Bangunan tu sedang diislah, mungkinkah untuk mengekalkannya di situ sebagai lambang kebanggaan bahawa tengok ni wahai anak-anak muda mesir, bangunan yahudi ni kosong, kita yang halau mereka!
Tapi yang aku nak cakap,bila aku tengok Star of David dekat kepala bangunan tu,aku pun teringat lambang metro Cairo ni. Eh, macam sama je..Takkan Yahudi kot yang buat Metro ni. Tapi bila aku perhati betul-betul rupanya, lambang Star of David tu, silangan dua segitiga, baik yang Metro ni pulak,silangan dua segi ampat.
ye,saya tau,tempat ni sangat syabiyyah.
Lambang ni juga digunakan sebagai jata negara sejak zaman orang Tertessian di Andalusia lagi.Kalau orang yang baca Quran, mesti perasan ada "bunga", "maqra" . Itulah rub el hizb, satu hizb membahagi satu juzu' kepada dua bahagian.eih? satu juzuk ada dua hizb.
Dan satu yang interesting ialah, Dr Mahathir masa dia nak buat Petronas Twin Tower, dia suruh Cesar Pelli, ketua arkitek tu untuk buat bangunan yang melambangkan islam. Dia pun pening macamana nak buat tu. Last-last Dr Mahathir sendiri yang lakar rub el hezb ni,untuk dijadikan basic plan bangunan tu [budak medik kata transverse section] dan Cesar Pelli tambahkanla hemisfera sikit antara bucu supaya lebih banyak ruang dapat. Respect tak kat Dr Mahathir? hehe..
nak cari gambar plan untuk tunjuk contoh,tapi tak jumpa-jumpa..so,walaupun ada orang kata macam jagung muda je Twin Tower ni,tapi rekabentuk dia tu ada maksud sebenarnya.
Semangat ambil gambar Burj Dubai,tapi lupa bangunan sendiri..maaf Malaysia..
2 comments:
nice
yo pokdi~ moga cemerlang selalu.
lama tak buka blog kamu ni, sorry.
aku pernah jumpa ma3bad yahudi masa sesat di tahrir.-still operating.
nanti nak cari haraat el-yahud.
entah dari mana aku baca, tp kat situ ada sekolah yahudi di mana doktor Salehuddin Ayubi belajar.
*tp, rasanya dh dituka nama pd haraat el-muslimeen
Post a Comment