eih,sukaati akula nak pergi London dari celah mana,dah ada orang jual tiket murah dari sini,aku naikla dari sini."
"tapi sini ramai pelancong je yang datang,ramai yang charter flight datang sini"
aduh,habis tu buat ape jual tiket dari hurghada kalau takleh terbang dari sini.

"tunggu sebentar ye cik,saya kena cek benda ni lagi"
yela,cekla ko kat passport aku tu. tengokla muka aku dalam passport tu puas-puas. belek sana belek sini,bukannya jumpa ape pun. ingat ada tulisan rahsia Scofield dalam tu?

Seketika dia datang lagi dengan henset. sekali dia bagi henset kat aku.
"hello there,can you hear me?"
mak aih, suara macam David Beckham dalam Setanta Sport.
Gile ah tahap pengetahuan pegawai imigresen ni. Sampai call pegawai kat UK nak tau aku kena ada visa ke tak. tak reti-reti nak bukak internet ke.
aku cakap-cakap dengan pegawai UK tu,terangkan perjalanan aku cane,n then dia pun puas hati.
hah, tak caye lagi aku tak perlukan visa?

Dia suruh aku tunggu lagi.
Aku tengok selain aku,seorang pakcik yang pegang passport Mesir tu pun senasib ngan aku gak. Dia pun terkandas kat sini macam aku gak.
aku tegur dia, "nape ni pakcik"
"this is bull****"
mak aih,agresif gila pakcik ni.haha..
kisah dia lagila sengal, dia siap da ade visa semua, siap da kerje kat sana bertaun-taun lagi. masalah dia,dia ada connecting flight dari Gatwick ke Bermuda. orang tu musykil kenapa dia nak connect ke Bermuda.

"again,this is bull****"
yeah,way to go pakcik!

sekarang ni dia datang lagi,dia suh pegi tunggu kat immigration counter. kaunter yang last sebelum pergi ke Gate. tapi dia suh tunggu,bukan pegi beratur kat barisan tu. Jangan masuk Barisan,dia kata.
aih,tunggu lagi. Dalam hati,aku doa tak putus-putus. Ya Allah,ke ada hikmah Kau tak bagi aku pergi London.Kot-kot kat sana seksi-seksi sangat. Ye, kat hurghada lagi,mata sangat sakit. Mat Salleh + Cuaca Panas kat Hurghada = Takde Baju
Equation tu memang apply kat sini.

dekat situ,ada pejabat Immigration Manager. Sekarang ni passport aku ngan dia bersama 2,3 pegawai. Manager tu hisap-hisap rokok sambil tengok passport aku. yang lain pun buat benda sama. Belek,belek,belek..Em,aku tertanya-tanyalah jugak. apa motif dia belek berpuluh-puluh kali tu. Nak cari apa senanya? Passport aku ada visa Mesir ngan cop Visa Bahrain je. ke diorang nak belek sampai Bling! menjelma visa UK? aku dah geram gila sebab waktu tak banyak lagi.
aku pergi masuk bilik manager tu. salam diberi tanda ingin berlembut.
"cik, kalau betul ada masalah ni, silala bagitau saya apa masalahnya,tapi kalau takde masalah,silala pulangkan passport saya balik,kalau tak saya repot polis" camtula lebih kurang bunyinya kata-kata aku cuma ayat repot polis tu aku simpan dalam hati je.
Semua senyap. Ceh,rupanya manager tu takleh cakap English. aku tanya lagi soalan sama. Semua taktau nak jawab ape.
sekali ada sorang bunyi " be patient, we r just going to check it furthermore."
Masalahnya kalau diorang check benda tu sambil guna teknologi,tak kisahla internet k,telepon k,aku boleh sabar lagi.
tapi apa yang diorang buat ialah, guna jari,belek-belek.pekdahnya diorang buat camtu. nak cari ape?

Bila hampir-hampir je waktu check in dah tamat, baru manager tu suh pegawai dia lepaskan aku. oh,alhamdulillah.
siap dia bagi aku terus lepas kaunter immigration tu,takyah beratur beratur. potong terus. Mat Salleh muka da pelik. mesti diorang ingat aku ni anak beranak Presiden mesir kot,boleh potong orang sukati camni,haha..
sekali pegawai tu mintak maaf,dia kata ni first time ada orang "asing" terbang dari sini. em,lantak ko la. yang penting aku lepas.

dipendekkan cerita,aku da masuk dalam kapal terbang. oh lupa, sebelum boarding,aku pergi beli 2 slices pizza ngan satu air mineral Sbarro. Harganya 100 geneh. memang harga pancung mat salleh. Lapar punya pasal.

ok,dalam kapal terbang,perkara pertama dicakapkan oleh pilot adalah beliau sangat-sangat minta maaf. Kisah kenapa flight cancelled ialah,sebenarnya ada seorang passenger ni,nak kuarkan carry on luggage dia dari space kat atas seat tu,sekali benda tu entah macamana terhempas ke pintu kecemasan menyebabkan pintu tu boleh patah. gile,beg ke batu dia bawak tu. kapal terbang tu kenala masuk workshop skit,sebab tula tergendala sikit penerbangan.

takpela encik pilot,walaupun aku terlewat sehari,tapi aku seronok dapat duk hotel 4 bintang,wakaka..
maka berlepaslah kami ke london.

5 comments:

guild_hunterz said...

kesian ko..
kisah penoh cabaran tol..
wakaka~

tp kesian gak r x dpt tiket free..
kalo x leh gi london lg..

syidi said...

tu baru hari first..
tak bace lagi hari-hari selepasnya cane..wakaka~

Amermeftah said...

org tu bawak ketul batu ke apa?

syidi said...

ya, mungkin batu yg dibawa dalam beg macam sstgh bdk mesia bila mau balik smpai musrif xlarat nak angkat.

zulai said...

batu lesung la tu yg die bawak...haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails