Thursday, December 31, 2009

Euro Fried Chicken

Bak kata iklan ubat gigi mukmin mencari yang halal tu kan fardu bagi orang islam. Walaupun travel ke negara bukan islam, carila makanan halal, supaya tak gelap perut.

Satu restoran sahaja yang aku cuba, dan lepas tu terus stick dengan restoran ni sahaja.Euro Fried Chicken, terletak di Boulevard Sébastopol, stesen metro paling dekat ialah Étienne Marcel.
Restoran ni jual banyak jenis sandwich,ala-ala fastfood gitu. kalau order combo, harga lebih kurang 6 euro je.
Tokey dia macam orang belah South Asia,tapi tak reti nak berbual, tahap french language memang berada di paras alif ba ta.


Pagi petang siang malam,memang makan kat sini je,choices memang banyak. bukan sandwich biasa-biasa,bukan shawerma,bukan sheesh towuuk,bukan chicken panee. lain dari yang lain, spicy,ada yang guna kunyit, ada yang crunchy. pendek kata kena try tiga hari beturut-turut baru dapat try semua option yang ada.

ok,selamat makan. [mahal betul nak makan kat sini,kena beli tiket kapal terbang dulu]

Saturday, December 26, 2009

Mari Ber 'Tango'

Lirik lagu ini sangat catchy
Marila ber'tango' bersama saya dan kucing di sebelah ini.


Gambar takde kaitan ngan tajuk lagu.Ni beg sekolah saya kecik-kecik dulu.
wahid,itnin,talata..

Kimi wa kawaii, Boku no kuroneko
Akai ribonga, Yoku ni au yo
Dakedo tokidoki, tsume wo dashite
Boku no kokoro wo nayamaseru
Kuroneko no tango, tango, tango
Bokuno koibito wa kuroi neko
Kuroneko no tango, tango, tango
Neko no me no you ni, kimagureyo
Lalalalalala lala
nyaao

Suteki na kimi ga, machi wo arukeba
Warui doraneko, koe wo kakeru
Oishii esa ni, ikaretchatte
Atode naitemo, shiranai yo
Kuroneko no tango, tango, tango
Bokuno koibito wa kuroi neko
Kuroneko no tango, tango, tango
Neko no me no you ni, kimagureyo
Lalalalalala lala
nyaao

Yoru no akari ga, minna kietemo
Kimi no hitomi wa, gin no hoshi yo
Kirakira hikaru, kuroneko no me
Yoru wa itsumo, Kimi no mono sa
Kuroneko no tango, tango, tango
Bokuno koibito wa kuroi neko
Kuroneko no tango, tango, tango
Neko no me no you ni, kimagureyo
Lalalalalala lala

Kirakira hikaru, kuroneko no me
Yoru wa itsumo, Kimi no mono sa

Kuroneko no tango, tango, tango
Bokuno koibito wa kuroi neko
Dakedo anmari itazura suruto
Aji no himono wa (nyaao)
Oazukeda yo
Lalalalalala lala

nyaaao! 


nyanyilah dengan penuh perasaan,jangan malu-malu,jadi budak kecik sangat best.

Saturday, December 19, 2009

Rubu' El Hezb

Masa mula-mula jejak kaki ke mesir, waktu tu masih menumpang di Asrama Melayu Abbasiyah. Sudah turun dari bas, sebelah Mushtashfa El Geish tu,ada satu bangunan tinggalan Yahudi ( Israel ).
Bangunan tu sedang diislah, mungkinkah untuk mengekalkannya di situ sebagai lambang kebanggaan bahawa tengok ni wahai anak-anak muda mesir, bangunan yahudi ni kosong, kita yang halau mereka!

Tapi yang aku nak cakap,bila aku tengok Star of David dekat kepala bangunan tu,aku pun teringat lambang metro Cairo ni. Eh, macam sama je..Takkan Yahudi kot yang buat Metro ni. Tapi bila aku perhati betul-betul rupanya, lambang Star of David tu, silangan dua segitiga, baik yang Metro ni pulak,silangan dua segi ampat.



ye,saya tau,tempat ni sangat syabiyyah.

Rupa-rupanya lambang ni bukan sekadar orang mesir reka-reka simbol saja. 2 silang segi ampat ni, istilah senibinanya ialah Rub El Hezb. Maksudnya satu per ampat dari satu gerombolan [bukan gerombolan TT].

Lambang ni juga digunakan sebagai jata negara sejak zaman orang Tertessian di Andalusia lagi.Kalau orang yang baca Quran, mesti perasan ada "bunga", "maqra" . Itulah rub el hizb, satu hizb membahagi satu juzu' kepada dua bahagian.eih? satu juzuk ada dua hizb.

Dan satu yang interesting ialah, Dr Mahathir masa dia nak buat Petronas Twin Tower, dia suruh Cesar Pelli, ketua arkitek tu untuk buat bangunan yang melambangkan islam. Dia pun pening macamana nak buat tu. Last-last Dr Mahathir sendiri yang lakar rub el hezb ni,untuk dijadikan basic plan bangunan tu [budak medik kata transverse section] dan Cesar Pelli tambahkanla hemisfera sikit antara bucu supaya lebih banyak ruang dapat. Respect tak kat Dr Mahathir? hehe..
nak cari gambar plan untuk tunjuk contoh,tapi tak jumpa-jumpa..so,walaupun ada orang kata macam jagung muda je Twin Tower ni,tapi rekabentuk dia tu ada maksud sebenarnya.

Semangat ambil gambar Burj Dubai,tapi lupa bangunan sendiri..maaf Malaysia..

Thursday, December 17, 2009

Berdialog dengan Syaitan di Awal Muharram

Ada banyak benda-benda yang buat kita sebagai pelajar yang cerdik dan berfikir secara kritis menggaru kepala.

Petikan kata-kata ini saya dapat dari sini, klik!

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah,sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata,
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun" 

Kelemahan orang yang menulis perkara ini ialah, tidak disertakan apa-apa dalil pon untuk menyokong doa itu.
ya,saya boleh menerima doa yang baik,ataupun doa orang yang dizalimi kepada orang yang menzaliminya.

Tapi,bila ada kata-kata sungutan dari Syaitan,sudah tentu ini perkara ghaib,dan siapa yang memberitahu perkara ini. Adakah ada sumber hadis??

Saya percaya risalah-risalah seperti petikan tadi masih banyak di tempat saya.
Sudah tiba masanya kita berilmu dengan otak yang bijak dan berfikir,bukan dengan sikap "oh dia pakai serban,mesti betul tu"
Zaman kehebatan ilmu ialah bilamana perbincangan secara intelektual dilakukan,bukan menjadi Mr.Yes.

Siapa-siapa ada kitab Ar-Rahiq Al-Makhtoum,boleh semak balik bila sebenarnya tarikh hijrah.

p/s : siapa yang tau dari manakah sumber doa beserta kata-kata syaitan itu,bolehla turunkan komen,terima kasih
Syukran.

Wednesday, December 16, 2009

Bubur Ayam Pc'Dee

Bila 15 orang demam dalam kelas yang ada 90 orang,ini bukan benda biasa lagi.
Adakah ini selsema vavi,tiada siapa yang tau kerna tak siapa pon yang pergi buat test.
Rabbina yustur


hari jumaat sekali dalam sebulan,mak kita akan buat satu masakan special,
macam-macam bahan kena sediakan,tapi satu family boleh kenyang dan menambah dari pagi ke malam.

Dengan sumber-sumber yang terhad,inilah Bubur Ayam PcDee
masakan untuk 4 orang yang setiap satu mintak tapau.

Bahan utama:
Dada Ayam (Sudur bil azmah,ataupun beli saekor,potong 4,ambil dadanya)
Secubit  udang kering saiz jumbo
4 ulas bawang putih
2 biji bawang merah saiz kecil
1 labu besar bawang besar
2 cup beras ( cuci bersih )

Kaifiyatnye:
Rebuskan dada ayam dalam periuk besar dengan air sebanyaknya.
Pastikan ayam itu masak sepenuhnya dengan cuba mencucuk-cucuknya dengan garfu.
Angkat ayam itu keluar,masukkan bawang putih,bawang merah yang ditumbuk berasingan (penting ada lesung) ke dalam air rebusan ayam tadi.
Masukkan juga bawang bawang besar yang dibelah empat atau lapan tadi (begantung pada saiz)
Bila naik bau,masukkan pula beras tadi.
Jika rasa kurang air,tambah air sekuat hati (itula awal-awal taknak letak air banyak-banyak)
Air yang banyak dari awal sangat penting supaya bubur anda tidak melekit di kemudian hari,dan juga zat-zat rebusan ayam yang original didapati dalam rebusan pertama.

Tambah garam,gula sesuka hati dan "cukup rasa" jika anda tak reti imbangkan manis dan masin seperti iklan Lisa Surihani.
Ayam yang berada di luar periuk tadi dicarik-carik dengan jari,jika panas,guna dua batang  garfu

Bahan aksesori
Daun sup ( kasbarah )
Daun bawang
Bawang goreng
Sos ikan jenama knife atau apa-apa brand thai
Serbuk lada hitam
Air lada (blend cili kering+bawang putih+sikit je bawang merah+cuka+garam+gula+air)
Taucu
Taugeh jika ada
Kueh Tiau atau Suun yang digoreng kering
Ayam yang dicarik-carik tadi

Setelah bubur nampak sedap dan sedia dimakan, letakkanla ia ke dalam mangkuk lalu tambahla bahan-bahan aksesori ini sesuka hati anda. Anda kan ada 4 orang satu rumah,mesti ada yang bawak barang-barang pelik macam kat atas ni.


Setelah siap,cacakkanlah daun sup itu,dan tangkap gambar,letak dalam blog anda.

Perempuan yang bertuah ialah perempuan yang mengahwini lelaki yang suka memasak.
Masakkah si dia anda???

Monday, December 14, 2009

Ferris Wheel Terbesar Eropah

Adapun nak merasa naik gondola yang terbesar di eropah,di sinilah tempatnya.
British Airways London Eye. Sekarang hakmiliknya berpindah kepada Merlin Entertainment.
Tak penting semua ni,yang penting korang akan merasa tempat paling tinggi di sini kerna tau-tau saja kota london itu tak ada skyscrapers.



terletak di South Bank, antara Golden Jubilee Bridge dan Westminster Bridge.


Harga tiket paling murah £15,
korang akan lalu beberapa security check yang agak ketat. Mungkin sebab taknak bazir letrik,maka benda ni takkan berhenti berpusing. Penumpang akan kena lompat masuk cepat-cepat dalam capsule ni sementara ia lalu. Silap lompat,jatuh sungai.


Bila ada di dalam, kamu takkan bosan kalau u know what u want to see. Banyak landmarks yang kalau perhati betul-betul boleh cam. House of Parliament ni tentu saja nampak,depan mata sahaja.
 Aku cuba cari Emirates Stadium tapi tak nampak.


Nasihat aku,kalau nak naik benda ni,cuba datang pukul 930 petang waktu summer.bila malam,baru nampak hidup benda ni. waktu dalam ni,lebih kurang 830 petang,matahari tak tenggelam lagi,penat tunggu matahari,aku balik hotel tidur.


Next: Adab-adab Londoners.


Friday, December 11, 2009

Love is Sweet and Helwa

Message received from Aishah Atharunnisa' : 
Mane sayang i ni..
i mesej tak reply, i call tak angkat..
sayang..sayang pegi mane..
i risau la mcm ni..sayang..plez..call la i..
i rindu u..i miz u sooo much my dear..
sayang,if u got problem,tell me..i'm here and always will I ..
i sentiasa akan ada di sisi u..

sayang, u ada marah kat i k..
i ada buat sumthing yg melukakan hati u k..
sayang,tell me so i can explain it to u my dear..
sayang,whatever it is, i luv u soo much,
i takde lelaki lain dalam hidup i..
u r the only man i my heart
i luv u my dear, cayang skett..mmmuaaah..(kiss2)
hik hik hik..

After 2 weeks..
Message received from Fendy

Sayang..
Demi bulan bintang..
i tak pernah berhasrat tinggalkan u..
sayang..u tau kan..
akhirat itu lebih baik buat kita..
u adalah bidadari i di syurga..
Allah pasti menyediakan sesuatu yang baik buat kita..

Bukankah dulu kita dari keluarga miskin..
tapi Allah kurniakan kita pelbagai nikmat..
sehingga kita sudah memijak 7 negara..

Bukankah dulu kita jahil,
tapi u dan i sudah hampir 30 juzuk al quran..

Sayang,janganla kita mempermain-mainkan hati anak yatim..
sayang,janganla kita menghina peminta sedekah..
sayang,khabarkan nikmat tuhan pada rakan-rakan kita..

Message received from Aishah Atharunnisa':
er,awak ni siqoh sangatla..


adaptasi dari kitab yang berjudul Al-Quran, tajuk "Demi Waktu Dhuha" dan cerita asbab nuzulnya
*aisyah atharunnisa dan fendy sedang bercouple dan belum kahwin lagi

Wednesday, December 9, 2009

Tribun Makassar

Baru-baru ni PM kita pergi Makassar,katanya beliau ini keturunan raja-raja Bugis, orang Bugis itu ceritanya saudagar laut yang hebat di sana dulu-dulu.Mau kawin sama orang bugis, hantarannya mahal deh..kerna orang Bugis itu cantik-cantik,ada darah arab,hidungnya mancung gitu.lantas cowok makassar gak susah mau masuk.


Bahasa resmi negara indonesia itu,bahasa indonesia. orang cina juga harus pake bahasa indonesia,makanya aneh sekali buat saya lihat orang cinanya udah tidak ngomong mandarin


orang kelantan jangan baca jual nego (niaga)
ini jual dan negotiate



Satu lagi toko roti dan kue
nice2..hehe











Kanan
Makan bersila baru lalu

Kiri
Ayam lalapan
Ayam bakar,kuah kacang pedas,ulam

Syukran ala qiroatikum [?]

Friday, December 4, 2009

Grande Mosquée de Paris

Misi utama selain membeli barang-barang yang susah dicari di Malaysia atau Mesir ialah, mencari masjid di eropah dan bersembahyang di sana.
Ye,mungkin tiada kelebihan seperti 3 masjid utama umat islam, tapi merasai solat di tempat umat islam sebagai minoriti, ada terkesik sedikit hati ini.Sepatutnya ingin ber'jumaat' bersama warga islam perancis,tapi kerana kedudukan masjid yang agak tersorok, membuatkan aku meraba-raba di celah lorong-lorong rumah warga penjajah Afrika ini.

Hasilnya, orang sudah habis berjumaat,baru aku tiba..kecewa..
tetapi sebaik melihat menara masjid,aku bersyukur,dan berterima kasih kepada siapa yang menyebarkan islam ini,hingga berjaya berada di tengah kota Paris ini.





Masjid yang sudah masuk umur hampir 80 tahun, dibina dengan senibina Moorish,iaitu kaedah senibina yang berasal dari Utara Afrika.La Mezquita di Sepanyol juga dibina dengan gaya seperti ini.Masjid ini ialah hadiah kepada warga Islam yang membantu dalam peperangan menentang German.
[Seperti tanah di Abbasiyah untuk PM**M dalam perang menentang Israel?]



Bahagian dalam masjid, ada taman dan pancutan air, orang bukan islam pun datang untuk tengok apa itu masjid.


Waktu ni,hujan turun.Sebab tu takde sape-sape dalam gambar ni.sebenarnye ramai sahaja baru lepas solat jumaat masih berteduh kat tepi-tepi.

Masa pergi ambil wuduk, ada seorang budak negroid 7-8 tahun, datang dan gayanya macam bertanya sesuatu. Aku hanya melopong "Hah??" tak paham sepatah halal apa yang budak ni cakap.
Nasib baik ada seorang pakcik lain yang jawab soalan dia.Rasenye budak tu nak kencing, dan dia tanya mana tempat nak kencing. Takleh tangkap lansung apa dia cakap.Patutla ramai je mat salleh kena tipu ngan arab kat sini.

Syukran liqiroatikum [?]

Tuesday, December 1, 2009

Latihan Terrorist Gen6



Seputar Latihan Pembentukan Terroris Gen6
[teruk betul aku pengaruh budak-budak bujang main benda-benda pelik]

kami wira,wirawati negara
kini masa kami berjaya
kami sahut cabaran
bergerak seiringan
kami pasti mencapai wawasan


 basketball,futsal,bola tampar,berenang,
kini kegilaan baru kami,paintball
~team Alpha,team Beta sebelum berjuang

mesir sangat bez jika anda sanggup melingkupkan ekonomi poket anda


inikah mungkin 'kolonel Mat' itu?
gambar diblurkan untuk menjaga identiti
-ini kambing hitam team Alpha,tugasnya secure the flag dan bawa pulang ke rendezvous point
terkorban pada pusingan ketiga [headshot] setelah aku gagal mencover beliau kerana kehabisan peluru



ini team Beta,jangan risau nampak saja hebat ni,tapi most of them being shot



Team Alpha
aku taktau ah messi tengah buat ape senanye,ingat ni team hip hop k ape..




Team Alpha Team Beta
Post-War
keduanya telah signed peace treaty


Gaya Alba macam perempuan terselak kain,
rupa-rupanya comel jugak alba bila tengok dalam gamba ni,
bila tengok dekat je baru...haha



inilah simulasi peperangan,
permainan yang paling mendebarkan tapi bertukar excited bila anda berjaya menembak tepat musuh
serius,dalam kostum ni kami nampak macam doraemon,tak nampak tough pun kecuali hazwan

yeah,guys,tunggu next war!
tengok sape yang break the law
~mission accomplished~

sahak,nak gambar aku..huhu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails