Masa zaman sekolah dulu, ada Perbun. Perbun ni biasanya wujud di sekolah-sekolah sbp,lawan Perbun ialah Bada.maksud Perbun ialah Persatuan Bukan Naqib. ini persatuan budak-budak yang dikira agak nakalla dan dianggap tak ada kesedaran agama [kesian mereka dianggap sedemikian]
Tapi bila sudah zaman masuk U, Perbun bukan lagi bermaksud seperti di atas. Bila dah umur 20 lebih, gaya pemakananan sangat mudah mempengaruhi struktur badan. Bila terlebih makan,senang-senang sahaja boleh masuk Perbun. Perbun ialah singkatan bagi Persatuan Perut Buncit. ia juga seangkatan dengan Perselam [Persatuan Stadi Last Minute] Pemram,Penyerang,dan Pepe [Persatuan Penari]
Sedih tengok budak-budak zaman sekarang sibuk-sibuk masuk gym, [bukan masuk persatuan Jim] Buat apela susah-susah masuk gym ni. Untuk kuruskan badan,tak perlu semua tu. Lihat produk ini
haa,sehari sepaket je minum jus ni. dahla keluaran bumiputera,Dr Rozmey..ala,yang iklan kat tv tu. Tak payah bersenam,tak payah susah-susah angkat berat,minum segelas sehari je,insyallah badan langsing,slim macam slim river.
Kenape saya tak slim lagi?
saya segan nak makan benda ni. walaupun da 4,5 bulan benda ni ada, nak tunggu masa sesuai untuk start. Lagipun,badan saya baru turun 5,6 kg selepas travel aritu. Lepas ni,kalau tengok saya slim macam gambar kat kotak tu,janganla terkejut ye.
haha..
3 comments:
haha kalo nk join Pebun ni nk dftar kat sape? ;p hehe
xperlu daftar,bila terlondeh je perut ke depan,automatik nama naik dalam persatuan.
hahahahaha sengal ko pokdi..
tak sangka org lelaki pon ade jus kurus mcm ni
ala nk slim senang je..cuba tny org slim river
Post a Comment