Perjalanan kali ini ialah Cairo-Abu Dhabi, Abu Dhabi-Bangkok. Return flight pula Kuala Lumpur-Abu Dhabi-Dubai,Abu Dhabi-Cairo.
Flight ke Bangkok sangat murah. tapi sebab aku punya last minute,murahnya itu tak seberapa.
mulanya,ingat nak singgah 2,3 hari di Bangkok. tapi bila buat kajian sikit,takde daya penarik sangat untuk aku singgah lama-lama di Bangkok. Maka dipendekkan kepada 2 hari 1 malam. Tupun tak pegi ke City Centre, hanya sewa hotel di pinggiran bandar dekat ngan airport.
bila sebut Bangkok, 3 perkara sinonim ialah Makanan,Perempuan dan Candi. dan semua benda ni sangat murah. sebab tu orang puteh suka Bangkok. Kalau nak cite pasal shopping di Bangkok,aku tak lalu sangat. takde beza sangat dengan KL. Lagipun aku baru shopping dengan gila-gila di London. Duit pun kena simpan gak. dahle duit bisnes da abis pakai.
Kapal terbang Etihad sedia nak mendarat di Bangkok. Kalau Sepang kita nampak kelapa sawit berhektar-hektar, di Bangkok kita nampak sawah padi yang tak abis-abis. Suvarnabhumi Airport termasuk dalam 5 Airport yang terbesar di dunia dan antara yang terbaik jugak. turun dari kapal terbang, macam biasa,sekarang musim selesema babi. semua staff airport pakai mask. aku book Silver Golden hotel, dan hotel tu akan amek kat airport. sampai di meeting point,pening aku cari manela staff hotel tu. cari punya cari aku rupanya nyorok belakang tiang. aih,pegang signboard hotel tapi nyorok belakang tiang sambil duduk-duduk ngan kawan dia. sementara tunggu passenger lain datang,aku pi tukar duit dulu. mahal gak rate kat sini, 1 ringgit dapat 87 baht je. kalau kat luar, 1 ringgit dapat 100 baht. kemudian,cari makanan sikit sebab perut lapar gila.
aku rasa negara thailand ni memang betul-betul usaha promote negara diorang sebagai syurga makanan dunia. kat airport tu,macam-macam makanan produk tempatan ada. gile betul. buah-buah pun banyak. memang malaysia takleh lawan ah kehebatan thailand dalam produk buah-buahan. aku masuk 7-Eleven, cari roti-roti ke choc ke..
ada sederet roti kat situ. nampak macam bez jugak. sekali tengok, bun with pork, pork sausage, pork sandwich. ah,babi betul kedai ni penuh dengan babi. ada jugak instant mee pork flavoured, kek perisa babi dan lain-lain. uih, thailand ni suka gila kat babi rupanya,kalau tak,takkan dia jual macam-macam benda dengan perisa babi.
alih-alih,aku beli je chocolate yang nestle keluaran malaysia punya. siap ada cop halal. kali ni yakin betul. kalau kat kelantan,banyak jugak produk thailand masuk, dan biasanya ada ditanda cop halal dari jabatan agama islam thailand. makanya,malam tu aku tidur di hotel yang dekat ngan airport. takde pape pun,cuma bila aku tengok kiri kanan jalan,rasa cam lebih kurang kawasan rumah aku. kedai-kedai, 7 eleven, pasar malam..
tapi aku perasan sesuatu gak la dengan orang thai. diorang agak lemah lembut dan santun. (xtaula ni majoriti ke tidak,cume ni pengalaman sehari semalam aku je). tiap kali lepas berurusan, tangan dibuat gaya nak menyembah, kepala ditunduk,mata dipejam. fuh,time tu rasa cam raja lak kena sembah-sembah.
aku agak kagum gakla dengan Suvarnabhumi Airport ni. rekaan dia memang lawa. bolehkah aku kata ia lagi lawa dari KLIA? ya,mungkin. kat mana-mana je mesti ada "tugu" raja dan permaisuri diorang. aku pernah tengok dalam tv, diorang kalau berdepan dengan raja,bukan setakat sujud, tapi siang baring meniarap lagi tanda hormat. kat balai perlepasan sementara tunggu flight AirAsia aku,ada satu kedai halal namanya Xpress Kebab.

walaupun namanya kebab,tapi sebenarnya banyak lagi pilihan makanan ada,mee goreng,tom yam,sushi (aku order sushi dan tobat aku taknak makan lagi) dan macam-macam lagi. kira time tu kenyang gila aku makan. siap minum air kelapa lagi.

dalam flight pulang ke KL,aku dengar orang puteh yang baru berkenalan bercerita di belakang seat aku. Katanya, dia sudah hampir sebulan menjelajah Malaysia dan Thailand ni. dan yang buat aku bangga,dia lebih suka Malaysia. Sebab ape,sebab dia kata Malaysia dan Thailand,hampir sama je. Pantai,Shopping,Makanan. tapi Malaysia lebih "bersih" dari Thailand dalam soal perempuan. (pelacur la tu) kat Thailand katanya, senang je nak cari pompuan,nak cari pub,disko tapi kat Malaysia susah sikit sebab agama dua negara ni berbeza katanya. yeah,tepuk tangan sikit untuk Malaysia.
itu sahaja di Thailand,sape suka tengok candi-candi, bolehla pergi. tapi kalau nak shopping ke, sama saja.
4 comments:
lama tak update. pergi melancong ye!
lama xupdate kerana sgt sibuk menjamah makanan mesia dan jugak streamyx yg putus2..
sembah sembah dia tu kan biasa, takkan tak penah tgk dlm tv tiga, sembilan atau sebelas?
biasa tengok,tapi bila diri sendiri disembah, terasa lain..
patutla raja suka disembah
Post a Comment