Friday, December 4, 2009

Grande Mosquée de Paris

Misi utama selain membeli barang-barang yang susah dicari di Malaysia atau Mesir ialah, mencari masjid di eropah dan bersembahyang di sana.
Ye,mungkin tiada kelebihan seperti 3 masjid utama umat islam, tapi merasai solat di tempat umat islam sebagai minoriti, ada terkesik sedikit hati ini.Sepatutnya ingin ber'jumaat' bersama warga islam perancis,tapi kerana kedudukan masjid yang agak tersorok, membuatkan aku meraba-raba di celah lorong-lorong rumah warga penjajah Afrika ini.

Hasilnya, orang sudah habis berjumaat,baru aku tiba..kecewa..
tetapi sebaik melihat menara masjid,aku bersyukur,dan berterima kasih kepada siapa yang menyebarkan islam ini,hingga berjaya berada di tengah kota Paris ini.





Masjid yang sudah masuk umur hampir 80 tahun, dibina dengan senibina Moorish,iaitu kaedah senibina yang berasal dari Utara Afrika.La Mezquita di Sepanyol juga dibina dengan gaya seperti ini.Masjid ini ialah hadiah kepada warga Islam yang membantu dalam peperangan menentang German.
[Seperti tanah di Abbasiyah untuk PM**M dalam perang menentang Israel?]



Bahagian dalam masjid, ada taman dan pancutan air, orang bukan islam pun datang untuk tengok apa itu masjid.


Waktu ni,hujan turun.Sebab tu takde sape-sape dalam gambar ni.sebenarnye ramai sahaja baru lepas solat jumaat masih berteduh kat tepi-tepi.

Masa pergi ambil wuduk, ada seorang budak negroid 7-8 tahun, datang dan gayanya macam bertanya sesuatu. Aku hanya melopong "Hah??" tak paham sepatah halal apa yang budak ni cakap.
Nasib baik ada seorang pakcik lain yang jawab soalan dia.Rasenye budak tu nak kencing, dan dia tanya mana tempat nak kencing. Takleh tangkap lansung apa dia cakap.Patutla ramai je mat salleh kena tipu ngan arab kat sini.

Syukran liqiroatikum [?]

10 comments:

Anonymous said...

Amalan majlis tahlil yang dilakukan hakikatnya adalah berpaksikan serta berdalilkan ayat-ayat Al-Quran dan Hadith Nabawi secara umum( Rujuk Surah Al-Imran ayat 191, Al-Baqarah ayat 152, Al-Ahzab ayat 35, 41, 42 dan Hadith Nabi riwayat Bukhari nom 6408, riwayat Muslim nom 6780, riwayat Tirmizi nom 3600).

Selain itu amalan tersebut tidak bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Hadith walaupun secara spesifiknya tidak dilakukan oleh Nabi Muhmmad dan bukan kesemua yang tidak dilakukan oleh Nabi itu adalah dicela bahkan banyak perkara yang tidak dilakukan oleh Nabi Muhammad tetapi dilakukan oleh umatnya seperti solat terawih berjemaah seluruh malam bulan Ramadhan dan mengkhatamkan bacaan Al-Quran di dalamnya seperti yang berlaku di Masjid Al-Haram Mekah Al-Mukarramah.
Perkara tersebut tidak dilakukan oleh Nabi Muhammad akan tetapi ianya amat baik kerana ada dalil yang mengharuskannya serta ianya tidak bercanggah dengan agama Islam.
Inilah antara bukti bahawa bukan semua perkara agama seperti majlis tahlil yang tidak dilakukan oleh Nabi adalah bid’ah sesat, bahkan majlis tersebut dapat membantu umat islam duduk di majlis keberkatan daripada berada ditempat maksiat seperti majlis ajaran sesat Wahhabi dan lain-lain.

syidi said...

salam kepada anonymous..

hehe

1. Hadis pasal Aisyah kata Nabi Muhammad juga keluar sembahyang terawih berjemaah pada sesetengah malam,jd tak hairanla semayang terawih jemaah sekarang ni sebab Nabi pun buat dulu.Sahabat Nabi pun buat. Anonymous pernah dengar tak hadis ni?

2. Saya tidak pernah mengatakan org yang bertahlil itu bidaah sesat,tiba2 anonymous menyesatkan pulak Wahabi siap kata majlis Wahabi ni maksiat. Anonymous ni kenal tak saya? Pernah dengar dari mulut saya sendiri saya menyesatkan sesiapa? ke dengar2 cakap orang saje? tak siqoh la camtu,hehe

3. Soalan saya pada anonymous,Tuan Guru Haji Hadi,Tuan Guru Nik Aziz,anonymous kenal mereka kan? Anonymous tidak tahu apa pegangan TUan Guru Nik Aziz? Tidak pernah mendengar bagaimana dia berpegang dengan perkara2 macam ni?

4. Masing2 ada pendapat masing2,tidak perlula saudara menyesat2kan orang,saya hormati ulama kedua2 pihak.

5. Kalau Wahabi sesat,nnti saudara pergi mekah saudara sembahyang belakang imam wahabi yang saudara kata sesat,sah ke solat saudara?hehe

Sila follow up ye,thanks singgah blog ni.

syidi said...

klu anonymous tanya,"nabi tak buat 30 hari berjemaah berturut2 pun, korang buat jugak ape cite?"

kan nabi kata,yg menghalang dia buat berturut2 tu,dia takut nnti turun wahyu difardhukan pulak terawih ni.

so,bila Nabi da wafat,terputus wahyu,tiada lagi kebimbangan tu..jd,silala bersolat seadanya..

aih~

Abdul Rahman Fauzi Al-Qari said...

ape kne mengena masjid kat Paris dgn wahhabi plak??hahaha

Abdul Rahman Fauzi Al-Qari said...

owh baru ambo perasan..ape yg anonymous type tu diambil drpd http://bankwahabi.wordpress.com/2007/09/02/tuanku-mizan-sesat-disisi-wahhabiagong-dan-pm-malaysia-adalah-ahli-neraka-disisi-wahhabi/

syidi said...

wah,hebatnye..
cne boleh tau ni,
k demo anonymous tu? haha..

adam said...

pokdi~ lama tak jumpa,
er.. menara masjid ini macam masjid kat morocco yg tepi laut tu la. apa namanya? masjid sultan hasan??

syidi said...

encik lee!! lama tak jumpa..

ntahla encik lee,saya tak buat kajian penuh ttg afrika utara ni

Amermeftah said...

adalah sesuatu yg common bagi perancis yg punya byk imigran algeria utk membina masjid dgn senibina afrika utara,

ciri-ciri spt menara berbentuk segi empat, arch berbentuk ladam kuda memang senibina afrika utara dan bumbung anjung pintu masuk dgn atap genting hijau mirip bumbung Jam'iah Kairaouine,

senibina afrika utara belum ada dlm koleksi aku lg, teringin nak pegi masjid uqbah di kairouan atau Jami'ah Kairaouine sendiri,

tp alang-alang dah dekat, apa kata pegi kolek masjid dgn senibina sudano-sahelian pulak macam madrasah sankore di timbuktu atau masjid besar di djenne, mali

ye masjid di morocco tu nama dia masjid raja hassan II

syidi said...

nice info mal

klula xde susah2 nk apply visa,mungkin boleh consider k morocco.

btw,sudano-sahelian style tu mcm penah nampak di bastakiya district kat dubai

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails