Tuesday, November 3, 2009

Kaherah Bakal Dilanda Virus LiQa!


[aku tulis dalam ni kerana moderator goal perubatan tak lepas artikel ni dengan pelbagai alasan,anggapla ni artikel suka-suka komuniti pelajar perubatan di Cairo,terima kasih ]







Ia datang lagi! Selepas hampir 6 bulan ia mendiamkan diri, kini virus ini mula menyusup masuk ke dalam aliran darah segenap lapisan mahasiswa di sekitar Kaherah. Virus ini menyerang siapa sahaja, tidak mengira batas usia, lelaki atau wanita, siqah atau tidak. Tatkala virus ini menguasai, badan sang lelaki akan menjadi panas,kakinya menggeletar, tangannya menyentap apa sahaja yang boleh dicapai.
Manakala sang perempuannya pula, biar tidak pernah menghayun kaki sederas itu, tiba-tiba menendang apa sahaja objek di rumah untuk melepas derai nafsu lantaran batasan syar’ie menghalang mereka berada di khalayak ramai.
Ya,itulah penangan Virus Liga Kaherah (LiQa). Siapa tidak terkesan akannya. Topik perbualan harian mahasiswa berkenaan politik semasa, lantas terkatup pabila LiQa bermula. Sang kaki bangku yang hanya tahu menampar bola,juga terpesong manhajnya mencuba-cuba sukan bolasepak pula.Ya, LiQa menyatukan kita semua,laksana bulatnya bola itu, demikian bulatnya juga hati kita berpaut pada tali ikatan persaudaraan.
LiQa yang dijangka bermula minggu hadapan sudah mulai dicakap-cakap di dewan kuliah. Siapa menyertai siapa, siapa meninggalkan siapa, siapa memakai apa hatta siapa menaja siapa!
10 Pasukan – 1 Liga! Begitulah kata putus dari Pengarah Jawatankuasa Liga Kaherah (LiQa) Musim 2009/2010, Mohd Najib Hassan. Beliau yang ditemui berkata, tahun ini menyaksikan peningkatan jumlah pasukan yang berentap sebanyak 2 pasukan ekoran kehadiran 2 pasukan dari tahun 1. Beliau juga telah  mengesahkan bahawa venue pertandingan pada tahun ini akan diadakan di Padang Futsal Markaz Syabab Nadi Zinhoum, berbeza pada tahun lepas di mana ia diadakan di Padang Merah Pusat Sukan Fakulti Perubatan Universiti Kaherah.
*******************************************************************************************

Persediaan Pasukan El-Ain
Sementara itu, Pengurus dan Ketua Pasukan El Ain FC, Ahmad Rasyidi yang ditemui  di pejabatnya memberikan respons berkenaan persiapan pasukannya.
“ya, kita telah bersedia dari awal. Buat masa ini, kita telah melanjutkan kontrak sebahagian besar skuad El-Ain musim lepas. Proses menandatangani kontrak sudahpun selesai sebahagian besarnya. Kita yakin dengan mengekalkan skuad yang sedia ada,dan mengisi beberapa posisi yang dianggap kritikal buat masa ini, kita mampu memberikan saingan.”
Beliau mengulas mengenai keengganan salah seorang tonggak pertahanan El-Ain,Irfan Salmi  menyertai skuad El-Ain  dengan isu perbalahan peribadi antara mereka, Rasyidi dengan pantas menepis andaian itu.
“ini tidak masuk akal. Dia ( Irfan Salmi) telah menjelaskan keadaanya yang uzur setelah melangsungkan pernikahan. Saya menerimanya dengan baik. Ini tidak ada (isu perbalahan).”
Mengulas mengenai isu UG yang diusulkan beliau supaya pasukan Gen6 diseimbangkan, beliau berkata pasukan Lanun enggan memberikan kerjasama dan terus menerus mengikat pemain mereka dengan memberikan alasan nama pada jersi sudahpun dicetak.
“kami sedia bersatu, ini terserahlah pada Kapten pasukan Lanun FC. Kita berniat baik,lagipun sudah ada suara-suara yang mengatakan Lanun FC  membolot sebahagian besar pemain-pemain handal dan meng-anaktirikan El-Ain. Tetapi, saya terimalah,lagipun tahun lepas kita berada di tempat teratas juga, hanya perbezaan gol menjadi pemisah.”
Nantikan ulasan persiapan pasukan-pasukan lain yang bertanding pada LiQa Musim 2009/2010. Yang pasti, LiQa kali ini akan memberikan kelainan dan persaingan yang lebih sengit dan mencabar.




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails