Thursday, December 31, 2009

Euro Fried Chicken

Bak kata iklan ubat gigi mukmin mencari yang halal tu kan fardu bagi orang islam. Walaupun travel ke negara bukan islam, carila makanan halal, supaya tak gelap perut.

Satu restoran sahaja yang aku cuba, dan lepas tu terus stick dengan restoran ni sahaja.Euro Fried Chicken, terletak di Boulevard Sébastopol, stesen metro paling dekat ialah Étienne Marcel.
Restoran ni jual banyak jenis sandwich,ala-ala fastfood gitu. kalau order combo, harga lebih kurang 6 euro je.
Tokey dia macam orang belah South Asia,tapi tak reti nak berbual, tahap french language memang berada di paras alif ba ta.


Pagi petang siang malam,memang makan kat sini je,choices memang banyak. bukan sandwich biasa-biasa,bukan shawerma,bukan sheesh towuuk,bukan chicken panee. lain dari yang lain, spicy,ada yang guna kunyit, ada yang crunchy. pendek kata kena try tiga hari beturut-turut baru dapat try semua option yang ada.

ok,selamat makan. [mahal betul nak makan kat sini,kena beli tiket kapal terbang dulu]

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails