Saturday, October 3, 2009

Dubai - Bila dah banyak sangat duit

Sempena ulangtahun pertama perkahwinan kami,aku menghadiahkan Alia percutian 3 hari 2 malam di Dubai. (cewah, poyo gila ayat)

Kalau 10-15 tahun dulu, kalau kata nak pegi Dubai, mesti orang akan tanya
"pekdahnya pegi dubai.."

tapi kalau sekarang pergi Dubai, nanti boleh jawab
"banyak pekdahnye pegi dubai!"

So, how to get there?
1. of course, mana-mana flight keluaran UAE (emirates,etihad,flydubai,airarabia..) boleh request untuk stopover di dubai untuk berapa lama yang kamu suka. hotel,makan,minum,semayang tanggung sendiri.
(budak-budak yang beli tiket last summer naik emirates tak dapat request ni sebab kelas tiket tu yang murah sangat)

2. Etihad Airways ada complimentary service untuk bawa penumpangnya dari Abu Dhabi Airport ke Dubai, dan dari Dubai ke Abu Dhabi balik. Request saja. Ni sebab aku beli tiket etihad, lebih murah banding ngan Emirates walau kedua-keduanya 4 Star Airlines.

Where to Stay?
Dubai ada bahagian-bahagian tertentu.
Hotel murahan ada di Deira,juga sebahagian di Bur Dubai.
Jalan di Bur Dubai lebih senang untuk first time traveller sebab tersusun dan tak complicated. Tambah lagi, akses untuk metro Dubai yang Canggih itu lebih senang dan dekat di Bur Dubai.
Deira lebih sesuai untuk yang dah mahir ngan jalan-jalan di Dubai.
Rate hotel biasanya 150++ dirham. ada banyak hotel apartment yang sangat selesa,contoh London Crown 2 hotel Apartment.

How to get around?
Semua transport di Dubai terletak di bawah jagaan RTA. adala iras-iras TFL untuk London.
1. Metro yang baru mula 09/09/09. baru 10 stesen dibuka tapi dah cover tempat-tempat strategik. Berbaloi untuk cuba naik
2. Bas yang macam baru beli semalam.
3. Teksi Toyota Camry taraf menteri besar perak. Rate dia pun reasonable gak.

Attraction:
So,ape yang ada di Dubai?

ada bangunan tertinggi di dunia walaupun tak siap lagi
Burj Dubai


ada mall yang terbesar di dunia
Dubai Mall


ada hotel yang antara termahal di dunia
Burj Al Arab
rate start dari $1000 hingga $28,000 semalaman



ada masjid yang ter..entahla ter ape..
Jumeirah Mosque



ada Sega Republic
pertama seumpamanya


ada metro yang baru buka 090909
rasa taknak naik metro mesir boleh tak?


ada Aquarium yang antara terbesar di dunia jugak
Dubai Aquarium & Underwater Zoo


lagi Dubai menyusul edisi seterusnya..
kena kemas rumah dulu,hehe..wassalam


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails