Monday, November 30, 2009

Malam Jumaat di T.G.I Friday's


Salah satu tempat yang mempunyai view yang romantik,
bila berdating secara halal di atas bot di tepian Sungai Nil.

T.G.I mungkin tidak indah di siang hari,tapi bermula senja dan malam,meja-meja yang menghadap tebing timur,habis ditempah orang.


ini aku lupa nama panjangnye apa,ingat ade sepatah BBQ je,
daging yg tender,roti 1st class,tapi rasa macam sardin?



Half Portion Pasta Chicken & Shrimp + Cheese



orang-orang di sekeliling anda mungkin CEO syarikat kontraktor,timbalan menteri,pembekal bas,duta-duta ataupun anak-anak mereka


T.G.I Friday's di bawah syarikat yang sama membekalkan ayam koki,nak boikot mereka,boikotlah ayam koki jugak.
Di sebelahnya Fish Market, restaurant seafood yang elegan.

Lokasi: Syarie Nil, di hadapan kedutaan UAE
 Range Harga : Mencekik
Service : Excellent

bye-bye T.G.I, kali pertama dan terakhir sempena menyambut malam eidiladha


Wednesday, November 25, 2009

Gereja Hati Suci di Puncak Montmartre

Gereja Hati Suci adalah sarikata bebas untuk Basilique du Sacré-Cœur yang terletak di puncak bukit Montmartre

Dibina sebagai lambang taubat puak katolik setelah tercetus Franco-Prussian War pada 1870,juga sebagai lambang taubat terhadap pembunuhan beramai-ramai puak Communards.


Basilique du Sacré-Cœur 
entah kenapa kamera aku sangat in good mood hari ini


kadang-kadang nampak seperti Sheikh Zayed Mosque di Abu Dhabi


Patung berkuda meraikan Joan of Arc,
pahlawan perang Perancis,saorang perempuan.


kereta kabel tersedia untuk yang tak mampu memanjat hampir beratus-ratus anak tangga untuk ke puncak



Montmarte Hill itu puncak tanah tertinggi di kota Paris
Semasa Napoleon dan perancang bandarnya Baron Haussmann berusaha untuk menjadikan kota Paris itu kota yang tercantik di dunia, mereka telah mengambilalih sebahagian besar tanah di kota Paris dan memaksa penduduk asal berpindah ke pinggir kota.
Montmartre ini sebahagian dari kawasan pinggiran namun berkembang menjadi pusat tumpuan golongan artisan. Antara yang pernah tinggal di sini ialah Vincent van Gogh (tengok cerita House tak?)

Metro Anvers
ibu kota Paris
24 Julai 2009


Monday, November 23, 2009

Cuak Sampai Kiamat

Hari ni habis satu lagi exam. Namanye exam practical forensik. Sejak 2006 sampai 2009 ni, tak abis-abis exam gaya spotting. Soalan-soalan tentulah berbeza,tapi apa yang nak cakap kat sini, style exam tu yang tak berubah.

Style exam yang bagi masa limited gila,pastu kena ubah-ubah tempat, dari satu stesen ke satu stesen yang lain sambil lari-lari.Ye,dari dulu sampai sekarang. Mule-mule sekali adalah spotting anatomy. Perasaan cuak tahun satu dulu, tetap sama dengan perasaan cuak practical forensik tadi. aku taktaula aku sahaja ke yang mengalami symptom ni atau memang semua orang ada.

Dari dulu,tangan ketar-ketar,tulisan english dah jadi macam tulisan jepun pon ada,main cakar-cakar je.yang menambahkan cuak lagi adalah doctor yang memekik "move!"  atau "shift!" [hehe,nasib baik tak penah dengar "i6la3"! ,kalau tak, mau tegelak aku,hihi]

Tambah-tambah yang dalam dissecting hall anatomy tu, kalau doctor laki yang jerit kat situ,memang tercabut jugak jantung aku sebelum tengok next specimen.kadang-kadang, budak-budak medik tak takut kalau korang prank diorang dengan jerit huarghh!, tapi kalo korang jerit move!!, baru diorang tekejut,nasib baik takde hantu yang suke kacau orang jerit move2!!

Selalu jugak aku setelah berpindah ke stesen lain, mata tengok kat specimen baru, tapi otak pike " apelah nerve yang aku tarik tadi " [tapi aku tak penah putuskan nerve atau ubah marking ok,sian orang belakang]

tadi pon lebih kurang, tiba-tiba kena move, pulak tu move kali ni kelam kabut sikit sebab aku kat kedudukan orang first yang ubah posisi 180 darjah, sampai-sampai stesen baru [ color test for drug ] aku taknampak mana slide. Doctor depan aku buat rilex je, tapi aku pon tak tanye jugak [ konon tenang la katekan.]
meraba-raba la aku kat situ,tapi aku raba meja je tau. last-last baru jumpa slide kat belakang rak reagent, hampeh,nasib baik sempat jawab walaupun procedure aku ngarut gila [takpe,tak penting ]
ala,lagipun ada aku dengar budak pompuan dalam kelam kabut tu,siap tanya doctor " after here, i go where?" haha,cuak punya pasal,habis terabur english,translate bulat-bulat "lepas ni saya pegi mana" haha..
masa untuk setiap stesen pon cukup-cukup je,kalau ada yang kena tulis panjang memang 1 stesen dua soalan la cara jawab diorang.

tapi satu hikmah yang baru aku sedar ialah, mungkin department-department ni semua melatih bakal-bakal doktor ni untuk buat keputusan dengan pantas dan tepat,lebih-lebih pada time critical,mungkin kat sekolah perubatan lain macam ni jugak,tapi kalau course lain aku taktau la..mane tau engineer pon kena lukis rumah cepat-cepat pastu kena lukis rumah design lain pulak.


aih, lusa written forensik pulak,doakanla ye, dapat pahala doa kebaikan untuk orang lain ni.
entahlah,camane aku langsung tak tangkap gambar dalam department sepanjang belajar forensik ni.


Pakcik ini namanya Theodor Bilharz, ketua bahagian surgeri yang pertama kat sekolah kita.
Ada dalam museum parasit.

Thursday, November 19, 2009

Benda Pelik di Dubai

Di Dubai itu banyaklah benda yang pelik. Tapi,tiadalah pelik yang menyusahkan,lebih kepada pelik yang inovatif dan futuristik.

Ni beberapa keping gambar yang aku suka


makhluk ini bukanlah UFO mahupun tiang gol,
di Dubai itu,pada musim panas,sangatla panas. Sepanjang Jumeirah Road tu,da boleh jadi tempat barbeque. Letak je ayam,tunggu 10 minit, korang ngan ayam-ayam tu sekali boleh dimakan bersama.
Jadi, terciptalah bus stand atau tempat menunggu bas ni.Bukan saje-saje bentuk dia macam tu,sebab bus stand ni ada aircond.Jadi,kalau aku penat jalan-jalan, nanti aku cari mana-mana bus stand paling dekat,rehat 5 minit dalam ni.


mungkin benda ni nampak biasa saja. Saje,meter dia nampak ada gaya sikit,seingat aku London Black Cab pun takde macam ni (?). Mesir pon ade,cuma tak segaya camni. Btw, semua teksi kereta auto ye, Toyota Camry dan yang sama nilai dengannya.
Bas pun auto jugak,rilek je driver bawak.



Bila kerajaan ada duit lebih,dan mampu bayar kontraktor,inilah akibatnya,
flyover tu aku lupa namanya apa,tapi sepanjang-panjang jalan tu, ada ukiran konon-konon siling rumah



kamera aku mampu tangkap macam ni je. sibuk betul lampu butik esprit tu.
gambar ini mengisahkan seorang pengunjung yang tengah hepi scuba diving bersama seekor jerung yang comel. Mereka tengah berenang-renang di dalam Underwater Zoo di Dubai Mall.
Sepanjang aku berada di sana,pengunjung itu masih bernafas dan tiada orang menjerit meminta tolong.


okeh,tu je gamba leh kongsi kali ni. Next,kita cerita tempat kat Dubai yang menyebabkan suami kehabisan duit kerana isteri nak busana-busana muslimah yang anggun.

Saturday, November 14, 2009

Gempar! Sejadah Berdiri Di Kaherah!

Khamis, malam Jumaat : Penduduk di sekitar Mouniera gempar apabila menemui beberapa helai sejadah yang dikatakan dalam keadaan "berdiri" di dalam Masjid Wahid Balad.


Beginilah rupanya sejadah berdiri itu

Menurut salah seorang Ahli Jawatankuasa masjid berkenaan yang tidak pernah solat di situ, Sayed Brins, ini kali pertama beliau datang ke masjid berkenaan dan amat terkejut melihat kejadian itu.

"Ketika itu saya sedang membaca Surah Kahfi pada malam Jumaat kerana ini sunnah,kemudian saya dihubungi oleh bilal masjid. Saya terus bergegas ke sana dan ini kali pertama dalam hidup saya melihat kejadian sejadah berdiri,sebelum ini saya hanya mendengar dari berita.Ada 5 helai sejadah yang seakan-akan sedang sujud. Ini membuktikan kebesaran Allah. Selain itu,saya amat menghargai konsep 1Malaysia."

Sementara itu, Kabten Hamada pula menceritakan bagaimana beliau menemui sejadah itu
"saya singgah sebentar di masjid itu untuk minum air, tetapi kemudian saya terkejut melihat perkara ini. Sejadah berkenaan bentuknya seakan-akan piramid.Insyallah, saya pasti hikmahnya adalah supaya saya melawat piramid"

Dalam hal berkaitan, seorang ilmuwan agama yang ditangkap baru-baru ini kerana mengajar anaknya tanpa tauliah,Dr Mohamad Wahab ketika ditemui di rumahnya di Kota Bharu,
"ini takda apo-apo. ini saja-saja cari pasal. apo sejadah berdiri pun nak buat pasal ko? kebesaran Allah? langit takdak tiang tak pernah tengokkah? tanah yang kering keluar buah anggur manis tak pernah rasakah?Minyak kasturi dari celah perut kijang tak pernah bau kah? Saya syak ini kerja budak-budak kecik nakal"

Mengulas pula mengenai penangkapannya,
"Saya ketika tu, tengah ajar anak saya muqaddam, tiba-tiba ada orang ketuk pintu rumah tanya saya buat apa. Saya kata saya tengah ajar anak muqaddam,tapi dia minta tauliah. Saya tunjuk sijil kahwin, pastu pegawai-pegawai tu marah saya lalu tangkap,saya sedih"

Walaubagaimanapun, penangkapannya dipercayai kerana dia berpegang dengan ajaran salafi kerana tangkap lebih mudah daripada berhujah dengan ilmu.Ajaran salafi mula diterima anak-anak muda sekarang kerana dilihat lebih bersih dan selamat.Walaubagaimanapun,pengajiannya amat terhad di sekitar Kaherah ini.


Terima kasih sudi baca.

Sunday, November 8, 2009

Perempuan Melayu Sudah Tak Laku

ye,perempuan melayu sudah tak laku lagi.

kenapa sudah tak laku?
buat ape gadis melayu, lelaki sekarang dah tak minat.sekarang ada perempuan korea.
ya,perempuan korea.budak-budak sekarang suka perempuan korea.
perempuan korea la cantik. perempuan koreala putih gebu macam kapas,tinggi lampai, mata sepet juling air,hidung nampak sebatang,rambung rebonding kuning-kuning skit.
perempuan korea la pandai menari, peha ramping,suka pakai skirt pendek, pusat dalam, pinggang kerengga,boleh lentuk-lentuk punggung gaya manja-manja.



Akhawat Gen6?
buat ape Gen6,sekarang da tak main akhawat Gen6.Sekarang da ada Generasi Akhawat, nama glamernye So Nyeo Shi Dae.
video-video clip lagu korea, perh kalau tengok, mata macam kena atropine, dilated fixed.
pakai skirt takat acetabulum,pakai top sahaja sampai rib ke 10, bare abdomen sampai nampak markaz (pusat),markaz nil kot,pastu boleh cakap english sepatah "superstar,superstar""i got you" skit2,memang kena sedative ah budak laki.Lebih-lebih kalau boleh tengok Yuri.(senanye tinggi dia 167cm je)

Generasi Akhawat siap da ada lagu "khabarkanku permintaanmu".Lagila budak laki naik syeikh.Patutla kawan-kawan aku terer cakap Korea sekarang.Rupanya ada hati nak keneng-keneng ngan awek korea. diorang nak jadikan gadis-gadis korea mad'uu diorang.kita bila kita nak jadikan orang mad'uu kita,kita kena masuk dengan dia. nak masuk dengan dia,bahasa kena guna bahasa dia.
yang tak stat cakap korea pon, sekarang pagi-pagi dah anasayong anasayong.ceh,lelaki murahan.

aih,korang ni.sedarla,korang ni kat Cairo.korang nak cari mana pempuan camtu.yang ada pon,last-last pakai baju ketat hijau kuning jugak. kalau yang betul-betul cantik pon,anak orang kaya,duduk kat banglo masakin sheraton,new cairo,new maadi,sheikh zayed city.bapak diorang harta juta-juta,apela nak banding ngan korang takat elaun 2000 geneh tu.diorang tengok beyonce kat port ghalib pon keluar duit celah ketiak je.

jom,kita tinggalkan Generasi Akhawat.kalau korang malas-malas nak cari,ambikla baki 40 lebey akhawat gen6 ni.ramai lagi yang tudung-tudung labuh tu.yang tak tudung labuh pon ok jugak.takde beza,dua-dua menepati kehendak syar'ie.pekate?


ke semua ni berlaku sebab perempuan melayu sendiri yang suka kat laki korea?
hensemla sangat park ji sung tu.



Friday, November 6, 2009

Mencari Yang Halal di London


Mencari yang halal di London tidaklah susah,bahkan sangatlah senang.
Muslim ramai sahaja,dan tanda halal biasa dilihat di mana-mana sahaja.


ini Masala Zone, indian cuisine yang antara top choice di London,banyak cawangannnya.
Ni muka kelaparan sebaik tiba dari Gatwick airport, dan check in hotel.

ini Masala Zone Earls's Court berhampiran pejabat Malaysia Airlines di London.
Di Earl's Court Road ini sahaja pon dah bermacam-macam pilihan yang halal ada.

Tube Station: Earl's Court


ayam dan kambing harga lebih kurang sama sahaja di sini,
maka kambinglah pilihan utama,kat mesir pon baru sekali makan kambing.
ini restoran untuk yang suka seni dalam memasak.
yang poket susah nak keluar duit untuk makan, mungkin tak sesuai walaupun harganya reasonable £10-12 seorang untuk complete set.

Kedai shawerma murah ada di seberang jalan.


kuah dal takdela sesedap Malaysia. mungkin ni rasa yang original india punya kot.Kat Dubai pon rasa macam ni jugak.




ini pulak muka bosan setelah hari-hari makan beriyani.
Restoran ini namanya Chilli Chutney, betul-betul depan London Eye.Tuan punya restoran ni nampaknya beriman dan mulia.Kat sini lebih murah £6-8 pound untuk complete set.



yang paling sedap dalam gambar ini ialah saladnya.
serius,segar dari ladang.patutla kambing suka makan daun-daun segar,sedap rupanya.

Sederet dengan bangunan ni jugak, ada Chicken Cottage,untuk orang yang sudah bosan dengan beriyani,boleh makan ayam goreng stail KFC. Mungkin restoran ni milik orang Soviet sebab muka dia ganas dan bahasa dia macam bahasa dalam cerita spy-spy.Murah jugak.

Tube Station : Waterloo

Banyak juga pilihan restoran Melayu kawasan Paddington kat Embassy, MSD...tapi takkanla datang London nak cari masakan melayu lagi.Sukati perut anda la nak makan ape pun..







Wednesday, November 4, 2009

El-Ain's New 09/10 Kit Released!

[This is a serious joke]

Skuad yang mendapat jolokan 'Singa Afrika' ini telah melancarkan jersi baru pasukan mereka semalam.
Selepas kejayaan unggul pada musim 08/09, syarikat sukan antarabangsa yang bertapak di England, Umbro telah menandatangani kontrak penajaan jersi pasukan El-Ain untuk tempoh 3 tahun akan datang.


Jersi baru ini direka khusus buat pasukan El-Ain dan mengadaptasi suasana persekitaran musim sejuk benua Afrika,tempoh di mana LiQa akan berlangsung.




Jersi ini dilengkapi penuh dengan ciri-ciri kejuruteraan sukan dan fesyen kontemporari.
Potongan yang dibuat sesuai dengan anatomi tubuh badan manusia, berasaskan fabrik kawalan klimak,
dengan zon ventilasi di bahagian bawah lengan dan lumbar, zon nyah-peluh,
dan lakaran tiga ekor singa di bahagian belakang yang menepati gelaran Singa Afrika buat El-Ain.


 

Sementara itu, pemain tengah El-Ain, Abdurrahman Nik Mazian yang ditemui sewaktu pelancaran jersi ini berkata,
"jersi ini sangat menarik,kerana ia mengikut susuk tubuh badan kami sebagai pemain,dan membantu kami bergerak lebih pantas di atas padang tanpa ada rasa ketidakselesaan.Kami merasakan seolah-olah tidak berpakaian"


Para peminat boleh mendapatkannya di Umbro Megastore bermula 11 Nov depan,manakala tempahan online dibuka bermula tengah malam ini.

kah kah kah..
Join El Ain's FanClub Now by leaving your comment here!


Tuesday, November 3, 2009

Kaherah Bakal Dilanda Virus LiQa!


[aku tulis dalam ni kerana moderator goal perubatan tak lepas artikel ni dengan pelbagai alasan,anggapla ni artikel suka-suka komuniti pelajar perubatan di Cairo,terima kasih ]







Ia datang lagi! Selepas hampir 6 bulan ia mendiamkan diri, kini virus ini mula menyusup masuk ke dalam aliran darah segenap lapisan mahasiswa di sekitar Kaherah. Virus ini menyerang siapa sahaja, tidak mengira batas usia, lelaki atau wanita, siqah atau tidak. Tatkala virus ini menguasai, badan sang lelaki akan menjadi panas,kakinya menggeletar, tangannya menyentap apa sahaja yang boleh dicapai.
Manakala sang perempuannya pula, biar tidak pernah menghayun kaki sederas itu, tiba-tiba menendang apa sahaja objek di rumah untuk melepas derai nafsu lantaran batasan syar’ie menghalang mereka berada di khalayak ramai.
Ya,itulah penangan Virus Liga Kaherah (LiQa). Siapa tidak terkesan akannya. Topik perbualan harian mahasiswa berkenaan politik semasa, lantas terkatup pabila LiQa bermula. Sang kaki bangku yang hanya tahu menampar bola,juga terpesong manhajnya mencuba-cuba sukan bolasepak pula.Ya, LiQa menyatukan kita semua,laksana bulatnya bola itu, demikian bulatnya juga hati kita berpaut pada tali ikatan persaudaraan.
LiQa yang dijangka bermula minggu hadapan sudah mulai dicakap-cakap di dewan kuliah. Siapa menyertai siapa, siapa meninggalkan siapa, siapa memakai apa hatta siapa menaja siapa!
10 Pasukan – 1 Liga! Begitulah kata putus dari Pengarah Jawatankuasa Liga Kaherah (LiQa) Musim 2009/2010, Mohd Najib Hassan. Beliau yang ditemui berkata, tahun ini menyaksikan peningkatan jumlah pasukan yang berentap sebanyak 2 pasukan ekoran kehadiran 2 pasukan dari tahun 1. Beliau juga telah  mengesahkan bahawa venue pertandingan pada tahun ini akan diadakan di Padang Futsal Markaz Syabab Nadi Zinhoum, berbeza pada tahun lepas di mana ia diadakan di Padang Merah Pusat Sukan Fakulti Perubatan Universiti Kaherah.
*******************************************************************************************

Persediaan Pasukan El-Ain
Sementara itu, Pengurus dan Ketua Pasukan El Ain FC, Ahmad Rasyidi yang ditemui  di pejabatnya memberikan respons berkenaan persiapan pasukannya.
“ya, kita telah bersedia dari awal. Buat masa ini, kita telah melanjutkan kontrak sebahagian besar skuad El-Ain musim lepas. Proses menandatangani kontrak sudahpun selesai sebahagian besarnya. Kita yakin dengan mengekalkan skuad yang sedia ada,dan mengisi beberapa posisi yang dianggap kritikal buat masa ini, kita mampu memberikan saingan.”
Beliau mengulas mengenai keengganan salah seorang tonggak pertahanan El-Ain,Irfan Salmi  menyertai skuad El-Ain  dengan isu perbalahan peribadi antara mereka, Rasyidi dengan pantas menepis andaian itu.
“ini tidak masuk akal. Dia ( Irfan Salmi) telah menjelaskan keadaanya yang uzur setelah melangsungkan pernikahan. Saya menerimanya dengan baik. Ini tidak ada (isu perbalahan).”
Mengulas mengenai isu UG yang diusulkan beliau supaya pasukan Gen6 diseimbangkan, beliau berkata pasukan Lanun enggan memberikan kerjasama dan terus menerus mengikat pemain mereka dengan memberikan alasan nama pada jersi sudahpun dicetak.
“kami sedia bersatu, ini terserahlah pada Kapten pasukan Lanun FC. Kita berniat baik,lagipun sudah ada suara-suara yang mengatakan Lanun FC  membolot sebahagian besar pemain-pemain handal dan meng-anaktirikan El-Ain. Tetapi, saya terimalah,lagipun tahun lepas kita berada di tempat teratas juga, hanya perbezaan gol menjadi pemisah.”
Nantikan ulasan persiapan pasukan-pasukan lain yang bertanding pada LiQa Musim 2009/2010. Yang pasti, LiQa kali ini akan memberikan kelainan dan persaingan yang lebih sengit dan mencabar.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails