Thursday, December 17, 2009

Berdialog dengan Syaitan di Awal Muharram

Ada banyak benda-benda yang buat kita sebagai pelajar yang cerdik dan berfikir secara kritis menggaru kepala.

Petikan kata-kata ini saya dapat dari sini, klik!

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah,sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata,
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun" 

Kelemahan orang yang menulis perkara ini ialah, tidak disertakan apa-apa dalil pon untuk menyokong doa itu.
ya,saya boleh menerima doa yang baik,ataupun doa orang yang dizalimi kepada orang yang menzaliminya.

Tapi,bila ada kata-kata sungutan dari Syaitan,sudah tentu ini perkara ghaib,dan siapa yang memberitahu perkara ini. Adakah ada sumber hadis??

Saya percaya risalah-risalah seperti petikan tadi masih banyak di tempat saya.
Sudah tiba masanya kita berilmu dengan otak yang bijak dan berfikir,bukan dengan sikap "oh dia pakai serban,mesti betul tu"
Zaman kehebatan ilmu ialah bilamana perbincangan secara intelektual dilakukan,bukan menjadi Mr.Yes.

Siapa-siapa ada kitab Ar-Rahiq Al-Makhtoum,boleh semak balik bila sebenarnya tarikh hijrah.

p/s : siapa yang tau dari manakah sumber doa beserta kata-kata syaitan itu,bolehla turunkan komen,terima kasih
Syukran.

14 comments:

Jackster said...

tak lengkap tu..

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

walaubagaimanapun berdoa itu smemangnya amalan yang bagus =)

syidi said...

ya,berdoa itu memang bagus,
tp meletakkan sesuatu tanpa ada bukti, lebih2 lg berkaitan perkara ghaib,tidak mencerminkan disiplin dalam ilmu.

ya,mereka tidak menulis ini sebagai hadis, tp bagaimana jika ini disebar kpd pakcik makcik. nampak tulisan bahasa arab,ada qoute kata2 skit,bagaimana tanggapan mereka tentang ini?

jangan jadi seperti kelebihan solat terawih pada malam2 tertentu sudahla...kecik2 dulu,semangat aku semayang 20 rakaat mengejar hadis palsu.

HafizAdam said...

haha, kurang2nye ko semayang 20 rakaat sebab tau fadilat.
aku semayang 20 rakaat tapi xtau fadilat, cume sebab best.
abes 2 rakaat, berlumbe pegi belakang amik kurma pastu sambung balik 2 rakaat.
xtau cam bodoh ke hape tapi seronok.
ye la kan, zaman kecik2~
=P

syidi said...

oo..
ko la yg selalu buat bising kat belakang tu ye..
patutla tok imam goni tu asyik bg amaran je kat microfon..

ko yg pakai seluar koyak kat perinium tu kan???

Ami Farhani MNA said...

"p/s : siapa yang tau dari manakah sumber doa beserta kata-kata syaitan itu,bolehla turunkan komen,terima kasih
Syukran."

saya tak tau. tapi nak turunkan komen jugak xpe kan.

nak cite sesuatu yg mgkn berkaitan..

ada sorang kawan sy yg study kat malaysia, dalam blog die asyik cite pasal life die..study die..pakwe die..siap ngan gambar berkepit2 lg.. seingat sy memang xdela die secare direct beramar makruf atau bernahi mungkar kat situ.

but, sempena awal Muharam ni, tiba2 kawan saya ni post perkara2 yg awak nyatakan dlm entri ini.. beserta juga doa dan maknanya sekali dalam satu entri khas di blognya.


em sbnrnya saya nak relatekan dengan apa yg awak nak sampaikan dalam entri ni. tapi buntu pula..

harap bisa difahami..

syidi said...

sy tak berapa faham,hehe..

spt komen2 sy sblum ni,sy tak kisah nak baca doa ni,even bila2 pon boleh baca doa..

yg sy tak puas hati ialah ada kata2 sesalan syaitan itu.Dari manakah sumbernya?

takkan kita berdiam diri je org menipu kita.nnti saya ajak org buat qiyam malam jumaat,nnti tuhan bagi 3 buah mahligai di syurga.

boleh k menipu supaya org buat ibadat?

Effy Saiful said...

baik2 abg syidi.. nnti ust2 mesir label enta wahhabi.. ana dah pernah kena.. hehe

y.mercury said...

org dah kawen xpe.. kena label pun tak lari bini, hehe.

jakim address syaitan dgn capital "S"..
menarik2.

Ami Farhani MNA said...

i think i got my point just now..

petikan kata2 di awal entri tu sy setuju, mmg benda mcm ni buat pelajar yg cerdik menggaru kepala..

dan saya rasa juga, orang yg mungkin sekadar mencipta kata2 syaitan itu (wallahua'lam masih x diketahui sumber lg), juga cerdik dalam tindakannya itu..kerana boleh buat orang beramal dgn doa ini.

dlm komen sy sebelum ni, nak katenye kwn sy yg zahiriahnya boleh dikatakn teruk itu pon, beramal dgn doa ini, siap letak kat blog, yg mgkn niatnye nak ajak org lain jgk.

Pd pndgn saya juga, selain kita berfikir dr mana datangnya sumber kenyataan fadilat itu, mungkin kita boleh juga berfikir bagaimana nak olah semula 'kata2 syaitan' itu sehingga boleh lebih diterima dan difahami dgn lebih baik.

supaya org tak sekadar menerimanya secara membuta tuli. atau supaya nanti bila org mengetahui segalanya itu pembohongan semata, org tidak terus meninggalkan amaln membaca doa itu.

misalnya, 'sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam' itu mungkin kita ubah, apabila awal tahun kn org selalu berazam utk tahun baru dan menyesal dgn perbuatan yg trdahulu..masa itulah orang paling brsemangat dlm mujahadah nk berubah misalnya..so secara tak langsung berjaya menepis godaan syaitan. tp xlah diketahui apa yg exactly syaitan cakap. maybela sekian2.

opps, saya tak berniat nak huraikn kata2 tu smpi nampak betul (setakat belum diketahui sumber). itu contoh saja sekiranya kita tak mau lg sebaran2 tanpa dalil ini terus berleluasa.

cumanya pd pendapat sy, klu kita nak hentikan sebaran2 mcm ni secara drastik, adalah agak mustahil ditambah dgn keadaan masyarakat islam kita harini..di Malaysiala terutamanya. takut2 last2 lgsg jauh dr Allah. nauzubillah.

Apapun sy menyokongla sprti yg diutarakn dlm entri ini..sebab ia disampaikn dlm lingkungan komuniti yg sepatutnya..pd tahap masyarakat yg boleh menrimanya insya-Allah.

maaflah semangat pulak mengomen.

syidi said...

bnyk lg amalan lain yg nabi ajar,nabi bgtau fadilat,kenapa taknak bgtau benda tu kepada org??

nabi aja puasa asyura,puasa arafah,nabi ajar qiam,nabi aja baca surah kahfi malam jumaat,nabi aja solat sunat sblum subuh,nabi aja mcm2 lg..

hehe..
saya juga berdoa semalam,tp saya tak beriktikad dgn kta2 syaitan itu.cukupla saya yakin allah mendengar doa saya.

sy takmau anak2 saya nnti kata,
"ayah2,jomla baca doa awal tahun,nabi kata nnti syaitan sedih klu kita baca doa"

kita fikir kesan jangka panjang.
that's all..
sy harap xde org yg defend fadilat doa ni,bgmana seseorang boleh pulak defend ssuatu yg batil?

syidi said...

cdgan saya,potong sahaja bahagian fadilat tu..cukuplah keratan doa itu sahaja..

jgn kita pula yg menyebar2 fadilatnya..
doa yg maksudnya baik,ahlan..

Unknown said...

saya adalah wakil ust dari mesir

maka dengan kompem dan tanpa segan silu saya mengisytiharkan kamu islam dan bukan wahabi..

wahaha

ade je keje korang ni

syidi said...

alhamdulillah..nasib baik sy islam lg..

nape bila ada org buat yg nabi ajar je,n taknak buat benda2 lain,selalu kena tuduh wahabi..

salah k nk wat cam nabi ajar..

y.mercury said...

wakil ust dari mesir tu, ust amin daud sihat? hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails