Thursday, September 9, 2010

Menjelang Hari Raya

Semalam keluar lagi
kemana lagi kalau bukan
midvalley kota bharu
sudah lupa mahu membeli apa
tapi yang pasti isteriku ada bersama

dibawanya ke bahagian wanita
kulihat bungkusan nasi lemak
pelbagai warna dan saiz
tapi seleraku tidak ada

awal dahulu aku malu
masuk tempat sebegini
sekarang tidak lagi
kerana lelaki berkopiah pun ada di sini

suasana biasa di bahagian wanita
makcik dan kakcik galak mencuba
tas tangan,kasut baru,baju baru,seluar baru
hari raya kembali kepada fitrah
maka pakaian perlu di reset semula

mata pembeli akan melihat kepada barang yang lain
mata yang lain akan melihat barang yang orang beli
yang angkuh akan berkata
"oh ini saya sudah beli tahun lepas"

kalini tidak ramai kulihat ditemani suami
masing-masing sudah punya kad kredit sendiri
bermakna orang rumah kebanyakannya bekerja
poket suami tidak perlu diusik lagi

orang perempuan sangat teguh berdiri
hingga ada yang berkenan di hati
kaunter bayaran panjangnya berkaki kaki
lebih baik aku duduk di tepi

mataku melihat angka bayaran mesin kira
wah 500 ringgit
wah 600 ringgit
ini baru pakaian
belum biskut kueh langsir sofa
hebat sungguh hari raya
yang kaya tetap taugeh cina

KAH KAH KAH...

1 comment:

PEMENANG said...

rase nak lempang pipi ko!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails