Sunday, February 28, 2010

Sistem Pengangkutan Jerman Barat

Bila plan pegi Jerman, memang dari awal kepala pening tahap dewa.
Dari harga hotel yang mahal hinggalah kepada public transportation.
Memang susah nak dapatkan hotel yang selesa,selamat,bersih,cekap,amanah dalam range 40 euro. Kalau nak best,kena allow at least 60 euro. tapi luckily jumpa jugak deal yang best about 2 weeks sebelum berangkat. satu di Dusseldorf,satu di Koln.

Tajuk utama ialah public transportation. Setelah berbulan-bulan,barula dapat faham kaifiyat dan qawaid bende ni. huh,nak kata lembab,tak jugak.
untuk simplifykan benda ni, kita amek contoh Koln.

Sistem pengangkutan kat Koln di bawah tanggungjawab KVB,bawah KVB ada VRS,VRS berada di dalam jajajahan North-Rhine Westphalia. Selain daerah VRS,ada jugak daerah VRR ( Dusseldorf) dan daerah-daerah lain dalam jajahan North-Rhine Westphalia ni.

 ini gambar curi - U-bahn di stesen Neumarkt

Di dalam VRS, ada S-Bahn, ada U-Bahn, ada laluan ICE.
U-bahn adalah tram dalam bandar Koln, S-bahn pulak train bersifat regional tetapi masih dalam jajahan North-Rhine Westphalia. ICE pulak, express train yang biasanya direct ke jajahan lain tanpa ada calling kat mana-mana station lain. Dalam jajahan lain,contoh Berlin, ada U-bahn,S-bahn diorang gak.
jadi, kalau nak buat perjalanan dari Koln ke Dusseldorf, ambik S-bahn untuk harga 9.80 euro tapi calling kat banyak stesen sebelum sampai, atau ambil ICE untuk direct tapi harga conformla mahal sikit. kalau naik U-bahn konform tak jumpa stesen Dusseldorf.

tak paham sudey.

sehingga hari ni, siapa yang book hotel melalui koln tourism centre akan dapat free day pass untuk transport.memang menjimatkan duit sebab harga tiket agak mahal.

.ini pun gambar curi - ini ialah train ICE, da macam kat planet lain train ni.

Dan seharusnya rakyat jerman berterima kasih kepada perancang bandar dan pemerintah diorang kerana menyediakan segala ini sehingga memudahkan rakyat jerman bergerak ke mana-mana sahaja dengan mudah. Dan memberikan peluang kepada pemandu kereta menikmati pemanduan di jalan raya tanpa rasa stress jalan sesak.
siapakah perancang bandar bagi cairo tahun 70an,80an..lihatlah kesannya tahun 2010 ini.

setiap stesen U-bahn,S-bahn akan ada timing next train datang bila, n of coz..diorang akan tepati waktu.huhu..nak nanges rasanye.
moga-moga students malaysia yang belajar perancangan bandar dan wilayah kat eropah boleh bawak balik ilmu yang diorang dapat dan buat kat malaysia.

2 comments:

shahida said...

Bangga kejap jadi pelajar malaysia yang menuntut di Jerman. hehe.

Terlepas train lagi rasa nak nangis. Huhu.

syidi said...

erk..btul2 ada student Jerman.
klu ada point yg salah dalam ni,diam2 jela ye..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails