Di Dubai itu banyaklah benda yang pelik. Tapi,tiadalah pelik yang menyusahkan,lebih kepada pelik yang inovatif dan futuristik.
Ni beberapa keping gambar yang aku suka
makhluk ini bukanlah UFO mahupun tiang gol,
di Dubai itu,pada musim panas,sangatla panas. Sepanjang Jumeirah Road tu,da boleh jadi tempat barbeque. Letak je ayam,tunggu 10 minit, korang ngan ayam-ayam tu sekali boleh dimakan bersama.
Jadi, terciptalah bus stand atau tempat menunggu bas ni.Bukan saje-saje bentuk dia macam tu,sebab bus stand ni ada aircond.Jadi,kalau aku penat jalan-jalan, nanti aku cari mana-mana bus stand paling dekat,rehat 5 minit dalam ni.
mungkin benda ni nampak biasa saja. Saje,meter dia nampak ada gaya sikit,seingat aku London Black Cab pun takde macam ni (?). Mesir pon ade,cuma tak segaya camni. Btw, semua teksi kereta auto ye, Toyota Camry dan yang sama nilai dengannya.
Bas pun auto jugak,rilek je driver bawak.
Bila kerajaan ada duit lebih,dan mampu bayar kontraktor,inilah akibatnya,
flyover tu aku lupa namanya apa,tapi sepanjang-panjang jalan tu, ada ukiran konon-konon siling rumah
kamera aku mampu tangkap macam ni je. sibuk betul lampu butik esprit tu.
gambar ini mengisahkan seorang pengunjung yang tengah hepi scuba diving bersama seekor jerung yang comel. Mereka tengah berenang-renang di dalam Underwater Zoo di Dubai Mall.
Sepanjang aku berada di sana,pengunjung itu masih bernafas dan tiada orang menjerit meminta tolong.
okeh,tu je gamba leh kongsi kali ni. Next,kita cerita tempat kat Dubai yang menyebabkan suami kehabisan duit kerana isteri nak busana-busana muslimah yang anggun.
4 comments:
pernah jumpa kereta polis di dubai?pakai bmw tuh!hebat2..
oh tak jumpa pulak..hari tu polis off kot..
"pelik yang inovatif dan futuristik" mesir pn ade gak..
tgk ni http://www.youtube.com/watch?v=Evm4mBHZkUQ&feature=player_embedded
cuma bezanya, Mesir lebih kos rendah dan merupakan hasil kerja sendiri, bukan upah org negara luar buat =)
haha..takleh blah video ni jack..
Post a Comment