Pernahkah ketika exam semakin menghampiri, anda terdengar rengekan seseorang "huhu..cane ni,alamak,aku tak baca banyak lagi ni,alamak,habislah aku!" atau "cuak gila la,aku tak baca pape pon lagi ni" dan anda pula turut bersimpati dengan mereka dengan memberi mereka kata-kata semangat dan nasihat, tetapi tiba-tiba setelah exam tamat dan result keluar,orang tu cemerlang gila, siap MUMTAZ hampir-hampir markah penuh pulak tu,manakala anda pula yang rasa macam sudah study dapat markah chincau semata-mata?!! ya,anda mesti pernah berjumpa orang macam ni,dan silap-silap orang itu ahli bait anda sendiri. Mari kita menyorot senarai lima lelaki yang paling pandai berpura-pura di Kaherah ini.Seperti dijangkakan,kedudukan empat teratas diisi oleh mereka yang mencapai Mumtaz tanpa henti 3 kali.
Kelima:
Saiful Amri Mat Rashid (Ambe)
Krew Froggers hanya sempat berjiran dengan beliau selama setahun sahaja di haret Umar Abdel Aziz. Tetapi itu sudah cukup untuk menyenaraikan beliau dalam kedudukan lima teratas. Gosip liar mengatakan beliau anak Datuk. Froggers tidak pasti adakah itu kerana bapanya sudah menimang cucu atau mendapat darjah penganugerahan daripada Sultan.Walaubagaimanapun,kepura-puraannya memang terserlah apabila tatkala bertemu beliau,ucapan celaan kepada diri sendiri umpama zikir harian pagi dan petang buatnya.Tetapi kepura-puraannya ditutup dengan sering memegang buku Pathology Part 2 berkaler merah. Inilah penyebab beliau jatuh di tangga kelima kerana walaupun bersikap kepura-puraan,beliau masih menunjukkan sifat mahmudah dengan memegang buku. Tetapi gambar di atas tidak memaparkan buku dihadapannya,itu ialah kotak makanan pizza plus,bukan buku Pathology seperti yang dimaksudkan.Risikan terbaru yang diperoleh daripada Muhammad Nazrul Syazwan yang sering menjadi mangsa skandal penipuan beliau mendapati Ambe sedang melakukan sesuatu pada pukul 4 pagi sewaktu Nazrul cuba untuk buang air kecil pagi.
Keempat dan Ketiga
Wan Mohd Kamal dan Khairil Afiffy (berglove)
Dua jejaka ini mengisi kedudukan keempat&ketiga secara serentak kerana kedua-duanya memiliki persamaan yang amat ketara. Keduanya datang dari Sekolah Agama Bestari (Sambest,bukan Cambest je?) sehinggakan krew Froggers mengesyaki apakah sekolah berkenaan menyediakan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang khusus untuk melahirkan dua pelajar seperti ini. Mungkinkah pisang yang dimakan mengandungi kandungan neuron cell yang tinggi atau apakah? Antara keduanya,dua-dua bersaing untuk berusaha siapa yang lebih bodoh antara mereka berdua,tapi malangnya kedua-duanya masih mumtaz tiga kali berturut-turut. Agak sukar bagi mereka untuk melembabkan diri masing-masing. Kedua-duanya sering ke eropah bersama,ke UK bersama,ke Timur tengah bersama sehingga timbul keraguan di antara mereka berdua. Walau bagaimanapun,Afiffy sudah mula menunjukkan tanda-tanda sukakan perempuan,kerana jelas jerawat merah sudah mula tumbuh di bahagian pipi sebelah kanan.Manakala Kamal pula masih tegar bersama lelaki-lelaki. Mungkin kerana beliau mempunyai seorang kakak yang sering memanjakannya walaupun badannya tough dan sering menunjukkan bisepnya dengan berpura-pura mengangkat kerusi di hadapan perempuan dalam kelas ophthalmology. Pernah suatu hari kepuraannya terbongkar apabila lewat hadir menonton perlawanan bolasepak Champions League,setelah disoal siasat bertubi-tubi,beliau mengakui perlu menghabiskan bacaan terlebih dahulu.
Kedua
Azzlee Lily
Kalau anda terserempak dengan beliau,waspadalah,jika anda terperangkap di dalam satu bilik dengannya,bersedialah menadah telinga mendengar rintihannya meluahkan "ketidaksempatan" menghabiskan bacaan. Krew Froggers sendiri sudah tiga kali ditipu berturut-turut. Dan tahun ini,krew Froggers lansung tidak memberikan kepercayaan kepadanya lagi. ketahuilah,sekiranya dia menyebut lafaz ini "adoii,cane ni,aku tak abis bace lagi ni,arghhh" maka lafaz mutasyabihat ini boleh dita'wilkan dengan membawa erti "aku tidak sempat menghabiskan bacaan buat kali ketiga dan soalan past years sume sudah dijawab beserta nota tambahan" Walaupun ditipu,berkawan dengannya amat seronok kerana beliau pandai membuat muffin yang sedap dan kadang-kadang sering menyediakan resepi yang eksotik seperti kari kepala udang,tulang goreng berempah,nasi belacan [bukan nasi goreng belacan,tapi nasi belacan semata-mata]
Pertama
Ishak [ Pak Sako]
Mungkin semua sudah dapat menjangkakan siapa yang mengisi slot lelaki paling pandai berpura-pura tidak study. Gambar ini sudah cukup menceritakan segalanya.Semasa di tahun dua,digelar Dewa Physiology,tahun tiga naik pangkat kepada Dewa Pathology. Sel otaknya umpama tumbuh setiap hari sedangkan orang lain sudah mula mereput digigit pijat. Selain memegang jawatan Broker cerita-cerita bersiri dan movie,beliau juga aktif dalam permainan komputer.Kepuraan-kepuraanya lebih bersifat perbuatan dari percakapan.Dipuji melangit bertingkat-tingkat oleh para proffesor veteran KasrelAiny. Froggers menjangkakan beliau akan memegang jawatan head department suatu hari di Malaysia kelak.
Akhir kata,
Orang yang bijak ialah orang meng'agama'kan dirinya dan beramal untuk kehidupan selepas mati, dan orang dungu ialah orang yang mengikut-ikut sahaja hawa nafsunya. Marilah berusaha mencemerlangkan diri kita dengan ketinggian akademik dan kesedaran agama supaya selari.Supaya kita dapat mengisi kedudukan yang membolehkan kita membina kekuatan orang islam.isk2,nak nangis (t_t)...
9 comments:
aik, copuk xde, ~aih
hahahaha syidi lawak gila post nih!~ abes org keliling tgk ana cm org gila ketawa sorg2 baca psl pepe ngan kamal ;p
owh, gossip amb* bkn gossip liar ye.. mmg bapanya antara org terkaya dan terfamous di Perak.. dan gossip terbaru: beliau mengawalkan tiket balik ke mesir semula selepas cuti summer kalini kerana takut kena dur katanye (T_T)
btw syidi, betul ke terjemahan 'dana' tu 'mengagamakan'? biasanya org terjemah 'menghitung' atau 'menilai' atau 'muhasabah' dll
@anon: copuk takde kriteria menarik,xde fb,lgpun dia bertaqwa sgt
@effy:rasa nak lempang je ambe.[tp lupa tulis kisah dia pura-pura gagalkan psycho supaya boleh terus berkawan dgn budak batchnye]
yg perenggan terakhir tu,sy tulis ayat sendiri,xdisandarkn pd hadis sbb sy tak ingt qoute yg jelas dr nabi. klu itu maksud sbnrnya dr hadis bkenaan,sadaqa rasulullah s.a.w :)
ko mmg power la pepe..^_^
hahaha..aku admire la krew2 froggers ni. mcm nak mintak libas. haha. kajian yg mendalam dan tepat. teruskan membuat carta2 len di masa2 akan dtg.
dah faham kenapa moto biro akademik yang ketiga merupakan 'study bukan aib'.
krew froggers hebat. PO-material.
Kebetulan Krew Froggers salah seorg ketua unit dalam biro akademik, kan syidi kan??
kajian ni mmg salah satu agenda biro akademik, kan syidi kan??
(still tak puas hati kenape copuk x tesenarai..)
AIY
@baem: ni propaganda haluan kiri.
copuk no.6,klu dia meningkatkan usaha kpuraan lagi,insyallah taun depan boleh masuk list.
Post a Comment